2013 Sejarah Hitam. Gadis Hampir Di Rogol. Tindakan Warga Asing Ini Buat Ramai TERPANA !!!

| May 4, 2017 | 0 Comments

2013 Sejarah Hitam. Gadis Hampir Di Rogol. Tindakan Warga Asing Ini Buat Ramai TERPANA !!! | Kisah ni terjadi kat aku 4 tahun yang lalu. Masa tu aku baru je grad and dapat kerja kat company kat selatan tanah air. Kat ofis aku ni,aku la consider paling muda. Tapi, aku rasa macam aku ni dah tua je sebab aku ni dressing tak la gempak macam kakak2 ofis aku ni.

Gambar Hiasan

Kakak2 kat ofis aku ni semua dah kawen.Hidup pun stabil.Berbanding aku ni yg masa tu gaji aku pun cukup makan je. Tolak sewa rumah and duit kerete berapa je yang tinggal. So aku pun tak la nak berhabis dekat baju ofis or tudung bagai. Masa ni tengah popular tudung awning ariani tuh. Sementara aku ni masih bertudung bawal yg ada manik2 tu ha.

Jadi,kakak opis aku ni selalu la dok mengata aku depan2,suh berfesyen dan sebagainya. Lama2 aku jadi down jugak apa yg aku pakai ni tak ok ke kan. Padahal jawatan aku masa ni lagi tinggi dari kakak2 ofis aku tu.

Nak dijadikan cerita,aku selalu pergi satu mall ni masa waktu kerja sebab mall ni ada majlis pebandaran dlm tu. Kerja aku memang selalu kena buat follow up dengan orang majlis ni. Kalau weekdays,memang penuh dengan manusia la mall ni. Aku ada nampak la kiosk2 tudung tepi2 escalator ni. Tapi aku buat tak tahu je sebab aku ckp dlm hati yang nanti weekend aku akan dtg sini utk shopping.

Mall ni parking dia scary jugak. So demi keselamatan aku,aku prefer parking berbayar kat tanah kosong dekat2 dengan mall ni. Biar la kena bayar sebab boleh claim dkt bos. Biar la kena jalan jauh sikit asalkan aku selamat.

So ada satu weekend ni.,housemate aku yg sorang ni balik KL, yg sorang lagi ni,berdating ngn boyfren die. Aku bosan.

Aku pun keluar la pergi mall yg akuu selalu pergi ni. Seorang diri. Sebab itu je jalan yg aku tau nak drive.Mall yg tepi laut tu aku tak reti nak pergi sana.Sesat kang satu hal pula.

Macam biasa,aku parking kat tempat favourite aku. Aku pun jalan la nak masuk mall ni. Aku tgok kat bawah ade maybank tu ade ramai la jugak orang. Sempat aku tengok ade dua org polis peronda kat situ. Aku pun naik escalator nak masuk mall ni. (Mall ni nak masuk kena naik escalator)

Dah sampai tingkat yg aku naik tu,ada kedai buku Popular sebelah kiri. Aku pun nak masuk la. Masa ni,ada ramai mamat2 bangla dok tepi2 ni. Aku buat tahu je la. Tapi masa aku jalan aku perati ada sorang tengah tengok aku. Dan aku tertengok die.

Wajah tu memang aku tak kan lupa. Mata dia agak merah. Mabuk mungkin. Aku terus la masuk Popular.

Masa dalam Popular,aku dok belek2 la novel. Tapi aku tiba2 tak sedap hati,aku rasa macam ada org tengah tengok aku. Rupenya mamat bangla yg aku bertentang mata tadi! Tetiba die ada dalam Popular jugak ! Dia tengok je aku. Aku dah start cuak masa ni. Aku kat hujung rak sini,dia kat hujung sana.

Aku still control panik aku. So aku cuba test,kali ni aku gerak ke rak ke dua,sama jugak! Dia ikut aku! Aku pergi rak buku cina,die pergi jugak! Sah! Something is wrong here!Sebijik dalam movie or drama if penjahat tangah stalker mangsa,serius sama mcm dlm scene dlm movie.

Aku cepat2 keluar dari popular dan masa tu bodohnya aku aku pergi naik escalator untuk ke tingkat atas lagi. Dan masa tu aku panik kali kedua sebab masya allah! Tingkat tu selalu nya weekdays ramai orang tapi kali ni kosong dan lengang! Majlis pun tutup yela weekend kan. Kiosk tudung pun berapa ketul je yg bukak. Aku toleh belakang mamat bangla ni mmg laju ikut aku.

Masa ni aku pergi kat tmpat ramai orang sikit die slow sikit langkah dia tapi mata dia still tak lepas tgok aku. Dalam otak aku,aku nak turun balik pergi kat abang polis peronda tadi! Tapi macam mana? dia tunggu tepi escalator kot.! Time ni aku dah bayang bukan2. Memang aku dapat rasa dia ni perogol. Aku pun berlegar2 jap buat2 tengok tudung. Tapi aku curi2 pandang mamat tu dia still tengok aku.Malah dia makin dekat dengan aku. Tengok aku macam nak makan. Scary dia Allah je tahu. Aku keluarkan fon,nak call orang tapi time ni la line Maxis prob. Langsung tak ada line!

Dalam 10 minit jugak aku berlegar2 sebab aku nak cari masa yg sesuai utk aku lari dari pandangan dia.10 minit paling lama dalam hidup aku.Tapi jangan harap. Mata dia tak lepas tengok aku.

Time tu la ada sekumpulan manusia aku tak sure siapa. Yang aku pasti diorang ni anak beranak dan family yg besar kot.Aku terus menyelit masuk dlm group tu.Aku terus redah je diorang tu dan aku berjaya sampai kat escalator nak turun tadi dan aku ambil dua step terus untuk cepat sampai floor yg ada Popular tadi..

Sempat aku toleh belakang mamat bangla ni boleh dikatakan sangat dekat dengan aku.

Aku hanya sebut Allah Allah Allah je dalam hati banyak2 kali dan aku lari terus sampai ke escalator yg terus turun bawah aku tgok abang2 polis tadi dah tak ada.!

Time ni aku lemah lutut dan ternampak ada sorang pak cik ni. Dia tengah keluarkan barang dalam van . Aku rasa dia orang baik.
Terus aku meluru aku ckp :
“Pak cik,tolong saya pak cik,ada orang ikut saya pak cik!” Air mata aku terus jatuh. Aku menggeletar kot.

Pak Cik : Eh,kenapa ni nak?kenapa?
Aku : Pak cik nampak tak mamat bangla pakai baju belang putih biru tu,dia ikut saya pak cik. Tolong la pak cik,tolong hantar kan saya kat kereta saya kat parking belakang ni.
Pak cik :Mana? Pak cik tak nampak pun? Pak cik banyak kerja ni nak. Tak boleh tolong. Kalau hal rumah tangga pak cik tanak campur!
Aku : Pak cik tolong la saya bukan orang jahat pak cik. (menangis lagi kuat) saya nak tumpang van pak cik pergi kat kereta saya tu je tolong la pak cik!
Pak cik : Oklah jom!

Masa tu aku terus naik van pak cik tu. Aku tawakal mintak2 la pak cik ni orang baik.Dia berkopiah.Usia sebaya ayah aku. So aku optimis dengan pak cik ni. Dalam van pak cik tu tak tanya aku apa2 pun. Dan aku nangis je.

Sampai kat parking tu,dia tanak masuk,tapi dia ckp dia akan tengok aku jalan sampai aku pergi kat kereta aku. Aku jalan laju,terus pergi kat kereta dan aku masuk cepat2. Aku tengok pak cik tu setia tunggu aku lagi even aku dah dalam kereta. Aku start enjin, dan drive sampai simpang aku turunkan cermin kereta aku ucap terima kasih banyak2 kat pak cik tu.Lepas pak cik tu pergi,aku terus drive keluar dari kawasan tu.

Tapi aku tak balik terus..aku ronda2 pusing2 sebab aku takut mamat tu ikut aku naik moto. Sampai aku yakin takde siapa ikut aku baru aku drive balik umah sewa aku. Umah sewa aku ade security yg sangat ketat. Sampai je rumah aku terus kunci pintu. Aku selimut. Sedang kan masa tu tenghari. Tapi aku sejuk. Aku menggeletar. Aku nangis lagi. What if masa tu aku kena tarik? Then what? kena rogol?pastu mayat kena campak merata?

Aku bersyukur sangat2 Allah lindungi aku. Terima kasih Ya Allah.

Sejak dari hari tu aku mmg fobia keluar sorang2.Lama fobia aku tu. Now aku dah kawen,kadang2 aku terpaksa shopping barang dapur sorang2,husband aku sibuk kerja..Aku beli yg penting terus aku balik. Tak ada nak ronda2 tengok baju or kasut bagai.

Dan kalau aku pergi shopping mall sorang,aku akan pasti kan aku park dekat dengan pintu masuk. Aku mengaku aku fobia.

Now aku dah tak kerja kat negeri tu dah. Fobia punya pasal.

Untuk makluman,masa kejadian.,aku pakai seluar jeans,tshirt lengan panjang longgar dan tudung bawal aku tu. Tak ada pakaian menjolok mata pun..Perogol ni,diorang tak waras. Korang tolong la hati2. Jangan ingat tempat yang dah biasa korang pergi tu selamat. Dan tolong waspada. Waspada ni maksudnya peka dan alert keadaan sekeliling.

Diorang ni memang wujud. Hati2 semua.

Sumber : Dinah

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH SOSIAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *