RUANG PENGIKLANAN

Close

Cikgu MENANGIS. Maafkan Saya. Apa Yg Dilakukan Oleh Murid INI Buat Ramai TERSENTAK !!!

| May 16, 2017 | 0 Comments

Cikgu MENANGIS. Maafkan Saya. Apa Yg Dilakukan Oleh Murid INI Buat Ramai TERSENTAK !!! | Kelas tenang hari ini. Mungkin kerana awan mendung yang kelihatan sarat dengan warna hitam pekat itu sedang memecahkan gugusan air hujan yang sejak dari pagi menyiram lantai bumi.

Gambar Hiasan

Angin sejuk serta wap-wap dingin menghembus masuk kedalam kelas lalu membuatkan anak-anak murid ini seolah melekat pada kerusi masing-masing.

RUANG PENGIKLANAN

Close

Suara sunyi itu akhirnya tewas apabila kedengaran bunyi seretan keras di atas lantai kelas yang berlekuk di sana-sini. Sesekali ianya berbunyi nyaring menyakitkan telinga.

Seorang murid bertubuh kecil mengepit buku latihan di tangan kirinya, sambil tangan kanannya gigih menarik kerusi kayu kelas itu menuju ke meja guru.

Kaki kerusi yang bergesel dengan lantai kelas yang dibuat dari konkrit kasar itu mengeluarkan bunyi yang sangat tidak enak. Lebih buruk dari suara keldai yang disebat belakangnya supaya bergerak.

Semua mata tertumpu ke arahnya. Namun semuanya tetap membisu. Senyap dan sekadar memerhati. Diletakkan kerusi kayu yang diseret itu betul-betul dekat dengan mejaku.

Dengan perlahan ia meletakkan buku latihannya di atas meja. Mengeluarkan pensil yang diletakkan di dalam poket bajunya yang sudah tidak berapa putih.

Digenggamnya pensil itu dan ditekan perlahan pada buku latihan seolah-olah ia ingin menulis sesuatu. Matanya memerhatikanku. Dengan pandangan yang sangat teduh.

“Cikgu..!” sapanya.

“Semalam saya kena rotan dengan mak saya”, sambungnya membuatkan saya memusingkan badan lalu duduk betul-betul mengadapnya.

“Rotan kat mana?”soal saya ingin tahu.

“Kat sini” sambil dia menunjukkan lengannya yang kecil itu. Ya. Masih ada bekasnya. Kuat barangkali dirotan ibunya.

“Sakit ke?”soal saya simpati.

Dia mengangguk berkali-kali.

“Menangis?”tanya saya lagi.

Sekali lagi dia mengangguk.

“Kenapa mak rotan?”soal saya sambil menggosok-gosok lengannya yang masih berbekas.

“Mak saya marah sebab saya xxxxxxx di sekolah.” Balasnya.

Ya. Memang minggu lepas saya menangkap beliau dan beberapa orang rakannya kerana melakukan kesalahan di sekolah.

“Macamana mak saya tahu cikgu? Cikgu bagitahu mak saya ke? Soalnya ingin tahu.

“Ya Adam, cikgu terpaksa beritahu mak Adam.”

Dia menundukkan kepala. Melihat contengan yang dibuat dengan pensilnya sejak dari tadi. Saya masih membelek-belek birat-birat tebal di lengannya.

“Cikgu!”sapanya lagi.

“Hari ni saya baik cikgu. Nanti cikgu bagitahu mak saya tak?”

Soalannya betul-betul membuatkan saya terdiam. Bungkam rasanya mendengar soalan ini.

Jujurnya sepanjang menjadi guru memang tidak pernah walau sekalipun saya menelefon ibubapa atau penjaga bercerita tentang kebaikan anak-anak mereka. Saya juga yakin ibu bapa akan berasa pelik jika seseorang guru berbuat demikian.

Hati saya pada seperti dihentak-hentak dengan keras. Anak ini seolah-olah merayu supaya diberikan keadilan untuknya.

Wahai sang guru, semalam kamu mengadu kepada ibuku tentang kenakalan ku. Lalu aku terus di rotan teruk. Maka hari ini apabila aku berakhlak baik,maka sepatutnya juga diberitahu kepada ibuku agarku dipuji dan dikasihi semula ibuku.

Benar. Bukan sahaja di sekolah, malah dirumah juga begitu. Berapa banyak kebaikan anak-anak berlaku begitu sahaja dihadapan mata.

Kebaikan yang mereka lakukan seolah-olah tidak ada nilai pada pandangan mata kita. Tidak pernah kita zahirkan kegembiraan terhadap kebaikan yang mereka tunjukkan.

Tetapi seandainya anak-anak berbuat kesalahan atau perangai yang jelek, cepat sahaja kita meninggikan suara, mengherdik dan memberikan amaran.

Mungkin kerana itu kita sering melihat anak-anak membuat nakal kerana mereka tidak kita kenalkan dengan kebaikan. Marah dan herdik lebih banyak kita lontarkan kepada mereka berbanding puji dan syukur.

Aku tak mampu menjawab soalan anak ini. Aku hanya mampu terus menggosok lengannya sambil menelan rasa kesal dan sesal yang tak sudah.

Aku tidak mampu menghilangkan kesan birat pada lengannya apatah lagi calar dalam hatinya yang mengharapkan aku menunaikan haknya.

Dari dalam bilik darjah aku memerhatikan air hujan yang masih belum jemu membersihkan kesan kelabu jerebu di udara. Rahmat tuhan buat kita.

Dan rahmat itu tuhan turunkan dalam pelbagai bentuk dan cara. Hari ini, rahmatNya datang dari seorang anak kecil yang dengannya membuka mata kita yang dewasa ini untuk melihat lebih banyak kebaikan.

Sumber : Asmadi Abdul Samad

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH SOSIAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *