Ibuku Seorang Kuli.Jam 9 Pagi Satu Kejadian Yang Buat Ramai TERSENTUH . Rupa2nya Selama Ini Aku SILAP..

| April 18, 2017 | 0 Comments

Ibuku Seorang Kuli.Jam 9 Pagi Satu Kejadian Yang Buat Ramai TERSENTUH . Rupa2nya Selama Ini Aku SILAP… Kisahnya bermula bila motor adik saya rosak. Dia praktikal kat ibu kota. Jadi memang kena pakai banyak duit untuk repair. Pada bulan tu pulak memang kena pakai duit banyak so memang tak cukupla duit nak bayar duit motor adik tu. Jadi mak ambil keputusan untuk gadai barang kemas dia. Memang dia berat hati nak gadai tapi nak buat macam mana. Kasih ibu guys !

Saya masih menuntut di IPT di salah sebuah negeri. Memang tak jauh tempat saya belajar dengan rumah jadi mak suruh saya balik minggu tu jugak sebab nak saya yang uruskan semuanya. Pasal gadai barang semua. Jadi minggu tu lepas kelas saya terus balik.

Esok tu, saya teman mak pergi Kedah sebab hari Ahad negeri Kedah je yang bukak kedai. Sebab Perak hari Ahad semua kedai pajak gadai tutup termasuk la Ar-Rahnu. Dah sampai Kedah, cadangnya nak gadai kat Ar- Rahnu je tapi mungkin bukan jodoh dengan Ar- Rahnu kot sebab Ar-Rahnu pulak tutup. Allah ! Tepuk dahi saya sebab nak cari kedai pajak gadai kat Kedah ni bukan senang. Tapi.. nasib ada waze. Hahaha. Guna waze weyh cari kedai pajak gadai. Ko rasa ?

Bila dah jumpa siap parking semua. Saya je turun pergi pajak gadai tu. Mak tunggu dalam kereta sebab dia segan nak pergi. Masa tengah tunggu turn tu. Ada seorang makcik ni bersembang dengan akak sebelah dia. Dia cerita anak dia sakit kat ibu kota. Gadai barang sebab taka da duit nak pergi tengok anak sakit. Saya dengar camtu je la. Bila akak yang tu dah pergi turn saya pula la untuk gadai barang semua.
Makcik tu nak gadai gelang dia. Tapi cina tu cuma boleh ambil RM750 je. Sebab tak cukuo gram katanya. Saya tak tahula kan kedai pajak gadai ni macam mana. Makcik tu merayu mintak RM900 sebab katanya tak cukup untuk pergi ibu kota naik bus dengan 4 orang anak yang lain. Sampai sana nak ambil teksi lagi. Saya pun ringan mulut la tanya makcik tu.

Makcik tu cerita anak dia pensyarah. Tapi waktu sihat jarang sangat balik rumah. Kalau balik pun time raya itu pun kadang-kadang . Makcik tu cerita anak dia dah berjaya lupa kat dia. Langsung tak bagi khabar berita.Bila dah sakit baru telefon dia. Sebab tu dia sanggup gadai barang dia nak pergi tengok anak dia. Sampai menangis la makcik tu cerita. Sedih weyhhh ! Paling sedih bila dia merayu kat tauke pajak gadai tu nak gadai barang dia RM800 pun jadila. Cukup untuk pergi tengok anak dia yang sakit tu. Dia siap janji lagi bulan depan dia datang ambil balik. Menangis-nangis makcik tu. Allahu. Seorang ibu boleh menjaga 10 anak. Tapi 10 anak tak semua sanggup nak jaga ibu. Bila dah sakit baru nak cari ibu. Baru nak minta ampun kat ibu. Baru nak minta restu ibu. Saya ada tanya anak yang lain macam mana ? Anak no.2 boleh bawak kereta tapi takut-takut kereta pun tak ada. Sebab tu nak naik bus. Yang lain masih sekolah. Saya pun angguk jela. Lepas tu terus minta izin kat makcik tu sebab dah lewat nak bank in duit kat adik. Makcik tu masih lagi merayu kat tauke tu. Sedih suara dia. Tak sanggup nak dengar takut nanti saya pulak yang nangis. Hmmmm….

Keluar dari kedai pajak gadai tu. Masuk kereta terus saya cerita kat mak saya. Mak pun sedih dengar. Mak siap pesan kasih ibu walaupun anak tu buat macam mana pun kat dia, kasih ibu tetap ada pada anak-anak. Tersentuh hati sistur. Rasa nak nangis tapi tahan je depan mak. Malu ! Ego maybe ~

Tu je saya nak cerita. Saya nak pesan pada semua termasuk diri saya. Keje besar macam mana pun kita tanpa restu seorang ibu hidup kita tak akan diberkati. Sibuk macam mana pun kita, sekurang-kurangnya kol ibu bapa kat rumah. Tanya khabar. Jangan sesekali susahkan hati mereka. Bila ada masa cuti balik kampung. Jumpa mereka. Jangan bila dah sakit baru nak cari.
Kesimpulannya kat sini, hargailah insan yang bergelar ibu bapa. Tanpa mereka siapalah kita. (macam karangan pulak) heeee ~
Okeyh tu je saya nak cerita.
Assalamualaikum

Sumber : Malee Pen Chan

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH SOSIAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *