“Saya Ingin MATI Ketika Sedang Berceramah Atau Ketika Menyampaikan Kuliah”. Luahan Hati Ustaz Ini Buat Netizen Rasa SAYU !!!

| June 15, 2017 | 0 Comments

“Saya Ingin MATI Ketika Sedang Berceramah Atau Ketika Menyampaikan Kuliah”. Luahan Hati Ustaz Ini Buat Netizen Rasa SAYU !!! | BATU CAVES – Walaupun disahkan menghidap kanser limfoma sejak Januari lalu, penceramah Mohamed Hanafiah Abdul Malek berazam meneruskan misi untuk berdakwah.Malah, Mohamed Hanafiah turut digelar ‘Ustaz 7-Eleven’ kerana sentiasa meluangkan masa untuk menghadiri sesi perbincangan berkaitan agama.

Gambar Sekadar Hiasan

“Saya ingin mati ketika sedang berceramah atau ketika menyampaikan kuliah,” katanya seperti dipetik The Star

Mohamed Hanafiah, 43, juga merupakan seorang penceramah program Tanyalah Ustaz di TV9.

Beliau disahkan menghidap kanser tahap empat dan telah menjalani pembedahan pada 1 Februari lalu untuk membuang sel-sel kanser yang beratnya mencecah satu  kilogram.

Menurut Mohamed Hanafiah, beliau terpaksa menjual motosikal kesayangannya, Kawasaki GTR1400 untuk membiayai kos rawatan dan kemoterapi sebanyak tiga kali.

“Kemoterapi memberi kesan yang kuat, badan saya terasa sangat lemah tetapi saya buat semua ini demi ALLAH, mungkin  dapat menjadi contoh yang baik untuk ustaz-ustaz lain.

“Walaupun kesihatan kurang baik, jangan berhenti menyampaikan ilmu,” katanya.

Mohamed Hanafiah berkata, beliau memilih untuk menyibukkan diri dengan kerja daripada melayan perasaan.

“Ketika mendapat berita buruk, saya tetap menceritakan perkara yang baik kerana itu adalah tugas seorang penceramah dan pengacara motivasi, saya perlu menunjukkan contoh yang baik,” tambahnya.

Beliau turut mengingatkan umat Islam supaya memberi penekanan terhadap ibadah puasa, selain menyumbang derma di bulan Ramadan ini.

Malah, beliau juga menggalakkan umat Islam untuk menganjurkan majlis berbuka puasa demi memupuk keharmonian sesama rakyat Malaysia yang beragama lain.

“Saya mencadangkan masjid-masjid mengajak dan menyediakan meja VIP untuk masyarakat bukan Islam dan berbuka puasa bersama-sama.

“Melalui kerjasama, perasaan sayang itu akan muncul,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *