Krisis Qatar Dengan Arab Saudi. Perancangan Besar Israel Secara “TERSEMBUNYI” Buat Ramai TERKEJUT !!!

| June 29, 2017 | 0 Comments

Krisis Qatar Dengan Arab Saudi. Perancangan Besar Israel Secara “TERSEMBUNYI” Buat Ramai TERKEJUT  !!! | BILA membaca krisis yang berlaku terhadap Qatar terdapat beberapa noktah penting yang perlu kita kenal pasti sebelum membaca dengan lebih dalam.

Gambar Sekadar Hiasan

1) Bagi yang mengkaji isu Timur Tengah, perseteruan Qatar dan Saudi sebenarnya sudah berlaku lama lagi. Tekanan Saudi terhadap Qatar ini bukanlah perkara baru. Ianya berlaku sejak 22 tahun yang lalu, apablia Emir lama Qatar yang pro Saudi digulingkan pada tahun 1995, Saudi merasakan Qatar sebagai “rival” mereka walaupun sebelum ini Qatar adalah vassal state kepada Saudi.

2) Qatar berjaya bangunkan sistem ekonomi sendiri tanpa perlu bergantung kepada Saudi dengan kekayaan gas dan minyak yang mereka ada.

3) Qatar juga melalu media power house mereka, Al Jazeera juga selalu sahaja mengadakan “perang dingin” terhadap sistem pemerintahan Saudi.

4) Cuma yang membawa sedikit kejutan, adalah kenapa permainan diplomasi ini berlaku secara tiba-tiba? Saudi dan pakatan, sejurus selepas lawatan Trump ke Saudi, mengambil tindakan terburu-buru dan tergesa-gesa menekan dan memboikot Qatar?

5) Terdapat beberapa analisis yang mungkin kita boleh perhatikan di sini. Sebelum itu, bebaskan diri kita dari ketaksuban melampau kepada Saudi dan sifat anti melampau kepada Ikhwan dan Hamas.

6) Lihat apa yang berlaku dalam kerangka percaturan Yahudi yang besar. Percaturan yang sama sejak puluhan tahun lalu cuma sedikit berbeza peranan aktor yang terlibat.

7) Yahudi ingin mewujudkan garis sempadan baru yang akan menyokong projek Israel Raya. Memecah belah negara arab supaya Israel kekal berkuasa.

8) Ditambah lagi dengan cubaan Yahudi sejak zaman berzaman untuk menguasi Palestin secara penuh, satu usaha yang tidak pernah padam.

10) Hamas adalah kumpulan yang paling dominan dan tersusun di Palestin dalam mengekang projek Yahudi ini.

11) Maka Yahudi ingin menghapuskan Hamas. Negara yang melindungi Hamas seperti Lebanon, Qatar dan Turki menerima tekanan kerana melindungi gerakan yang ingin menghalang cita-cita Israel.

12) Negara- negara seperti Qatar juga banyak menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza. Serta banyak memberi bantuan kepada Hamas. Anda boleh baca lanjut di sini http://focuss.my/apakah-hubungan-qatar-ikhwanul-musliminim…/

13) Dalam percaturan ini, Saudi dan Mesir dilihat berada dalam permainan Israel, kerana digunakan oleh Israel dalam isu setempat mereka untuk menjadi menjadi penyokong kepada projek Israel ini.

14) Saudi inginkan timbal balik kerana hegemoni mereka di rantau timur tengah dibayangi percaturan bulan sabit Syiah Iran yang melebarkan kuasa sehingga ke Yaman.

15) Mesir pula masih tidak dapat menghabiskan saki baki Ikhwanul Muslimin dan ini merunsingkan Sissi, ditambah pula dengan keadaan ekonomi Mesir yang sangat meruncing.

16) Apa kena pula Hamas dengan Saudi? Kenap Saudi mengelar Hamas sebagai pengganas sedangkan Hamas adalah pejuang Palestin? Sebagai syarat yang diberikan Israel dan Amerika kepada Saudi jika mahu Iran disekat (salah satunya), maka Saudi perlu memberi tekanan kepada Hamas dan Ikhwanul Muslimin yang berlindung di Qatar.

17) Maka Qatar ditekan. Tetapi harus diingat Qatar juga ada permainan politik tersendiri dengan Amerika Syarikat, Iran dan juga Saudi. Sebab itu kita lihat Qatar “cool” sahaja. Kita boleh perhatikan melalui perjanjian gas Qatar dan Iran. Serta kita juga sedia maklum bagaimana pengaruh sistem Amerika dalam pentadbiran Qatar. Cumanya Qatar banyak berinteraksi dengan geng-geng anti Trump.

18) Lebih menyakitkan Saudi, Qatar berkongsi gas field terbesar dunia bersama Iran. Digelar North Field di Qatar dan South Pars di Iran. Qatar mengekalkan hubungan baik dengan Iran untuk menjaga periuk nasi ekonomi mereka. Hari ini Qatar adalah pengeksport terbesar dunia gas asli LNG, dan menghasilkan 77 juta ton gas setiap tahun.

19) Qatar juga bersedia membentuk koalisi urus niaga minyak/gas tersendiri yang akan menghapuskan dominasi Petrodollar Saudi-Amerika dengan mengunakan Yuan sebagai transaksi baru belian minyak.

20) Terdapat banyak perancangan dalam isu ini. Saya kurang tekankan perancangan Iran dalam ulasan ringkas ini. Walaupun begitu, perancangan paling dominan yang menjadi pokok kepada segala isu yang berlaku adalah hasrat Israel ingin menguasai Palestin secara total. Maka Israel mengunakan isu-isu yang ada di atas untuk menjayakan perancangan agung mereka. Peranan aktor sahaja berbeza-beza. Objektif yang hendak dicapai tetap sama. Menguasai Palestin.

Wallahualam

Asyraf Farique
Penganalisis IRIS INSTITUTE

Sumber : ismaweb

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Infomasi Semasa

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *