RUANG PENGIKLANAN

Close

Mak Mertua X Suka Aku.Kami Kahwin Atas Cinta.Kenapa Lelaki Ini Sanggup Kahwin !!! Rupa2nya

| April 24, 2017 | 0 Comments

Mak Mertua X Suka Aku.Kami Kahwin Atas Cinta.Kenapa Lelaki Ini Sanggup Kahwin !!! Rupa2nya | Kisahnya sy ni bukan menantu pilihan sebenarnya. Sebelom berkahwin sy dan suami dah berkawan hampir 4 tahun dah. Masa dah kenal setahun tu, suami ketika itu dah bercadang nak sy kenal2 dengan family dia. Teirngat lagi masa mula2 jumpa tu bulan puasa dan dah nak dekat hari raya. Suami pon ajak la sy buka puasa bersama kakak2 dia haritu. Kakak sulung dan akak no 3. First time jumpa mmg dah fail sbb sy ni free hair masa tu. Mgkn akak suami tak berkenan masa tu. Masa berlalu dan sy pon jarang sgt jumpa akak2 suami lepas tu. Tapi perasaan sy mmg kuat dapat rasa mereka tak berapa suka kat sy.

                                                                                   ( Gambar Hiasan)

Sebab sy tahu sy ni bukan calon pilihan untuk suami, akak ipar sy (masa tu belom jd kakak ipar lagi) pernah bergurau kat status suami kat facebook. Katanya lebih kurang mcm ni ” tulah kene cari isteri yang baik2, sopan, calon yang dulu punyer dah ok sgt dah tu. Ni pergi cari lain. Dah la jauh pulak tu. Masa baca tu sedih jugakla tp sy buat2 tak nampak je la huhuhu. Ouh ya calon sebelom ni yg akak ipar sy maksudkan tu ex gf suami sebelom ni. Bakal doktor dan paling penting dia sekampong dgn suami. Ya sy asal sarawak dan sbb tu jugak family suami bekeras tak nak dgn sy sbb jauh sgt kalau nak balik kg nnt. Disebabkan tu jugaklah sy tak pernah sebut2 soal kahwin sbb takut family bf ketika itu menolak sy.

RUANG PENGIKLANAN

Close

Masa berlalu dan masok tahun ke 2 berkawan suami ada lagi mencuba untuk bawak sy sekali waktu kenduri family dia. Suami pon maklum mak dia bekeras tak nak menantu org jauh, lagi2 mak ketika itu bekenan kat ex gf suami yg dulu. Bakal doktor katakan hihi. Tapi suami tetap gigih nak bawak sy kenal2 mak ayah dia masa tu. Pernah jugak sy terbaca group whassap suami dgn family dia yg mengatakan mak tak restu kalau suami kahwin dgn sy, tpi suami masa tu diam sahaja dan tak bagi komen apa pon.

Tahun ke 3 berkawan hubungan sy dan akak ipar semakin baik. alhamdulillah sbb sy sambung belajar peringkat master di kl dan rajin jenguk2 akak dan anak buah. Masa tu akak ipar dah mcm boleh terima sy dan mula sebut2 hal suruh kahwin sbb umor pon dah makin meningkat. Dipendekkan cerita sy dan suami berkahwin pd tahun ke 4 berkenalan. Mak mertua mulanya mmg tak boleh terima tp lama2 tu dia pon bg restu sbb suami sy sungguh2 nak kahwin masa tu.

Sebenarnya sy ni bukan menantu pilihan ada byk sebab antaranya

1. Sy org jauh (ya mak mertua kalau boleh nak semua anak2 dia kahwin dgn org dekat2 je. Suami org utara dan 3 org abg ipar suami semua pon org utara, senang balik raya katanya). Suami ada 5 beradik, 4 org dah kawin yg bongsu je tak kawin lagi. Suami ank no 4, 3 org akak.

2. Mak mertua kalau boleh nak menantu keje gomen. Yes tipikal mkcik2 yg bangga ank dia keje kerajaan. Mak mertua sy pon mcmtu. Adik beradik suami ada 5 dan semua keje kerajaan. Ada pangkat pegawai ada pangkat rendah. Yg penting hang keje kerajaan dah boleh jd menantu pilihan. Dan yes semua menantu mak skrg ni semua keje kerajaan dan pangkat tinggi kecuali sy sebab sy jobless. Sy habis master je terus kahwin, tak sempat cari kerja suami ajak kahwin. Lepas kawin gigih cari kerja sana sini namun hampa takda satu pon sangkut. Mst ada kata hang tu memilih sgt. Sy tak memilih tapi keadaan terpksa buat sy memilih. Ya sy dalam dilemma. Cerita dia family suami sy terutamanya mak mertua,mak sedara, pak sedara semua jenih nak jaga standard. Keje biasa2 je mmg salu kene kecaman. Dan disebabkan tekanan mcm tu suami sgt strict waktu sy nak pilih kerja apa. Dgn berbekalkan master kene la keje atleast lecturer ke, executives ke, reseacher ke. Itu point suami sy. Namun sy sedar diri sy ni takde pengalaman kerja, habis degree sambung master dan kahwin. Networking kurang sgt sbb sy pon jenis tak berkawan dan bukan happy go lucky. Kwn2 mmg boleh hitung dgn jari. Dah kawin ni lagilah suami je kawan sy. Sebab tu sy bercadang nak keje je takkisah gaji dan positon apa sbb nak carik pengalaman, tp yelah setiap kali suarakan cadangan nak kerja kat shopping mall ke, kilang ke suami mmg tak bagi. Takut kene cemuh dgn family kat kg. Sbb itu jugalah sy masih menggur ketika ini. Ye mmg sedih sbb tak keje. Pegi mana2 org Tanya keja mane, sy hanya jwb surirumah je. Dan sudah tentu akan keluar ayt2 nak kasi sy takut,eh nnt husband buat hal mcm mana? Sapa nak tanggung? Hmm

Pernah juga sy dan suami balik kg, sy teman mak mertua pegi pasar beli barang basah. Kalau kat kg mestilah akan terjumpa jiran2, sedara mara kan. Yg sedih nya bila mak mertua terjmpa kwn2 lama kat pasar, bila kawan mak tanya eh ni siapa? Mak akn jwb “ni anak sedara sy”. Yelah mgkin mak sy tak nak kalau di beritahu anak menantu pasti byk soalan cepu emas pulak Mkcik2 tu Kan. Mulalah nk tahu keje apa, gaji berapa. Bukan tak penah kene soal siasat oleh sedara mara suami. Lagi2 masa hari raya. Yang keje kerajaan di pandang tinggi, yg keje swasta kene pandang rendah dan yg tak keje ni langsung tak di pandang. Haha

Sy pernah dapat offer keje kilang tp bukan operator, gaji basic rm 1800 tp byk elaun dan ada ot. Tapi memandangkan mak mertua ketika itu ada berkampung kat rumah laju je mak kata tak payah la. Malu kat org kg keje kilang. Sy balas jugak takpe sy tak kisah asalkan ada duit dan dpt pengalaman tp mak laju menjawab jaga la air muka suami tu, ada master pegi keje kilang. Sy pon diamkan je dan tolak tawaran keje tu. Suami sy sebenarnya tak kisah sy jd suri rumah sbb dia pon kalau boleh nak anak2 sy nnt sy jaga sendiri. Ikutkan hati sy mmg suka duduk rumah dan jaga anak (sy tgah mengandung ank pertama skrg) tp sy fikirkan mak ayah sy kat kg, hutang pt pon tak langsai lagi. Sbb tu sy gigih jugak nk keje, di tambah pulak setiap kali balik kg suami mak akan berkias tak mintak keje kerajaan ke? Tak apply jdi lecturer ke?. Terus terang sy katakan sy ni low confident, mgkn sbb tu byk interview sy tak lepas. Soft skills sy mmg kurang sbb sy takda pengalaman kerja. Kwn2 yg ada tips mcm mana nk mulakan bina karier walaupon umor da lanjut (ye sy semakin tua tp belom ada karier yg kukuh). Boleh la share tips ye. Sy mmg perlukan nya. Sy byk apply keje tp byk nk pengalaman keje. Mmg silap sy sbb xkeje dulu baru smbg master. Tapi setiap org rezeki lain2 kan.

Habis bab tu, baru2 ini adik ipar sy (Lelaki) bercadang nak kawin. Minggu lepas adik suami bawak la bakal isteri jumpa family, semua ada ramai2 sbb nak bagi kenal dgn family. Oh ya sebelom ni mak mertua da reject sorang, kwn adik suami sbb keje kilang dan dia org jauh jugak. Padahal lama adik suami kenal dgn pmpuan tu, sy pon da pernah jumpa dan mmg baik orgnya tp malangnya da kene reject sebelom dapat jmpa family pon. Maka adik suami pon bawalah calon baru dan nak kenalkan dgn family. Masa sesi bersoal jawab tu sy perhati mak senyum lebar je sbb dapat tahu bakal isteri adik suami ni org utara dan keje kerajaan jugak. Tak byk tanya mak terus offer bila nak masuk meminang? Akak ipar sume suruh tunggu dlu sbb baru sgt kenal dalam 2 bulan lebih. Bagi masa dorang kenal dan bru cdg buat majlis. Masa tu jugakla sy kena perli. Mak kata syukurla semua menantu mak ada keja bgs2. Rugi duduk rumah buang masa. Suami sy bls jugak dgn nada gurauan, mak pon suri rumah je dulu, sbb mak suri rumah ank2 dpt kasih syg penuh. Tgk ank2 mak pon cukup mkn semua. Sy cuma mampu senyum kelat. Ye walaupon sy tak mampu bantu suami dri segi kewangan tp syukur sy dpt bantu dia kurang kan beban di rumah. Kalau sebelum ni dia hari2 mkn luar lepas da kahwin sgt jarang dpt mkn luar sbb sy akn Masak.

Apapun yg da terjadi sy masih bersyukur suami sy sudi jadikan sy isteri. Dia tahu sy pengangur berjaya ketika itu, sy ada hutang pt, dan takde apa2 aset tapi masih sudi terima sy. Terima kasih suami. Terima kasih jugak mak, mgkn dgn doa mak nak menantu keje gomen, sy dpt keje gomen nnt. InshaAllah

Sumber : Isabella

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH RUMAH TANGGA

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *