RUANG PENGIKLANAN

Close

Aku Dapat Adik Ipar.Hampir 2 Minggu Tinggal Satu Rumah.Rupa2nya Tindakan Dia Buat Ramai TERKEJUT !!!

| April 19, 2017 | 0 Comments

Aku Dapat Adik Ipar .Hampir 2 Minggu Tinggal Satu Rumah. Rupa2nya Tindakan Dia Buat Ramai TERKEJUT !!!|Saya ni ada adik beradik ramai, 6 orang dan saya anak sulung. Kisahnya, masa adik saya kawin 4 tahun lepas, saya ada lah rasa sedikit terkilan. Terkilan bukan sebab apa, sebab mak dan abah decide bagi adik tu kahwin awal, umur dia masa tu baru 21. Kata mak, sbb jodoh dia dah sampai. Saya sedikit akur sebab fikir itu semua kerja Allah. Masa cepat sangat berlalu..tiba masa hari pernikahan adik, saya rasa macam ada batu berat yang akan jatuh atas kepala ni nanti. Tapi, saya abaikan je perasaan tu.

4 tahun dah berlalu, sekarang dah 2017. Adik saya tu dah ada anak 2 orang. Betul kata orang, bahagia tu orang boleh nampak yang luar je hakikatnya jauh beza macam langit dengan bumi. Orang muda ni bila bercinta, semua yang “sweet” dia dengan pasangan nak tunjuk pada satu dunia. Kadang panas juga telinga bila mak komen pasal orang muda bercinta. Itu baru bercinta, kalau dah kawin…lagi banyak dia nak tunjuk. Throwback gambar kawin 3 tahun lepas lah, gambar perut tengah mengandung lah, sweet2 dalam kereta lah, gambar jalan pimpin tangan suami lah..macam lagi lah semua. Maklumlah zaman media sosial.

RUANG PENGIKLANAN

Close

Bila keluarga ni mula ada orang baru, banyak sikitlah ragamnya. Boleh migrain hari-hari. Tambah saya dah masak dengan perangai adik-adik. Lagi pula adik yang dah kawin tu. Ingatkan kalau dah kawin, perangai berubah. Rupanya makin menjadi. Duduk rumah mak pun masih boleh malas-malas. Kadang saya sendiri rasa kesian dekat mak. Jadi macam hamba pula. Menantu nak makan, dia yang susah payah sediakan, baju kotor mak tolong kutip dan basuh, botol susu anak yang dah basi..mak tolong cuci, pampers anak dalam bilik air..mak tolong buang. Adik tu buat apa sebagai isteri? Membuta sampai pukul 10 pagi 11 pagi. Bangun tidur, terus makan je makanan yang terhidang. Ya Allah, sakit mata tengok perangai dia. Kadang saya rase naik angin. Nasib kat rumah mak, kalau rumah mak mertua tak pastilah dia macam mana. Bila masuk bulan Ramadhan, perangai macam tu juga. Sekurang-kurangnya tolong la masak untuk sahur sama-sama. Tambah-tambah dia dah ada suami. Lagi meluat bila up status atau gambar menu masakan kat facebook, instagram, twitter…konon-konon dia yang masak dengan caption “walaupun puasa dan penat melayan karenah anak-anak, harapnya menu ibu ni sesedap rasa” sedangkan itu masakan mak. Blerghhh..

Tiba-tiba adik tu decide nak pindah rumah sewa. Oh..melompat la hati saya ni sebab tak payah tengok perangai malas-malas dia tu. Buat sakit hati. Tapi sebenarnya dia pindah sebab adik lelaki saya ni bising kalau rumah bersepah. Mana tak nya, rumah ada budak kecil kan. Saya ni jenis tak kisah..kalau saya rasa rajin nak kemas, baru saya akan kemas sebab saya tak suka nak bising-bising. Tapi dah tahu adik tu malas tahap kritikal, memang tak lah dia nak kemas mainan anak dia. Mendapatlah dia kata-kata sentap dari adik lelaki tu. Bila tahu adik tu nak pindah, saya rasa macam satu masalah akan berkurang. Tudung pun tak payah pakai 24/7. Sebelum ni setiap masa kena pakai tudung sebab adik ipar ni kerja sendiri. So, masa dia banyak kat rumah. Adik ni punya rumah sewa dekat je dengan rumah mak. Lebih kurang 1 km je jarak. Nampak sangat pindah sebab sentap..tapi baguslah. Bila lagi nak rasa sentap. Sekurang-kurangnya boleh buat dia berubah.

Seminggu kemudian, adik tu datang rumah mak sebab adik ipar nak kena uruskan urusan kat luar daerah. Kemudian, bila urusan adik ipar tu selesai..dia kembali ke rumah mak semula. Ingatkan dia nak ambil isteri dan anak-anak dia tu bawa balik ke rumah sewa. Rupanya duduk rumah mak dekat 2 3 minggu juga. Kembali la rimas saya macam dulu. Tapi lagi extreme. Adik dan adik ipar ni mula bertengkar sebab hal-hal kecil yang saya kira boleh selesaikan secara baik. Rasa malu mereka tu macam dah tak ada. Bergaduh depan mak abah, adik-beradik dan depan anak. Bukan sekali, bukan dua kali..tapi dah banyak kali bertengkar kat rumah mak. Saya kesian kat mak. Kadang malam-malam, saya nampak dia menangis lepas solat sebab fikir pasal anak-anak. Perangai masing-masing tak matang. Anak-anak dia akan menangis kalau nampak mak ayah dia tu bertengkar. Bila dah bertengkar, masing-masing tak kisahkan anak. Adik saya tu keluar entah ke mana, si adik ipar tu mungkin pergi cari kawan dia lepak-lepak sambil minum kopi. Anak dia? diaorang tinggalkan kat rumah mak. Adik-adik saya lah yang tolg babysit sekejap. Bagi makan minum, layan dorang main, tidurkan semua. Tengok muka dorg pun rasa sayu je. Kesian sebab dapat mak dan ayah yang tahu untuk ‘buat’ anak je. Tanggungjawab masing-masing dah ke laut. Amanah Allah mereka abaikan, tunggulah untuk jawab depan Allah nanti. Dulu nak kawin bukan main, siap ingat ayat-ayat al-quran dan hadis yang cerita tentang munakahat, kehidupan berumahtangga semua. Tapi apa yang berlaku tak seindah macam apa yang mereka baca. Semua tu lakonan acah-acah alim sebab nak dapat ‘ticket’ kawin muda.

Sampai satu tahap, saya terpaksa luahkan semua pada mak dan mak setuju dengan apa yang saya katakan. Mak ada rasa sikit menyesal tapi semua ni dah ditentukan. Kena belajar terima takdir. Ada sebab Allah tangguhkan jodoh saya. Semuanya ada depan mata untuk saya ambil iktibar. Persediaan dari segi mental dan fizikal. Tak lupa juga pengisian rohani, al-quran dan solat malam jangan tinggal. Apa yang berlaku sekarang, Allah bagi nikmat pada saya dalam bentuk lain, dapat sambung sampai PhD. Teringat saya akan satu kata-kata Ust Pahrol dalam satu buku beliau, “bersahabatlah dengan takdir”.

Pesanan saya buat adik-adik yang berniat untuk kahwin muda, buatlah persiapan. Cara berfikir dah kena ubah. Nak buat sesuatu perkara, fikir dulu apa kesan yang akan jadi. Yang perempuan, jaga akhlak jaga pertuturan. Akhlak bukan sekadar diukur melalui tudung yang labuh sahaja. Yang lelaki, belajar pegang tanggungjawab pada keluarga dahulu.

Sumber : Angah

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH KELUARGA

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *