JIJIK..Alasan Suami Minta Cerai Buat Ramai TERKEJUT !!!

| April 27, 2017 | 0 Comments

JIJIK..Alasan Suami Minta Cerai Buat Ramai TERKEJUT !!! | Hai, assalamualaikum. Ini confession aku untuk kali kedua. Yang pertama haritu admin tak siarkan. Aku rasa confession aku tuh sendiri tak cukup menarik untuk dibaca, ayat berterabur, kurang sopan atau admin sendiri yang lihat confession aku nih berunsur negatif sebab aku tak huraikan satu persatu apa pengajaran cerita nih. Lagipun confession aku haritu tak habis lagi sebenarnya. Aku harap admin terbuka pintu hati untuk siarkan confession aku kali ini. Amin. Aku cuba perbaiki ye?  Terima kasih admin.

Gambar Hiasan

Apa yang aku nak confess ni bukan cerita pasal aku, tapi kaklong aku. Dan ia kisah benar, bukan rekaan. Apa yang terjadi dekat kaklong aku nih sangatlah mempengaruhi persepsi aku terhadap lelaki.

Aku student ipta. Umur aku 22 tahun. Jarak umur aku dengan kaklong 15 tahun. Jauh, tapi kitorang rapat sangat. Sebab tu bila semua benda ni jadi dekat dia, aku memang tak boleh terima. Buatkan aku rasa yang lelaki nih semuanya sama. Semua ada muslihat masing-masing.

Ceritanya macam ni. Kaklong aku nih ibu tunggal. Dia bercerai dengan suami dia, aliomar ( bukan nama sebenar ) 4 tahun lepas. Dorang bercerai masa kaklong lagi beberapa hari nak habis berpantang. Dalam erti kata lain, anak buah aku, ain (bukan nama sebenar) baru je dilahirkan. Masa cerai tuh, aliomar yang isi borang cerai. Dia isi atas nama kaklong, kononnya kaklong yang tuntut cerai. Kaklong just tinggal sign borang tu je.

Punca penceraiannya ialah kaklong just minta untuk tinggal berasingan dengan mertua dia.  Itu sahaja. Memandangkan aliomar nih kerja dengan government dan boleh apply kuarters, jadi kaklong rasa benda tuh tak menjadi isu ataupun membebankan. Hanya tinggal nak ataupun taknak jer. Mak ayah aliomar ni tak uzur atau sakit, kerja medical assistant di hospital Taiping dan orang berada. Dalam hal nih, pertamanya, kaklong rasa tak menjadi isu pun kalau tinggal berasingan dengan mertua dia since mertua dia masa tuh sihat walafiat. Lagipun, anak-anak bujang dorang pun tinggal kat rumah tuh nak tengok-tengokkan mak ayah dorang. Kedua, ada conflict antara kaklong dengan mak mertua dia, yangmana memang dari awal perkahwinan mak mertua dia tak terima kaklong ( mungkin sebab family kitorg nih susah tak setaraf dengan dia ) Kaklong cerita masa awal-awal perkahwinan lagi mak mertua dia dah bagitahu yang sebenarnya dia ada calon menantu pilihannya sendiri. Tapi, aliomar tetap nak pilih kaklong masa tuh. Bukan tuh je, mak mertua dia jugak pernah warning kaklong supaya jangan nak mintak apape dari aliomar tuh dan jangan nak susahkan hidup anak dia. Tapi, kaklong hormat mak mertua dia. Tak pernah sekalipun dia melawan atau tinggikan suara masa tinggal sebumbung dengan mak mertua dia.

Kaklong kenal aliomar nih 8 tahun. Dalam tempoh tuh jugak kaklong  kerja sambil belajar. Tapi, bagi aku kalau kau bagi seribu tahun pun kau takkan kenal perangai lelaki macam mana. Sepanjang 8 tahun kenal, aliomar nih baik sangat dan kitorang adik-beradik rapat gila dengan dia. Orang kata kamceng gituh. Sikap peramah, mulut manis dan budi bahasa dia buatkan kitorang semua terpikat. Semua mak sedara aku berkenan nak buat menantu termasuklah mak aku sendiri. Kaklong pada mulanya, taknak pun dekat aliomar nih sebab dia takde kerja tetap pun masa tu. Tapi disebabkan mak aku sendiri yang berkenan, so dia ikutkan jelah. Pilihan mak ayah adalah pilihan terbaik bagi kaklong. Sampai lah satu masa tu, dia betul-betul tekad nak kahwin dengan kaklong. Masa tu kaklong belum habis degree lagi, tapi dia kata dia tak kisah dan dia sendiri benarkan kaklong nak habiskan degree lepas kawin. Kaklong pegang kata-kata dia dan setuju untuk kahwin.

Tapi, apa yang jadi lepas kahwin tak macam yang kaklong expect. First day kahwin lagi dia dah tunjuk perangai sebenar dia. Habis je kenduri, dia sendiri ikut mak ayah dia balik Perak dan dia balik bukan sebab dia kena kerja esoknya ataupun dia kena drive mak ayah dia balik, tapi sebab dia sendiri nak ikut mak ayah dia balik. Mak mak sedara aku tertanya-tanya mana pergi pengantin lelaki? Tapi, mak ayah aku jaga nama dia kata dia kerja, tuh yang kena balik. Lepas beberapa bulan kahwin, Aliomar paksa kaklong berhenti belajar, berhenti kerja dan balik Taiping sedangkan masa tu kaklong lagi beberapa bulan nak habiskan degree. Kaklong keliru gila masa tuh, antara nak turut perintah suami ataupun teruskan impian dia nak habiskan degree. Macam-macam dia cakap kat kaklong, isteri nusyuz lah itu lah ini lah. Tapi, ayah aku masuk campur dan pertahankan kaklong sebab masa tu lagi beberapa bulan kaklong nak habiskan degree. Bukannya kaklong tak balik Perak, kaklong balik tiap hujung minggu. Start dari situ, keadaan jadi tegang. Dia gaduh teruk dengan mak ayah aku. Dia kurang ajar dengan mak ayah aku. Dia bukan lagi aliomar si mulut manis pijak semut tak mati. Tapi, alhamdulillah, kaklong dapat degree jugak akhirnya. Mak ayah aku happy lah anak dia dapat degree.  ( satu-satunya anak dorang yang ada degree time tuh, biasalah orang tua )

Habis je degree, kaklong turut perintah dia untuk berhenti kerja dan balik Perak, sambung cari kerja dekat sana. Kaklong dapat banyak panggilan interview dekat KL masa tu, tapi kaklong tolak demi suami. Kaklong menganggur lama masa cari kerja dekat sana. Korang faham-fahamlah susahnya nak dapat kerja, lagi-lagi bila kau nak specific location area Perak je. Sampailah kaklong mengandungkan ain. Sampailah aliomar ni dapat kerja tetap dengan government.

Masa kaklong tengah mengandungkan ain,  aliomar minta nak kahwin lain.  Aliomar pujuk kaklong, katanya kaklong boleh berehat kat rumah, tak perlu bekerja dan dia dengan isteri baru tu boleh kerja cari duit untuk tanggung kaklong dan anak. Apa perasaan kau bila kau tengah sarat mengandung, tapi suami kau nak kahwin dengan orang lain?

Selepas bersalin, aliomar hantar kaklong balik rumah mak ayah aku untuk berpantang disini. Dalam masa yang sama, sebenarnya dia tak benarkan kaklong balik berpantang rumah mak ayah aku, tapi kaklong teringin nak mak dia sendiri yang jaga dia masa dia dalam pantang. Sebab mak kau akan jaga kau macam mana orang lain tak boleh nak jaga kau. Lagipun, dia hanya cuti beberapa hari je untuk jaga kaklong masa tuh dan mak mertua kaklong memang tak ambil kisah langsung. Jadi, salah ke berpantang di rumah mak ayah sendiri? Selama kaklong berpantang ( which is masa tu dorang belum putuskan nak bercerai ), aliomar tak pernah tanya atau amektahu pasal kaklong. Senang citer, tak call langsong.  Lepas je dorang dah putuskan nak bercerai, kaklong ada mesej bakal isteri baru aliomar tuh. Kaklong kata “Sepatutnya awak nasihat dia, supaya kekalkan perkahwinan kitorang demi anak..” Tapi, apa yang perempuan tu balas? “Saya tak boleh kak, saya memang dah jatuh cinta first time dia masuk kerja lagi”. Apa lagi yang kaklong boleh cakap? Akhirnya dorang bercerai. Dia ceraikan kaklong masa kaklong tak ada kerja, tak berduit dan masih berpantang. Kaklong terima dia masa dia tak ada kerja tetap pun.

Bila selidik balik sekarang, boleh pulak dia sediakan rumah berasingan dengan mak ayah dia untuk isteri baru tu. So, apa punca penceraian tu aku pun confuse. Adakah itu muslihat dia? Ikut pemahaman aku, dia memang dah tekad nak kahwin dengan orang lain, jadi untuk menutup salah, dia tak sediakan rumah asing macam yang kaklong harapkan. Jadi, dia ceraikan kaklong atas sebab kononnya kaklong sendiri yang tuntut cerai sebab kononnya dia tak mampu nak sediakan rumah asing. Korang tak rasa macam tu ke?

Dah 4 tahun benda nih berlaku dan selama 4 tahun ni ( usia ain ), dia tak pernah ambiltahu pasal ain. Dia tak pernah call atau datang jenguk anak dia sendiri dan tak pernah bagi nafkah. Tapi, tiapkali birthday ain, dia akan wish dekat facebook termasuklah tahun ni.

Aku baca satu persatu komen kaka, mak dan cousins dia dekat post dia tuh dan aku pun tinggalkan komen. Komennya berbunyi “Assalamualaikum. Kalau sayang, kalau rindu takkan lah sampai tak amektahu dan tak bagi nafkah langsung. Kalau betul-betul sayang, mesti call tanya khabar dan datang lawat. Selama 4 tahun ain dibesarkan oleh seorang ibu tunggal tanpa bantuan orang lain. Mana letaknya tanggungjawab seorang ayah? Kasih sayang sebetulnya nak dizahirkan bukan macam ni. Bagitahu satu dunia awak sayang, tapi hakikatnya ambil tahu pun tidak. Kalau makcik-makcik, pakcik-pakcik, nenek, datuk dan ayah ain betul-betul sayangkan ain, nak datang lawat ataupun telefon. Awak boleh pm saya, saya boleh bagitahu alamat dan nombor telefon mak ayah saya sekarang juga. Saya minta maaf kalau ayat saya ni menyinggung perasaan awak semua. Baca dan hadamlah dengan hati yang terbuka.”

Esok pagi bila aku check balik, aku tengok dia dah delete post dia yang aku komen tu. Lepas tu, dia comeout dengan post baru dan perli aku stalk dia. Dalam masa yang sama, dia jugak perli mak ayah aku seolah-olah macam mak ayah aku yang tak bagi dia berhubung dengan ain. Kakak-akak aku yang lain semuanya marah. Tapi, aku tenang dan buat bodoh sebab aku tahu dia tengah saiko. Apa aku buat? Aku tak layan, tak komen dan anggap macam tak nampak post dia tu. Cuma aku yakin sangat yang dia akan saiko dan terus saiko mungkin sengaja nak bagi aku pula yang malu.

Esok petangnya, kakcik aku call kaklong tanya kenapa kaklong send benda bukan-bukan dekat facebook pagi tadi? Kaklong terkejut gila masa tu. Bila check facebook kaklong, ada orang hack dia. Hacker tu pm dan hantar link gambar lucah dekat semua kawan facebook kaklong. Kaklong malu gila masa tu. Memang aku tak fikir orang lain dah, tapi aku tahu aku tak boleh nak main tuduh. Aku suruh kaklong secure facebook dia dan tukar password. Aku cuba geledah google macam mana nak tahu siapa yang hack facebook kita tapi malangnya tak membantu. Lastly, kakcik whatsapp aku  suruh check where you are log in dekat setting yang mana dekat situ kau boleh detect device apa yang guna untuk login facebook kau, location dekat mana kau login dan juga waktu kau login.

Lepas check, aku tengok ada dua desktop ( laptop aku dan kaklong ) dan dua android yang login ( satu handphone kaklong  dan satu lagi tak tahu siapa ).  Location android lagi satu tu ialah Kamunting. Korang tahu Kamunting dekat mana? Jawapannya Taiping, Perak.

Aku tahu ini bukan bukti yang kukuh untuk menuduh sesiapa. Abang ipar aku suruh buat report dekat SKMM, tapi aku tak rasa isu macam ni diendahkan.

Jadi, aku kira banyak pengajaran yang korang boleh dapat daripada confession aku. Aku harap admin publish confession ni sebab aku rasa ini bukan macam confession kau nak salahkan mak mertua kau sedangkan kau yang pemalas.

1) Tolong jangan jadi lelaki yang tak guna. Kau mungkin tak dera fizikal isteri kau, tapi kau dera mental dia.

2) Tolong jangan jadi talam dua muka. Sebelum kahwin pijak semut pun tak mati, lepas kahwin? Munafiq!

3) Kalau kau rasa mak kau tak hingin nak bermenantukan perempuan yang kau suka, pergi lah cari orang lain yang dia suka.

4) Tolonglah sediakan rumah asing untuk isteri kau. Sebaik manapun hubungan mak kau dengan isteri kau, mesti akan ada conflict

juga bila tinggal sebumbung.

5) Kalau kau memang dah tak tahan sangat nak kahwin lain, tolong lah sabar sampai isteri kau habis berpantang. Boleh meroyan bini

tu tahu tak jantan?

6) Tolong jaga facebook elok-elok. Sebab hacker nih memang dorang tak ada kerja lain. Jobless getew.

7) Hati-hati lah memilih lelaki. Dia mungkin akan membahagiakan kau sepanjang hayat atau dia mungkin akan menghancurkan hidup kau.

8) Wanita diuji saat lelaki tidak punya apa-apa dan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya.

8) Fikir lah sendiri selebihnya sebab aku memang fail bab-bab menghuraikan nilai-nilai murni atau pengajaran ni.

Sekian, terima kasih.

Sumber : Aira

P.S. 1 – CCTV JPJ Rakam Imej Bungkusan Kain Kapan Dalam Kereta Warga Singapura Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – ANEH Suami Selalu Pulang Rumah Mak. Akhirnya Apa Yang Suami Buat Di Rumah Maknya TERBONGKAR !!!
P.S. 3 – Malam Pertama Saya Salin Pakaian Di Bilik Lain. Gara-Gara Ini Suami Buat Sesuatu Di LUAR JANGKA !!!
P.S. 4 – Suamiku Seorang Yang Amat Baik Tapi Disebabkan Satu SEBAB, Aku TERLANJUR Dengan Rakan Sekerja !!!
P.S. 5 – Seluruh Penduduk MURTAD. 30 Tahun Pakcik Ni TERPAKSA Solat Sendirian…. Allah Allah…

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH RUMAH TANGGA

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *