RUANG PENGIKLANAN

Close

Satu Hari Aku Buat Rondaan Kawasan .Tepat Jam 3 Pagi Apa Yang Dilihatku Amat Menyeramkan !!!

| April 18, 2017 | 0 Comments

Satu Hari Aku Buat Rondaan Kawasan . Tepat Jam 3 Pagi Apa Yang Dilihatku Amat Menyeramkan !!! | Malam sabtu lalu, turn abam jadi Officer in duty. Timing untuk abam memang kena lah waktu tengah malam. Dan memang sejak azali abam akan ambil sektor luar sebab mudah ada kenderaan nak bergerak. So abam siap-siap lagi untuk ke opis. Malam ni hujan renyai-renyai. Sejuk. Macam biasa abam takde nak capai jacket ke apa ke. Abam kulit tebal so kalis sejuk.

Sekadar Gambar Hiasan

Abam pon memandu keluar rumah pukul 1230 pagi. Drive slow and steady. Sampai ke KK, abam pi lapor untuk tugasan 1 pagi. Semangat ni pi awal. So anggota pon dah tunggu standby. Abam ada dua anggota malam ni. Depa bawak abam jalan naik kereta. Lepas habis checkpoint 1, kami terus ke chckpoint seterusnya. Sampailah checkpoint ketiga.

RUANG PENGIKLANAN

Close

Abam nampak ada tiga ke empat orang cyclist tengah prepare untuk berbasikal di tengah malam ini. Abam pelik lah kenapa tengah malam pon nak cycling. Then anggota abam jawab, “biasala tuan, hobi orang lain2. Ada yang lepas subuh terus kayuh. Ni tengah malam dorang ni hati batu. Tak takot kereta mabuk ka apa ka”. Abam pon, “ooooo, hantu2 takde eh”. Capui mulut abam malam ni. Dengan anggapan takde apa yang jadi.

So lepas dari checkpoint ketiga, depa bawak abam pi checkpoint last sekali. Checkpoint hujung ni terpencil. Senang cerita dalam hutanlah. Jalan pon kecik. Memang takkan ada orang keluar masuk kecuali kami je. Lepas abam sign di checkpoint akhir, abam tanya budak pos, “okay tak encik kat sini. Jauh ni takde orang”. Budak tu jawab, “bolehlah tuan. Kami datang sini awal. Tak berani nak datang lewat2”. Sambil tu abam bergurau la, “jangan takot dengan hantu, takde ape punya..”

Abam masuk kereta. Kami dah settle checking so masa untuk break.driver abam pon bawak la kereta melalui liku liku ranjau kehidupan.sampai satu selekoh, mulut abam ringan je tegur “eh apa benda duduk tepi jalan tu, tak habis-habis nak hisap dadah pulak kat sini”. Driver and anggota abam sorang lg diam.

Abam tanya driver. “Encik tak nampak ke ada orang duduk kat tepi jalan tadi tu???”. Driver abam dengan anggota sebelah jawab, “tuan, kami tak nampak apa-apa pon. Selekoh tadi kosong takde ape. Lagi pulak sape je nak ikut jalan ni selain kita. Takdak siapa boleh lalu sini lagi pun”.

Ahhh dah sudahhh..

Mata kepala abam sendiri nampak, ada lelaki seluar pendek belang biru duduk mencangkung peluk lutut, tanpa baju, kurus kering, badan pucat, menghadap divider tapi peliknya kepala tak nampak. Macam takde kepala.

Anggota abam tambah lagi, “tuan, sini biasa jadi kes accident pasal terkejut ‘benda’ tu ada”.

Ah sudahhh abam dah tertegur. Kebiasaan kalau dah menegur ni memang akan ada yang balik menumpang. Lagi lagi kat rumah ada anak kecil, lagi la abam tak boleh terjah pintu. Jadinya abam melepak dulu. Masuk je kereta abam baca-baca ayat sikit. Isyarat ludah ke kiri tiga kali. Start kereta je abam pegi jalan-jalan ke restoran segera 24 jam. Dalam jam 3 pagi, baru lah abam rasa leher ringan sikit, lalu abam pon memandu pulang ke rumah.

Sampai sekarang abam ingat lagi benda yang abam nampak tu. Aduhaii. Pesanan ringkas, jangan cari benda yang tak boleh cari. Kan dah nampak.

P/s: abam baca fatihah, 5 ayat awal baqarah, ayatul qursi dan 3 ayat terakhir baqarah dalam kereta sebagai pendinding. Alhamdulillah takde apa jadi.

Sumber : Shahsa

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: misteri

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *