RUANG PENGIKLANAN

Close

Ibu Kandung Kahwin Lain.Nasihat Ayah Buat Aku INSAF Dan TERSENTUH.Rupa2nya Tindakan Ayahku Benar TRAGIS !!!

| April 24, 2017 | 0 Comments

Ibu Kandung Kahwin Lain.Nasihat Ayah Buat Aku INSAF Dan TERSENTUH.Rupa2nya Tindakan Ayahku Benar TRAGIS !!!|Pertama sekali, umur aku sekarang 20an. Aku anak bongsu dari 3 adik beradik. Ibu & ayah aku bercerai sejak aku darjah dua. Ibu lepas habis iddah terus kahwin dengan lelaki bujang yg bekerjaya, aku panggil dia daddy dan mereka menetap di ibu kota.

                                                                    (Gambar Hiasan)

RUANG PENGIKLANAN

Close

Punca penceraian sebab ibu tak boleh hidup susah dengah ayah yg kerja sebagai pegawai kerajaan pada waktu itu gaji hanya RM1000+. Selepas mereka bercerai aku dibesarkan oleh ayah di selatan tanah air. Ayah kahwin selepas 5 tahun bercerai.

Mungkin korang tertanya2 kenapa hak penjagaan anak dapat kat ayah kan? Sebab ibu yg tuntut cerai masa tu. Ibu nk jaga aku seorang, tapi ayah tak bagi. Ayah cakap kalau nak anak, ambik semua tiga2. Ayah taknak pisahkan kami adik beradik. Akhirnya ibu mengalah.

Sekarang abang & kakak aku dh kahwin. Lepas habis belajar aku buat keputusan nak cari kerja dan tinggal dgn ibu di kl. Pada mulanya ayah tak izinkan. Kata ayah banyak buruk dari baiknya sebab takut aku membebankan ibu & daddy. Tapi aku tetap berkeras nk pergi sebab ibu selalu ajak & pujuk aku utk tinggal dgn dia. Akhirnya ayah izinkan.

Aku dapat kerja. Ibu yg hantar & ambik aku dari kerja setiap hari memandangkan ibu suri rumah sepenuh masa. Pada bulan pertama tinggal dgn mereka semuanya baik2 saja. Masuk bulan kedua, sikit demi sedikit aku dapat rasa yg kehadiran aku mcm tak menyenangkan mereka.

Kisahnya bermula apabila ibu bagitahu aku yg mereka nk ke Johor atas urusan kerja daddy jadi aku terpaksa tinggal di rumah seorang kerana aku bekerja. Aku ok saja sebab boleh bawa kereta ibu. Maklumlah, gila stereng baru dapat lesen masa tu. Hehe!

4 hari mereka tinggalkan aku di rumah. Aku dapat tahu mereka bukan ke Johor tapi bercuti ke Krabi sebenarnya. Macam mana aku tahu? Kawan ibu tag gambar mereka kat fb, kan dah kantoi. Ayah call aku tanya macam mana keadaan aku semua. Ayah tanya ibu dan aku jawab ibu ke Johor sebab daddy ada meeting walaupun aku tahu mereka ke mana sebenarnya.

Ayah marah sebab ibu tinggalkan aku di rumah seorang. Lepastu ayah call ibu marah2 sebab tinggalkan aku seorang di rumah dan benarkan aku yg mentah ni pergi kerja bawa kereta di kota raya. Ayah betul2 ambik berat tentang aku.

Esok harinya ibu & daddy balik. Muka mereka masam dan langsung tak tegur aku. Aku pelik, apa salah aku? Lepastu ibu & daddy panggil aku duduk di ruang tamu ada hal nk bincang katanya. Aku mula tak sedap hati.

Buat pertama kalinya daddy tengking aku, “kau mengadu apa dekat bapak kau?!!!” Belum sempat aku jawab, dia menyambung “kau pergi balik rumah bapak kau jangan datang rumah aku lagi, kau buat surat notis kau berhenti kerja harini!” Air mata aku terus jatuh laju betul macam air paip. Seumur hidup aku pun ayah tak pernah tengking anak dia macam tu. Aku pandang ibu, dia senyap langsung tak tengok muka aku seolah2 setuju dengan arahan suaminya. Aku menangis tersedu2. Aku betul2 tak sangka ibu tak bela langsung anak dia. Macam salah aku ni besar sangat.

Haritu juga aku kemas barang2 aku, naik teksi ke TBS. Sebelum keluar aku sempat salam dan cium ibu. Ibu langsung tak pelawa utk hantar aku kt TBS. Air mata aku tak berhenti. Aku call boss bagitahu nak resign sbb masalah keluarga. Nasib baiklah boss aku baik orangnya dan dia ok je. Di TBS aku buat keputusan nk ke utara rumah kakak aku. Aku taknak balik rumah ayah. Kalau ayah tahu keadaan makin teruk.

Aku tenangkan diri di rumah kakak. Sumpah, seminggu aku menangis sampai kering air mata teringatkan hal tu. Aku bagitahu ayah aku di rumah kakak. Ayah macam dh boleh agak ada benda yg berlaku. Dia sanggup datang dari selatan ke utara utk tengok aku. Betapa besar pengorbanan ayah, aku takkan lupa.

Kakak aku ajak tinggal dan kerja dengan dia. Aku setuju dan ayah pun izinkan. Kata ayah elok juga sebab suami kakak jarang ada di rumah kerana kerja di laut. Aku tenang di sini. Aku pernah terfikir utk kahwin cepat mcm kakak & abang, tak perlu lah aku susahkan sesiapa lagi utk tanggung aku. Tapi itulah, belum jumpa jodoh lagi. Pffttt!

Barulah aku sedar manusia boleh berubah sekelip mata je bila ada duit, pangkat & status. Aku masih tak boleh terima perangai ibu. Jujur aku cakap, aku lebih sayangkan ayah berbanding ibu. Sebab ayah yg membesarkan kami adik beradik, ambik berat tentang anak2 dan kerja keras utk besarkan kami. Aku tak simpan dendam dgn ibu sebab aku tahu seburuk2 mana pun dia tetap ibu yg melahirkan aku.

Sebenarnya banyak lagi perkara yg terjadi antara kami adik beradik dengan ibu & suaminya yg kaya tu. Tapi kalau nk cerita semua memang sangat panjang dan berepisod. Cukuplah aku cerita tentang aku kena halau ni je.

Untuk korang, parents siapa yg still together tu bersyukurla. Because the pain of having a broke family is unbearable. Kalau ibu baca ni, satu je aku nk ibu tahu. Ibu takkan muda selamanya, akan tiba waktu ibu tua dan perlukan anak2 utk jaga ibu. Masa tu ibu akan cari kami adik beradik dan kami janji takkan buang ibu mcm ibu buang kami sekarang. Ye, kami janji.. 🙂

Sumber : AnakAYah

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH KELUARGA

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *