Aku Berniaga Nasi Lemak.3 Bulan Lepas Suami Ceraikan Aku.Satu Kejadian Aneh Terjadi Bila Suami MINTA Rujuk Balik !!!

| April 24, 2017 | 0 Comments

Aku Berniaga Nasi Lemak.3 Bulan Lepas Suami Ceraikan Aku.Satu Kejadian Aneh Terjadi Bila Suami MINTA Rujuk Balik !!!  |Tahu tak kalian apa perasaan akak masa baca confession tu? Akak rasa kalau kakak confessor tu ada depan akak, akak nak goncang2 je kepala dia. Nak bagi sel2 kepala dia berhubung. Nak bagi dia sedaq, nak bagi dia bukak mata. Orang dah tak nak kat kita dik.. Orang dah tak nak.. Jangan kita terhegeh2 nak kat orang. Maaf, akak bukak nak cakap kasaq. Tapi kadang2 ni ada sesetengah orang ni kena cakap kasaq baru dia nak sedaq. Ibarat macam bagi penampaq sedas, baru dia terpinga2, baru dia terbangun dari mimpi.

Akak cakap dari pengalaman. Akak tau ni bukan page yang berkaitan tentang hal rumahtangga. Tapi nak share jugak benda baik yang bole jadi panduan kat orang lain. Akak ni ibu tunggal anak dua. Bekas suami akak tak mau dah kat akak, sebab pada dia, dia dah jumpa orang yang lagi baik dari akak. Tak pa… Dalam Malaysia ni pun macam takda lelaki baik dari dia. Yang dia tau, ada perempuan lagi baik dari akak. Hihi…
Sebulan, dua bulan akak sabaq. Tapi sampai bila nak sabaq kan. Akak bangun solat malam mintak Allah bagi suami berubah. Tapi dia tetap tak berubah. Masa ni akak tak ingat yang Allah uji akak sebab DIA sayang. Akak merayu kat suami masa ni supaya dia ingat anak2. Bila akak merayu2, kalian ingat dia fikir benda tu? Dia kesian kat akak? Tak.. Dia makin ligat. Sakit hati akak ni..

Nak dijadikan cerita, ntah macam mana tetiba datang satu perasaan. Ya Allah… Akak rasa akak ni terhegeh2 kat dia, padahal dia dah tak nak kat akak. Akak rasa hina sangat2. Kalau zaman sekolah dulu kita nak kat orang, tapi orang reject kita, haa.. mcm tu la perasaan akak. Malu sangat2. Jadi akak anggap jodoh akak setakat tu ja la. Cukup la akak melukut kat tepi gantang. Kita orang pun berpisah…

Akak syukur sebab akak kerja. Gaji pun Alhamdulillah… Bekas suami akak bayar nafkah anak2 macam biasa sebab dia tau kalau short bayar nafkah memang akak naik terus ke pejabat dia. Bekas suami akak keja dengan badan beruniform, jadi kelebihan memang kat situ sebab kebajikan anak2, isteri dia orang jaga betul2.

Berbalik pada kakak confessor ‘Kakak Yang diceraikan’, dia tak keja. Bole jadi sebab tu dia tak sanggup bercerai. Sebab takda sumber kewangan. Tapi, kenapa tak nak ubah perjalanan hidup? Sampai bila nak hidup bergantung dengan duit bekas suami? Sampai masa dia akan kawin baru. Duit nafkah anak2 mesti akan kurang sebab dia pun ada keluarga baru nak disara. Kita jangan kejam nak tuntut nafkah yang sama macam sebelum dia kawin. Biar dia kejam dengan kita. Kita jangan ikut kejam dengan anak2 dari isteri baru dia. Sepatutnya kalian yang tak keja ni bila dapat hidu dari awal suami ni ada perangai yang tak berapa nak molek ni, persiapkan diri dari awal2. Tak bole nak keja luar, buat biz online, niaga depan rumah ka. Belajar buat kek ka. Kat youtube tu bersepah tutorial nak buat kek, kuih semua. Manfaatkan. Jangan dok mengadap fb ja memanjang.

Perceraian jangan hanya dilihat dari sudut negatif. Walaupun dibenci ia halal. Tempoh iddah tu adalah tempoh untuk suami isteri berfikir dimana salah dan silap. Sebab tu kalau nak rujuk tak perlu akad semula. Tapi kalau sampai dah berlalu tempoh iddah, suami masih tak nak rujuk balik, faham2 sendiri la awak tu dah tak penting dalam hati dia. Jadi untuk apa nak berharap lagi? Tolong la fikir tentang diri sendiri. Move on.

Perceraian tu kadang2 ujian untuk kita jadi lebih baik. Allah takkan uji kita tanpa ada sebarang sebab. Kalau kita bercerai sebab perangai kita yang tak molek, ubah perangai kita. Jangan ubah perangai sebab orang, ubah sebab kita sedar perangai kita tu buruk, sedangkan Allah pun mintak kita berperangai dan berakhlak baik. Senang cakap ubah kerana Allah. Ubah sesuatu sebab orang memang takkan kekal lama.

Dekatkan diri dengan Allah. Minta Allah tabahkan hati. Jaga solat. Buat solat sunat dhuha, minta Allah bukakan pintu rezeki. Bukan mudah nak besarkan anak2. Solat sunat dhuha tu jalannya selain kita usaha dengan kudrat tulang 4 kerat. Bukannya bila bercerai meroyan sana sini. Bukannya dok meratap nasib. Anda harus bangkit!

Benda yang akak selalu tak faham bila perempuan gemuk, kemudian bercerai. Nanti ada nasihat, “kau kuruskan badan, pakai cantik2, biar suami kau tergila2kan kau balik.”
Boleh ye macam tu? Tak boleh. Nawaitu tak betul. Memang seronok tau kalau bekas suami tergila2kan kita balik. Dalam hati mula rasa… “Ha… Dulu hang tinggai aku sgt kan. La ni hang rasa balik!”
Akak pun sedang lalui fasa tu. Bekas suami asyik whatsapp nak jumpa anak2. Padahal sambil jumpa anak, tak abis2 mata dia pandang akak. Dulu kemain payah nak jumpa anak2. Hampir setahun lebih tak jumpa anak2. Duit nafkah, dia bank in saja. Akak pun masa tu memang tak nak pandang dah muka dia. Memang elak untuk jumpa. Sekali terjumpa secara tak sengaja masa riadah dengan anak2 kat taman tasik. Tengahari bole pulak whatsapp tanya khabar.
Tak pernah pun akak terlintas akak nak kurus sebab nak dia balik. Akak terfikir nak diet sebab akak fikir akak terpaksa galas tanggungjawab yang berat untuk besarkan anak2. Gemuk bukan sesuatu yang sihat. Kalau dah sakit2 macam mana nak cari rezeki? Sekarang kalau dia nak rujuk balik pun akak dah tak nak. Walaupun atas alasan anak2. Memang tak nak. Cukup la dia buat akak pernah rasa terhina. Akak bukan sampah yang boleh dikitar semula. Akak pun tak terfikir nak cari pengganti. Nanti ntah datang perangai lagi teruk macam mana? Akak bahagia dapat fokus pada anak2. Akak nak ke mana2, nak buat apa2 tak rasa terikat. Jadi kalian jangan fikir, nama ja janda nak caras suami orang. Ada yang lebih rela hidup sendiri sebenarnya. Akak salah sorang darinya. Sebab tu akak tak pernah bukak jalan pada sesiapa nak dekati akak. Akak bataskan hubungan dengan insan bernama lelaki. Dah pernah rasa perempuan lain ganggu rumahtangga akak, takkan akak nak buat hal yang sama. Sakit tau dak…

Sambung balik. Part suami tinggalkan isteri dan anak2 demi orang lain. Memang sedih. Tapi kalian tahu tak selagi anak2 dengan kalian, kalian patut syukur. Besarkan anak2 kalian baik2, jadi anak soleh. Anak2 kalian tu aset kalian. Biarkanlah lelaki itu pergi. Nanti bila tua, dia tengok anak2 dah besar, jadi anak2 yang baik, insaf tu datang dengan sendiri. Nikmat tahu tak bila kita tahu orang yang pernah aniaya hidup kita, tinggalkan kita sehelai sepinggang dah insaf. Bila dia insaf maknanya ada rasa bersalah dalam hati dia. Hidup dia mesti diselubungi kesilapan lalu…

Rasa macam dah panjang sangat confession akak ni. Akak cuma nak pesan pada wanita kat luar sana, jadi wanita jangan lemah. Kalau ada orang nak ambik hak kita (sebenarnya bukan hak kita pun. Allah bagi pinjam sekejap saja), kita boleh lawan balik atas nama ikatan perkahwinan tu. Tapi kalau pasangan kita lebih memilih orang lain berbanding kita, redha kan aja lah. Tak guna direbut2. Tambah2 kalau si suami tu banyak kekurangan. Solat tak cukup, pemalas, baran, mata keranjang, lagi apa eh? Senang cakap tak perlu direbut2. Kita bina semula kehidupan kita dengan anak2, baiki hubungan kita dengan Allah, insyaAllah segala2nya akan dipermudahkan. Yang menjaga kita selama ni bukan suami. Allah yang jaga kita. So, jangan risau ye.
Bersandarlah pada Allah. DIA takkan pernah mengecewakan kita sebagai hambaNYA

Sumber : Khadijah

P.S. 1 – CCTV JPJ Rakam Imej Bungkusan Kain Kapan Dalam Kereta Warga Singapura Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – ANEH Suami Selalu Pulang Rumah Mak. Akhirnya Apa Yang Suami Buat Di Rumah Maknya TERBONGKAR !!!
P.S. 3 – Malam Pertama Saya Salin Pakaian Di Bilik Lain. Gara-Gara Ini Suami Buat Sesuatu Di LUAR JANGKA !!!
P.S. 4 – Suamiku Seorang Yang Amat Baik Tapi Disebabkan Satu SEBAB, Aku TERLANJUR Dengan Rakan Sekerja !!!
P.S. 5 – Seluruh Penduduk MURTAD. 30 Tahun Pakcik Ni TERPAKSA Solat Sendirian…. Allah Allah…

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH SOSIAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *