Aku Tidur Di Asrama.Jam 4 Pagi Aku Terjaga Pergi Ke Tandas.Apa Yang Ku Jumpai Sangat MENGEJUTKAN !!!

| April 19, 2017 | 0 Comments

Aku Tidur Di Asrama.Jam 4 Pagi Aku Terjaga Pergi Ke Tandas.Apa Yang Ku Jumpai Sangat MENGEJUTKAN !!!|Pada hari khamis, ketika aku tengah menjawab ujian. Parents aku datang dan bawa aku balik ke kampung time tu, aku tanye lah, “kak sue, kenapa kita balik kampung?”. Dan kak sue menjawab, “atok meninggal.” Time tu aku buat tak tahu je lepas dengar dan selang sejam, akhirnya kami sampai ke kampung, time tu ramai sanak saudara aku yang datang. Nak dijadikan cerita petang tu, aku hanya duduk jauh dari mayat atok dan aku baca la yasin. Oleh kerana aku tak mahir sangat baca yasin, aku cari yasin yang ade tulisan rumi. Lepas selesai baca semua dan sembayangkan mayat, tetiba pula, nenek aku berkata. Dengan nada yang sedih, “jangan tanam mayat ni dulu, sebab arwah nak tengok semua anak dia. Tapi time tu pakcik aku pula stay KL dan akan smpai kat Sabah esoknya. Nak taknak tu dah jadi permintaan arwah, so kena la tunggu.

Pada jam9 malam, semua orang tengah buat hal masing2 dan mayat diletakkan ditepi ruang tamu, dan pakcik2 aku yang lain bergilir2 menjaga mayat. Rumah menjadi sepi dan sayu hanya kedengaran suara orang membaca yasin. Tepat pukul 1 pagi saudara2 aku yang lain masing2 mencari port untuk tidur, kami terpaksa tidur di ruang tingkat atas dan malam aku tidur sekatil dengan kakak dan sepupu aku.. Dalam pukul 2 lebih macam tu, aku terjaga dari tidur. Kedengaran seperti ada orang pecahkan pinggan, bunyi bising sangat. Aku nak capai tangan kakak aku pun tak boleh disebabkan takut bende tu datang ke tempat aku kalau dia tahu aku bangun. So, aku pun try la buka mata sikit dan cuba berpaling ke belakang dengan niat nak tiup muka akak aku supaya bangun.

Dan ketika nak pusing pelan2 aku terasa tilam kat tengah menjadi berat seolah2 ade bende yang naik atas tilam tu. Aku pun tak jadi pusing malah aku try pikir pasal makanan dan baca ayat2 yang aku boleh baca time tu. Selang beberapa minit, aku rasa ade tangan cuba memeluk aku dari belakang. Time tu aku dah tak ok, rase macam nak teriak tapi tak dapat seumpama mulut aku terkunci. Lepas tu, aku dah tak sedarkan diri sampai pukul 1 tengah hari. Lepas je bangun mak aku ade kat tepi. Aku tanye mak aku, “mak kenapa P ade kat luar, dan nape mak macam muka risau”. Mak aku menjawab, “P tak ingat ke semalam P duduk atas tangga sambil makan daging ayam yang tak masak lagi”. Aku pun geleng kan kepala dan jawab, “takde la mak. Takkan P nak buat macam tu, kan p alergic dengan daging”. Aku ketawa dan ketawa secara tiba-tiba!! Lepas tu ade ustad ni dia bagi air tawar untuk aku minum dan basuh muka sebelom tido.

Pukul 3 petang, pakcik aku sampai yang dari KL tu, dan mayat pun dapat disemadikan. Tapi yang peliknya, time aku dok tengok mayat tu, aku rase macam dia tengah panggil aku. Tapi aku buat bodoh je dan bagitahu mak aku. Terus mak kata banyakkan sedekah alfatihah. So aku pun bace la. Lepas baca2, pukul 4 lebih macam tu, kami pun balik dari kubur. Lepas balik, semua mandi dan letak pendinding kat kawasan rumah. Dan ade pak cik makcik aku yang balik terus ke rumah dorang. Malam tu tinggal keluarga aku dan adik beradik mak aku 2 orang. Malam pun berlalu dengan pantas, kul 10 mak aku suru tidu kat ruang tamu, dan semua pun tidur kat ruang tamu. Time nak tido, mak aku kate, “kalau ade dengar ape2 buat tak tahu, kalau ade rase bende dekat. Baca banyak2 ayat kursi”. Time tu aku tak paham lagi, kenapa mak aku suru macam tu….

Dan malam tu, pukul 3 lebih makcik aku kena sampuk pula, dan abg aku pun pegi la panggil ustad. Time makcik aku ditawar, ustad tu kate, “arwah ade tinggalkan SAKA”. Aku time tu tak tahu SAKA tu ape. Lepas tu, mak aku pun dah tahu dah rupanye pasal bende ni. Tapi dia diam. Selang beberapa minit, mak cik aku sembuh, dan bende tu asik meracau kat bilik arwah atok aku. Mak aku beranikan diri, p buang semua barang atok aku. Time nak kena bakar tu, mak aku kena baling kayu yang ade api kat kaki dia. Ape lagi, kami semua cepat2 cari air. Tetiba, barang yang dibakar tu xde calar langsung. Dan pukul 5 pagi, time semua kat ruang tamu. Aku pula tengah makan, tetiba sakit perut. Terus lari ke toilet..

Ketika nak buang air besar tu, kaki aku terasa dipegang dan seperti ade bende yang turun dari atas atap toilet tu. Aku pun teriak, “MAKKKKKKKKK!!!!!!!”. Mak aku buka je, dia terus mengucap sebab bende tu dah betol2 pelok aku dari belakang. Dan abang aku pun panggil lagi ustad. Datang je ustad, mulalah ustad tu bertanye kepada bende tu. Kenapa dia kacau aku? Setelah itu bende tu pun meracau. Time tu aku dah xsedar. Dah bangun je pagi tu, mak aku cerita, yang bende tu suka kat aku, dan sampai la aku umo 21 bende tu lekat dalam diri aku.

Start itu, hidup aku dah tak keruan. Mana2 je pegi, mesti member aku tak ajak aku. Dorang asyik takut dengan lembaga tu. Sebab lembaga tu asyik ikuuut di belakang aku kalau malam. Time umo 23 aku buat keputusan untuk buang dan cari ustad yang betol2 pandai dalam bab2 ni. Oleh kerana excited nak tunggu esok jumpe ustad, malam tu aku kena kacau, bayangkan!! Time tengok FB, tetiba member aku chat kat whatsap!! ( weh, nape ko post macam tu kat fb. Ko dah nak mati ke). Aku pun tergamam bila baca whatsapp member aku..

Dan apa lagi, aku buka la dekat fb. Punya terkejut aku. D wall fb aku sendiri tertulis, ‘aku akan hidup didalam badanmu, dan mati bersamamu. Takkan ade yang boleh buang aku. Ayuh mati bunuh diri bersama’. Aku time tu dah cuak dan pelik. Aikhhh takkanlah hantu bole main fb dan post macam tu. Dan terus aku pun padam post tu. Lepas je padam, tetiba ade orang ketok pintu bilik dan bagi salam. Tapi salam yang tak lurus la. Aku punye bodoh g jawab salam, dan buka pintu. Time tu aku dah pelik. Aikhh, tak de orang. Dan aku pun baring la kat katil aku. Pukul 5 aku terdengar dengkuran dan nafas yang kuat sangat kat tepi katil. Buka je mata, terkejut gile aku. Ade bantal guling yang mempunyai tocang seperti hantu bungkus tu. Ape lagi, aku pun keluar terus dari rumah. Esok dia, jumpe ustad dan aku ceritakan semua dari a sampai z. Lepas tu mula la aku dirawat dan dibagi amalan untuk aku buat tiap hari. Rawatan tu mengambil masa selama 2 bulan untuk aku sembuh sepenuhnya dari jin. Alhamdulillah , sekarang aku dah sihat..

Terima kasih, sebab sudi baca nukilan dari saya asal Sabah..

Sumber : Puteri

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: misteri

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *