Misteri 17 Tahun Yg Lepas Di Jalan Kecil. Apa Yg TERJADI Sangat MENYERAMKAN !!!

| June 9, 2017 | 0 Comments

 Misteri 17 Tahun Yg Lepas Di Jalan Kecil. Apa Yg TERJADI Sangat MENYERAMKAN !!! |Ok, mula-mula aku nak kenalkan nama aku achik dan sepupuku (fikri) tinggal bersamaku.Fikri ni rabun sebenarnya. Power mata dia dalam 500++ kot. X pasti la sebab nampak cermin dia tebal kan.heee.

Gambar Hiasan

Cerita ni bermula pada tahun 2000, waktu tu umurku baru 8 tahun dan sepupuku 10 tahun. Kami sering kali berlumba-lumba ke surau pada awal waktu. Bukan sebab apa, tapi kami berebut nak azan je sebenarnya. Maklumlah baru reti azan la katekan. Tambahan pulak ayah aku pegang kunci surau, memang senang la kami nak azan.

Fikri ni sebenarnya duduk dengan nenek aku sama akak kembarnya dua orang. Rumah nenek aku betul-betul sebelah rumahku. Rumah kampung a.k.a rumah tua tau. Rumah nenek aku ni dua tingkat dan tingkat atas rumah nenek aku ni memang jarang guna melainkan hari raya.

Kami memang rapat dan kalau buat apa2 memang berdua ja. Depan rumah nenek aku ni ada satu jalan kecil nk ke surau. Memang hari2 la kami gunakan jalan tu nak g surau tapi bile waktu malam ja kami mesti lari bila pergi surau sebab jalan gelap pastu sunyi. Memang menyeramkan la. Tu yang kitorang lari. Hahaha.

Nak dijadikan cerita, satu malam ni waktu tu nak pergi solat isyak, fikri keluar rumah dulu aku ikut belakang dia, nak berlari la pergi surau. Sampai ja depan rumah nenek aku ada pintu pagar, tetiba je fikri ni berhenti and pandang atas pagar tu lelame.

Aku pon pelik la ape yg dia pandang. Rupa2nya ada satu lembaga putih muka x nampak duduk atas pagar tu. Aku yang dari belakang ni menjerit awuzubillahiminasyaitonirrajim (maaf kalau silap eja) and terus lari ke surau. Kitorang lari macam x jejak tanah dah (takot punya pasal kan.hahaha). Pertengahan jalan tu bole pulak kunci surau jatuh. Aku menangis panggil fikri datang tolong cari kunci. (maklumlah masa tu kecik lagi kan, senang la menangis2 ni. Hahaha).

Jumpa ja kunci aku pulak lari tinggalkan fikri. Sampai ja surau, dua2 x jadi azan. Jantung dupdap kencang kan, macam mana nak azan. Lepas dari peristiwa tu, ktorg pergi surau mesti tggu ayah/abang aku. Kalau ayah/ abang aku dah pergi dlu memang lari x cukup tanah la pergi surau ni. Sampai sekarang aku masih terasa seram nak lalu depan rumah nenek aku ni.
Terima kasih sudi baca cerita ni.

Sumber : Achik

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: misteri

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *