Abangku Baru Kahwin. Ibu Lakukan Perkara PELIK Pada Waktu Pagi Buat Ramai Benci. Rupa2nya Tindakan IBU Buat Ramai TERKEJUT !!!

| April 18, 2017 | 0 Comments

 Abangku Baru Kahwin.Ibu Lakukan Perkara PELIK Pada Waktu Pagi Buat Ramai Benci.Rupa2nya Tindakan IBU Buat Ramai TERKEJUT !!! |Hai semua. Nama aku Amin. Aku menulis bagi pihak Wan. Wan tak sepatutnya dibebankan dengan masalah aku ini. Tapi, tanpa sengaja dia sudah terjebak. Semua kerana dia.


Sekadar Gambar Hiasan

Dia Syakila.Hampir setiap hari Wan whatsapp aku, ajak aku lepak. Aku tahu, niat dia nak korek cerita daripada aku sebenarnya. Tapi, aku kerap mengelak. Aku biarkan whatsapp terus bluetick. Aku taknak dia terus terjebak. Dia mulut je kata taknak ambik tahu dah pasal misteri Syakila ni, tapi hati melonjak-lonjak nak korek cerita sebenarnya. Aku kenal kau dah lama Wan. Aku dah masak dengan perangai gila kau tu. Orang lain takut hantu, kau cari hantu. Tapi aku pelik kenapa hantu tak pernah possess kau.

Sebenarnya misteri Syakila ni dah habis pun. Baru je lagi. Semuanya dah terbongkar minggu lepas. Wan tak tahu apa-apa. Kalau dia tahu pun, selepas dia baca lembaran yang aku tulis ni. Apa yang aku cerita dekat Wan sebelum ini cumalah sebahagian daripada apa yang aku sembunyikan. Cuma, aku dah tak tahan nak sembunyikan lagi. Biarlah aku ceritakan semuanya, melalui tulisan ini.

Kisahnya bermula tiga tahun lepas. Abang aku bernama Aizat. Berkahwin dengan seorang perempuan montel bernama Ratna. Selepas berkahwin, diorang tinggal dekat rumah family aku. Jadi, dalam rumah tu ada aku, Aizat yang aku panggil Along, Ratna, Mak dan kadang-kadang ada Abah, family Arisa yang aku panggil angah, Azmi yang aku panggil Bangteh, dan adik perempuan aku, Aliya.

Kadang-kadang. Memang kadang-kadang pun diorang ada dekat rumah. Sebab Aliya tinggal dekat asrama lagi masa tu. Arisa dah berkeluarga, tinggal dengan abang ipar aku dekat Penang. Bangteh pun dah kahwin, tinggal dekat KL. Dan Abah, sejak dia kahwin lain, memang dah jarang balik rumah. Mak pun dah tawar hati dengan abah. Lantak lah dia nak balik ke tak.

Jadi, yang kekal dalam rumah tu cuma aku, mak, Along dan Ratna.

Di awal perkahwinan Along, semua nampak ok je. Tapi, masuk seminggu dua, mak mula tunjuk sikap tak berkenan dia pada Ratna. Sama macam sikap dia tak berkenan dekat awek lama aku dulu. Aku tak tahulah kenapa mak sangat tak suka dekat kakak ipar aku tu. Semua yang kakak ipar aku buat, semua tak kena.

Ada satu hari, mak balik dari kerja. Ratna ada dekat ruang tamu, tengah tengok tv. Aku pun ada dekat rumah masa tu.

“Dah la kerja malas. Duduk rumah goyang kaki. Menyusahkan anak aku je nak bela biawak gemuk macam kau ni. Menantu apa lah kau ni.” Mak membebel.

Sebenarnya, bukan Ratna taknak kerja. Along yang suruh dia berhenti. Sebab Along dah kerja bagus. Gaji dah besar. Kena pula hari itu Along nak beli lauk dari luar. Dia suruh Ratna masak nasi je. Bukannya hari-hari dia tak masak. Terkena hari tu je. Tapi mak, pandai cari point untuk dia bebel dekat Ratna. Mak sengaja je nak cari point nak gaduh dengan Ratna. Ratna pula, bila dah kena caci macam tu, terus kunci diri dia dalam bilik.

“Menangis lah tu. Dah besar panjang menangis. Ingat lawa? Ingat kau tu anak raja? Aku tak tahu lah kenapa bodoh sangat Along tu pilih kau.” Mak sambung lagi membebel sambil dia korek-korek nasi dalam periuk yang baru je Ratna jerang tadi. Mak korek-korek sampai habis. Lepas tu dia humban semua nasi tu dalam tong sampah.

“Lah mak! Kenapa buang nasi tu?” aku soal, terperanjat betul dengan tindakan mak aku tu.

“Taknak aku makan nasi betina garik tu!” beristighfar aku dengar mak gelar Ratna macam tu.

Ada satu hari tu pula. Along bawa kitorang makan dekat luar. Kedai western. Mak tarik muka. Mak cakap dia teringin nak makan ikan bakar tempat favorite dia, tapi Along bawa pergi kedai western. Ratna yang mengidam nak makan western sebenarnya. Bukan mengidam sebab mengandung pun. Biasalah isteri nak manja-manja dengan suami. Mak bengang. Dia langsung tak jamah makanan yang kitorang order. Katanya tak sedap. Taste Ratna taste sampah. Lidah melayu, buatlah cara lidah melayu. Gedik nak makan western.

Pernah juga bila Ratna basuh baju kami satu family, mak dengan selamba je buang baju Ratna dekat lantai. Terpaksa Ratna basuh balik baju tu. Kalau Along tak ada dekat rumah, makin menjadi-jadi mak punya dark side. Dia belikan makanan untuk aku dan dia je. Biar Ratna tak makan. Sampai Ratna terpaksa masak maggi je. Itupun mak mengungkit. “Kerja malas! Makan tau pula. Ingat barang dapur dalam rumah ni beli pakai air liur agaknya.”

Aku pun naik hairan, mak ni tak penat ke seksa si Ratna ni? Ratna pula tak penat ke kena caci? Kalau aku jadi dia, aku dah ajak Along keluar dari rumah ni. Tapi, Along ada alasan kuat untuk tak keluar. Sejak abah dah berbini tiga, abah dah jarang balik sini. Abah cuma bagi duit je.

Mak aku bukanlah jahat sangat sebenarnya. Bukanlah macam tipikal mak-mak datin yang korang tengok dekat TV3 pukul tujuh tu. Tak. Mak aku baik sebenarnya. Semenjak masuknya Ratna dalam rumah ni terus dia berubah. Dulu masa Angah kahwin, dia layan abang ipar aku elok je. Nak kata dia tak suka menantu perempuan, acah-acah merampas anak lelakinya dari dia, tak juga. Dia layan isteri Bangteh elok je. Ratna ni special case sikit.

“Kenapa mak tak suka sangat kat Ratna tu?” aku tanya mak satu pada suatu petang. Masa tu Along dengan Ratna keluar.
“Meluat lah mak tengok muka dia.”
“Tapi kenapa mak? Amin tengok Kak Ratna tu baik je.”
“Baik? Budak macam tu kau kata baik?”
“Apa yang dia buat sampai mak marah sangat dekat dia.”
“Mak nampak dia buat nasi cangkung untuk Along kau tau tak!”

Meremang tau tak bila aku dengar mak cakap macam tu. Tuduhan mak naik satu level. Sumpah meremang. Bukan sebab perbuatan Ratna tu yang menyeramkan tapi tuduhan mak tu macam terlalu tak berasas. Family aku ni bukannya jenis layan sangat benda-benda macam ni. Jarang sebut pasal benda khurafat macam ni. Tiba-tiba, mak guna tuduhan ini untuk benci Ratna, pelik lah aku dibuatnya.

“Tak elok mak tuduh orang macam tu. Mak nampak sendiri ke?”
“Sebab mak nampak sendiri lah. Apa Amin ingat mak ni jahat sangat ke nak tuduh orang tanpa sebab? Tengok lah ni. Sebab nasi cangkung dia tu la Amin pun dah taknak percaya cakap mak. Sebelahkan perempuan tu.”

Susah aku nak hadam tuduhan mak. Ratna tu baik. Dia tak adalah muslimah mana pun. Pakai tudung pun tak. Tapi dia baik. Bercakap pun elok je. Tak ada lah nak marah-marah ke, huha huha ke, mencarut apatah lagi. Solat? Itu aku tak pasti. Dia solat dalam bilik, manalah aku tahu. Ambil wuduk pun dalam bilik tu juga, ada bilik mandi. Agaknya lah. Sebab tak pernah nampak.

Satu hari, aku tak kerja. Aku demam. Aku baring dalam bilik je. Kereta aku, sepupu aku pakai hari tu. Kasut kerja aku pun ada dalam kereta tu. Jadi, Ratna memang ingat aku tak ada dekat rumah.

Tengahari tu aku bangun. Rasa haus. Aku pun turun bawah nak pergi ke dapur, masa aku melangkah ke dapur, terperanjat gila bila aku nampak Ratna tengah mencangkung depan pintu tandas belakang, pakai kain batik, bawah kelangkang dia ada periuk nasi jenis belanga warna hitam, mulut dia terkumat-kamit baca apa benda entah, bunyi suara macam berbisik-bisik keluar angin macam ular.

“Kau buat apa ni?” dalam lemah-lemah demam tu lah aku jerkah dia. Dia terperanjat beruk bila nampak aku muncul dekat dapur tu. Muka dia pucat takut macam baru lepas kena tangkap buat kesalahan besar. Kejap, memang besar pun kesalahan kau ni!!

“Kau salah faham Min. Ni bukan apa yang kau fikirkan.” Ayat macam dalam drama melayu tapi memang itulah yang dia cakap dekat aku. Menyirap je aku dengar. Nak je aku lempang dia ni tapi aku taknak gaduh adik beradik. Memang betul lah apa mak aku cakap. Tak pasal-pasal aku derhaka dengan mak sebab sebelahkan perempuan ni dulu.

“Kau tunggu karang aku cakap apa dengan along.” Aku gertak dia.

Tapi, belum sempat aku nak blah dari situ, nak naik ke bilik semula, Ratna meluru ke arah aku dengan laju, lepas tu dia tolak aku sampai aku tersandar dekat peti sejuk. Entah tenaga apa yang ada pada Ratna masa tu, kuat gila. Dia hadang kaki aku guna sebelah kaki je. Tangan kanan dia tekan badan aku. Tangan lagi satu tengah pegang belanga hitam yang penuh dengan nasi. Aku masa tu tengah demam. Tak ada tenaga nak lawan. Tenaga Ratna kuat lain macam.

“Kau makan ni!!” dia jerkah aku. Suara dia kasar semacam. Muka dia bengis. Tak macam Ratna yang aku kenal. Dia ambik nasi dalam belanga hitam tu guna tangan. Lepas tu, dia suap paksa masuk mulut aku. Dia cuba nak rodok dan sumbat sehabis boleh nasi yang ada kat tangan dia tu ke dalam mulut aku. Aku mengelak taknak makan. Aku katup mulut. Aku dah nampak apa dia buat tadi, geli gila nak masukkan sebutir pun dalam mulut. Tapi, dia paksa juga. Mata dia bulat je pandang aku. “Makan aku cakap!” tengkingnya lagi sambil tujah-tujah masuk nasi tu dalam mulut aku. Aku sekejap toleh kiri, sekejap tolah kanan, taknak bagi nasi tu tersuap ke mulut. “Lepaskan aku lah perempuan sial!” aku cuba nak lawan tapi aku betul-betul lemah.

“Kau tak makan, tau lah aku kerjakan mak kau nanti. Kalau kau taknak aku buat apa-apa dekat mak kau, kau makan ni! Kau mesti tahu, lebih dari nasi kangkang ni aku boleh buat.” Ratna ketawa lepas tu. Sumpah seram. Mata dia terjegil. Sambil senyuman menyeringai. Aku takut sangat masa tu. Sayang mak punya pasal, aku buka juga mulut. Aku demam masa tu. Tenaga lelaki aku hilang langsung. Kalau tak, memang aku boleh lawan.

Aku kunyah nasi tu sambil menangis. Bukan sebab aku loser tak melawan. Tapi, sebab aku terkenangkan mak aku dan family aku, apa yang bakal jadi lepas ni. Sejurus selepas aku telan nasi cangkung Ratna tu, dalam samar-samar aku nampak satu bayang hitam dekat belakang dia, dekat pintu tandas, sedang senyum menyeringai pandang aku. Makin deras air mata aku keluar.
“Good boy” Ratna berbisik dekat telinga aku lepas tu dia jilat pipi aku macam perempuan psiko.

Berbulan lamanya aku hidup sebagai hamba abdi Ratna. Apa Ratna cakap, aku iyakan sahaja. Di mata aku, kakak ipar aku ni baik orangnya. Mak yang selalu lawan dia. Ada masanya, bila kesan nasi kangkang tu dah habis, aku mesti melawan tapi mesti akan berlaku sesuatu pada aku. Bilik jadi panas lah. Katil kena gegar sampai aku tak boleh tidur lah. Macam –macam. Paling hardcore, ada satu hari aku tidur dengan ulat sampah penuh atas katil.

Siang tu aku gaduh besar dengan Along. Mak takde, pergi rumah Maksu. Mungkin kesan nasi kangkang tu dah habis.
“Makan ni. Penat akak masak.” Ujar Ratna. Along makan berselera. Nasi putih panas, sotong sumbat masa lemak cili api, telur masin, ulam raja dan oren Sunquick. Memang kecur air liur. Tapi entah kenapa malam tu aku macam taknak makan. Aku rasa geli. Aku tiba-tiba teringatkan tragedi aku tangkap dia mengangkang atas belanga nasi tempoh hari.

“Takpe, dah kenyang.” Aku jawab dingin sambil capai air tropicana twister dalam peti sejuk.
“Amin, duduk makan sekali.” Along macam bertegas.
“Amin tak lapar lah Long.” Aku melawan.
“Apa kau ingat bini Along letak racun ke dalam ni?” Along macam marah.
“Racun memang la tak. Tapi nasi tu nasi kangkang.” Mulut aku celupar betul.

Takde pause-pause dah. Along terus bangun lalu tolak pinggan dia sampai jatuh dari meja. Pinggan tu pecah. Along terajang kerusi meja makan tu. Kemudian, dia datang dekat aku.
“Kau ada masalah ke dengan aku? Dengan bini aku? Kau belajar dari siapa cakap kurang ajar ni?” bila Along dah guna perkataan ‘aku kau’ dengan aku maknanya dia memang tengah marah sangat.
“Abang. Dah la. Biarlah dia.” Ratna cuba pujuk dengan suara acah-acah baik dia tu. Abang aku tak nampak masa dia sebenarnya tengah sengih jahat kat aku. Macam gampang perangai minah ni.

“Kau tak payah nak acah-acah baik la betina sial!” sekali lagi aku tak jaga mulut. Apa lagi, satu tumbukan hinggap dekat muka aku sampaikan aku rebah ke lantai. Aku tak balas, nanti makin teruk jadinya. Badan Along besar, aku ni lidi je. Aku bangun lepas tu terus berlari menapak naik ke bilik. Dalam masa yang sama, aku nampak Ratna acah-acah menangis. Tak lama lepas tu, aku dengar bunyi enjin kereta dekat luar. Ratna sorang je. Dia pergi balik rumah mak dia. Along, macam orang bodoh kejar dia.

At least malam tu, Ratna takde dalam rumah ni. Walaupun kena bayar dengan satu penumbuk free. Tapi, aku silap. Tak ada Ratna tak bererti setan Ratna tak ada. Malam tu, aku tidur aman je. Tiba-tiba aku rasa badan aku macam sakit kena gigit semut api. Mulanya aku garu-garu macam tu je. Tengah lena kot masa tu. Tapi, lepas tu mula lah sakit kat tempat lain pula. Macam satu badan kene gigit semut api. Nak tak nak aku terpaksa juga bangun, pergi buka lampu. Bila aku buka lampu, rupanya atas katil aku penuh dengan ulat sampah yang putih tu. Ulat tu menggigit rupanya.

Aku capai wallet, handphone dan kunci kereta. Aku nak pergi rumah maksu. Mak ada dekat sana. Aku bukak pintu bilik, nak turun ke ruang tamu.

“Sakit ke tu kene gigit ulat?” Ratna ada depan pintu bilik aku. Mata dia terjegil. Senyum sinis. Meremang aku dibuatnya. Tuhan je tahu aku betapa takutnya aku ketika tu. Sebab aku tahu, tu bukan Ratna. Dekat rumah langsung tak ada orang.

Aku berlari turun tangga. Ratna ikut dari belakang bila sampai dekat bawah, dia cepat-cepat tangkap lengan aku kemudian dia peluk kuat-kuat.

“Kan aku dah cakap, jangan melawan aku. Kau degil.”
“Lepaskan aku lah setan!” aku tolak ‘Ratna’ tu kebelakang. Aku langsung tak pandang. Aku risau kalau ‘Ratna’ tu tunjuk muka sebenar dia.
“Kau nak pergi mana?” ada satu lagi ‘Ratna’ dekat sofa, dekat ruang tamu. Dia cuba halang aku yang nak pergi ke pintu.
“Aku nak pergi mana, bukan urusan setan macam kau!” aku marah. Aku tolak dia ke tepi. Aku buka pintu. Alangkah terperanjatnya aku apabila ada satu makhluk berbulu hitam besar sedang duduk di depan pintu sambil menganga mulut dengan luas. Bau hamis dan bau longkang cukup kuat sehingga meloyakan tekak aku.

Aku pengsan. Aku tersedar dari pengsan apabila aku terdengar bunyi hon van sekolah depan rumah, panggil anak jiran aku. Hari itu hari Isnin. Aku sedang terbaring dekat pintu bilik air dekat dapur sambil peluk belanga hitam yang Ratna selalu guna untuk mengangkang.

Aku mandi, aku pack semua kain baju aku. Aku whatsapp semua ahli keluarga aku kecuali Along. Aku cakap, aku nak pergi KL hari itu juga. Aku whatsapp Bangteh cakap nak tumpang rumah dia.

Aku tak ada cara lain, aku keluar dari rumah tu. Kena pula dengan masa, aku dapat kerja dekat KL selepas beberapa hari aku tinggal dengan Bangteh. Dekat KL, barulah hidup aku aman damai. Cuma aku kesiankan mak la. Terpaksa duduk rumah tu. Tapi, Ratna tak pernah buat apa-apa dekat mak. Ke pernah? Aku je yang tak tau? Mak tak cerita taknak bagi aku risau?

Dekat KL ni lah aku kenal Wan. Aku menyewa satu rumah dengan Wan selepas tu. Bila hari raya, aku tak balik kampung. Aku beraya sorang-sorang dekat KL. Aku taknak tengok muka Ratna. Aku taknak tengok family aku tunduk pada Ratna sebab makan nasi kangkang dia. Yang percaya aku masa tu cumalah mak je. Mak pun tak sarankan aku balik. Dia taknak aku trauma. Mak kata, pandai-pandai lah dia handle kes Ratna ni. Dia suruh aku tenangkan fikiran, hidup macam orang normal kat KL tu.

Waktu berlalu pantas, setahun cukup perkahwinan Along, mak call aku satu hari tu bagitahu kat aku yang Along dan Ratna dah bercerai. Aku tak tau nak respon macam mana ketika tu. Sebab aku dapat bayangkan, Ratna akan buat benda yang lebih kejam dari apa yang dia dah buat sekarang.

“Kenapa diorang bercerai mak?” soal aku bila aku balik ke rumah.
“Along dah nampak dengan mata kepala sendiri, Ratna buat nasi kangkang dekat dia.”
“Macam mana Along nampak?”
“Mak pasang kamera. Mak letak je kamera tu dekat dalam kabinet.”
“Perrgghh mak! Dah macam James Bond!” tergelak besar kami berdua.
“Mana kamera tu, Amin nak tengok.”
“Dah berkecai.”
“Lah, kenapa pula?”
“Along baling kat dinding.”
“Serious lah?”
“Along marah betul dekat Ratna masa tu. Kecoh satu rumah. Abah dengan Bangteh ada pula masa tu. Gaduh besar jadinya. Makcik Leha sebelah pun siap tanya lagi apa jadi.”
“Itu lah kan, mak. Manusia ni nampak je luaran baik, tapi dalaman Allah je yang tahu.”

Mak mengeluh lepas tu dia menangis.

“Kenapa mak?”
“Along kau pun salah.”
“Salah apa?”
“Semua ni takkan jadi kalau Along tak buat semua benda tu.”
“Buat apa? Mak cuba cerita habis, buat orang saspen je.”
“Along kau tu kan tak handsome. Gemuk pulak tu. Harap je kerja bagus, gaji banyak. Tapi kalau tak ada rupa pun susah juga zaman sekarang ni” Dalam nangis-nangis tu pun mak sempat kutuk anak sendiri. “Amin tak pelik ke macam mana dia boleh kena dengan Ratna. Diorang kawan sebulan je, lepas tu terus kahwin. Ratna tu nampak je tembam tapi muka lawa.”
“Cinta itu buta mak.”
“Memang buta. Sampaikan hati along tu buta. Tak kena mana halal haram.”
“Apa mak masuk halal haram pula ni? Saspen sangat dah ni mak!”

Mak ambil nafas dalam-dalam. Dia macam serba salah nak cerita.
“Along kau tu…dia…dia…dia guna minyak pengasih dapatkan Ratna.”
“What?”
“Selama ni kita ingat Ratna yang gunakan benda syirik ni, tapi sebenarnya Along pun sama. Sebab minyak pengasih tu lah, Ratna jadi sayang sangat dekat Along. Sayang yang melampau sampaikan dia sanggup nasi kangkangkan Along.”
“Kiranya masing-masing kenakan love potion masing-masing la ni?”
Mak angguk.
“Apsal keluarga kita ni gila macam ni mak?”
“Entah la Min. Mungkin salah mak dengan abah. Tak bagi didikan agama betul-betul dekat korang. Sibuk bekerja pagi petang siang malam.” Mak menangis lagi.

Walaupun perkara dah settle, aku masih trauma. Aku trauma dengan apa yang Ratna buat pada aku secara halus. Duduk dekat dalam rumah tu buat aku teringat-ingat benda-benda seram yang berlaku.

Akhirnya, mak decide jual rumah tu dan pindah ke tempat lain. Start new life. Along berhenti kerja tempat lama dan mulakan hidup baru dekat Sabah. Dia malu dengan kami adik beradik bila perangai setan dia diketahui keluarga. Dia bawa diri ke Sabah. Bila Raya, dia tak balik. Katanya belum bersedia.

Rumah baru kami cuma ada Mak je. Sekali sekala akan ada abah juga. Sejak kes Ratna, abah dah rajin balik rumah. Dia masih sayangkan mak walaupun sayang dia dah terbahagi tiga. Kesiankan mak punya pasal, aku akhirnya buat keputusan berhenti kerja dekat KL tu dan balik ke kampung.

Masa berlalu pantas lagi. Aku berkenalan dengan Syakila di Facebook. Lama kami berkenalan, Syakila ajak aku buat first date.

Malam itu aku jumpa dia dengan semangat yang berkobar-kobar. Jumpa dekat McD je. Masa dia sampai “Hai, Amin kan?” Dia tegur aku sambil tersenyum. Aku rasa macam dia baru lepas pegang leher aku. Ada macam cecair dekat belakang leher aku tapi aku buat tak tau je.

Aku toleh pandang dia sambil mengangguk. Tapi, bila aku pandang muka dia, hati aku jadi panas dan rasa nak marah. Muka dia ada iras-iras muka Ratna. Badan pun tembam macam Ratna.
“Ratna, kau buat apa kat sini?” aku soal dia.
“Siapa Ratna? Saya Syakila lah. Jangan cakap awak ada date dengan perempuan lain pula lepas ni?” soal Syakila manja. Nada suara dia lain. Tak macam Ratna tapi yang lain memang nampak seiras. Mungkin aku salah orang. Atau pelanduk dua serupa.

Aku berbual dengan dia lama malam tu. Aku cuba korek rahsia kot-kot dia ada kaitan dengan Ratna. Tapi takde. Macam takde kaitan. Cuma, muka dia memang banyak iras, buatkan aku terus rasa cancel nak couple dengan dia.

Antara salah satu benda yang dia cerita, dia pernah bersekolah di sekolah yang sama dengan Wan. Bila aku tanya dia batch SPM tahun berapa, sama pula dengan Wan. Tapi, aku tak tanya dia kenal Wan atau tak, aku taknak dia tahu lebih pasal aku dan orang sekeliling aku.

“Awak ni baik sebenarnya Syakila tapi saya rasa saya tak sesuai dengan awak.” Aku berterus terang je.
“Kenapa? Sebab saya gemuk?”
“Eh, tak bukan. Awak ingatkan saya dekat ex saya dulu.” Aku tipu dia. “Saya rasa better kita tak jumpa dah lepas ni. Saya rasa tak best lah kenal dengan awak hanya sebab muka awak sama macam ex saya.” Aku bangun. “Ok lah. Seronok dapat berbual dengan awak. Saya dah nak kena balik. Esok kerja. Dah lewat malam ni.” Aku terus bangun dan blah. Memang perangai macam celaka tapi aku dah tak tahan tengok muka ‘Ratna’ dia tu. Rasa trauma aku membuak-buak.

Apa yang berlaku selepas itu, tak perlu aku ceritakan sekali lagi. Sama macam yang telah diceritakan oleh Wan menerusi #SiCelupar: Friend Request. Tak perlu aku ulang semula cerita. Situasi jadi makin rumit bila Wan pergi jumpa Syakila seperti yang diceritakan dalam #SiCelupar: Siapa Syakila?

Wan macam dah malas ambil port dalam hal ni. Aku sedih juga. Aku perlukan kawan dalam situasi macam ni tapi Wan tarik diri. Ada juga dia whatsapp aku, dia cakap dia nampak Syakila dekat tempat kenduri dekat rumah dia, tapi aku baca je, tak reply. Aku taknak dia tolong aku sebab terpaksa. Kalau nak tolong biar ikhlas Wan!

Satu hari, Syakila hantar mesej kepada aku di Facebook. Dia cakap, dia nak jumpa aku, nak selesaikan segala ‘hutang’ yang ada. Dia cakap, hal ni penting melibatkan keluarga.

Masa kitorang bersua muka, Tuhan je tahu macam mana aku terkedu masa tu. Ada dua orang ‘Syakila’. Satu tembam, satu kurus.

“Dia Syakira, saya Syakila.” Yang kurus tu memberitahu aku. Jadi, aku simpulkan, dulu tu aku sebenarnya jumpa dengan Syakira, manakala Wan pula berjumpa dengan Syakila.
“Ada apa korang nak jumpa aku ni? Nak sihir aku lagi?”
“Tak, tak. Aku tahu aku salah. Tapi, hari ni kitorang datang nak mintak tolong dari kau. Tolong tarik balik sihir pengasih yang yang abang kau buat dekat Kak Ratna.”
“Wait? Benda ni tak settle lagi ke?”

Dah tiga tahun. Selama ni aku ingat benda pengasih antara Along dan Ratna dah settle lama. Rupanya, kesannya pada Ratna masih ada.
“Lebih teruk, mak kau terlibat sama dalam hal ni Min.” Ujar Syakila.
“What?”

Aku capai kotak rokok, keluarkan sebatang dan nyalakan. Hati tengah panas ni. Aku tak tahu nak percayakan siapa dah sekarang. Nampak aku macam marah, Syakila pun ceritakan segalanya dari A hingga Z. Dua-dua pihak salah. Yang jadi mangsa, aku! AKU! Korang tau tak!

Aku bengang, aku terus blah dari kedai makan tu. Aku tinggalkan Syakira dan Syakila dekat situ. Susah aku nak blend cerita diorang tadi.

Bila Along ceraikan Ratna, Ratna nak balas dendam. Tapi dia sayang Along, so dia taknak sakitkan Along. Jadi, dia pilih untuk sakitkan aku. Semua ni gara-gara sihir pengasih yang Along buat pada Ratna, kesannya masih ada.

Dia mintak tolong sepupunya, Syakira, untuk kenakan aku. Diorang upah bomoh, sihirkan aku seperti yang dah diceritakan dalam Friend Request. Kemudian, diorang pakat dengan Syakila pula untuk kenakan Wan untuk singkirkan Wan dari situasi ini. Jangan libatkan orang luar. Nanti rumit. Sebab itu tercetusnya cerita Siapa Syakila. Misi diorang berjaya bila Wan memang taknak masuk campur.

Gangguan demi gangguan yang aku kena selepas itu membuatkan mak nekad nak ‘hantar balik’ sihir yang aku kena tu, dekat tuan badan yang hantar. Sejak dari itu, Ratna, Syakila dan Syakira pula yang sering sakit-sakit dan kena gangguan makhluk halus. Tak tahan dengan semua tu, itulah sebabnya mereka berdua buat keputusan bersemuka dengan aku. Dan sekarang, semua ini kerja Mak.

Ya Allah, Mak. Macam tak percaya mak pun dah main benda syirik ni. Tak semua buku perlu bertemu ruas. Tak semua hutang darah perlu dibayar dengan darah juga. Aku kecewa dengan sikap mak dan along. Diorang dah letakkan diri diorang pada level yang sangat rendah.

Minggu lepas adalah kemuncak segalanya. Kami dua family berkumpul. Buang semua sihir-sihir tu, ilmu hitam, minyak pengasih, nasi kangkang dan hantu raya milik keluarga Ratna pun berjaya dibuang. Aku malas nak ceritakan apa yang berlaku masa proses pembuangan tu. Biarlah jadi rahsia aku dan keluarga aku, termasuk keluarga Ratna sekali.

Sekarang semua dah bersih. Tiada lagi gangguan-gangguan. Yang pasti. hubungan silaturahim antara keluarga aku dan keluarga Ratna memang dah terputus. Kes dah selesai tetapi perasaan benci dan trauma tu masih ada dan berbekas. Terutamanya aku.

Malam ini. Aku berada di office. Saje je buat OT.
Ketika aku sedang tulis cerita ini, untuk aku hantar kepada Wan, supaya Wan boleh hantar kepada Fiksyen Shasha, aku ternampak seekor ulat sampah sedang mengeruit-ngeruit dekat atas meja kerja aku. Dengan pantas aku capai satu buku dan “paap!” aku ketuk ulat sampah tu.

“Aaaaaa!!!” satu jeritan kedengaran dari belakang office. Bangunan office bergegar macam ada gempa bumi. Aku angkat buku. Tengok ada kesan darah pada ulat sampah yang penyet.

Shit!

Sumber : Fiksyen Shasha

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: misteri

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *