Syaitan Punya Ayah. Dahla Kaki Pukul. Perbuatan Ayah Dibalas SEGERA Buat Ramai TERKEJUT !!!

| June 5, 2017 | 0 Comments

Syaitan Punya Ayah. Dahla Kaki Pukul. Perbuatan Ayah Dibalas SEGERA Buat Ramai TERKEJUT !!! | Dari kecik kita orang 5 beradik semua mak yang uruskan. Makan pakai semua mak. Abah sibuk kerja. Balik seminggu sekali je lepastu keluar. Balik bagi duit kat mak lepastu mak yang uruskan semua pasal rumah. Sampai aku sendiri tak tahu abah kerja apa.

Gambar Hiasan

Ketiadaan abah kat rumah buat kami 5beradik rapat dengan mak. Aku tak ingat pun bila abah balik dan luangkan masa dengan kami kecuali bila raya je lah. Hari2 biasa abah macam tak wujud. Abah hanya balik untuk tukar pakaian. Then esok keluar. Aku hanya ingat bila abah pukul mak. Abah bergaduh dengan mak. Kami 5 beradik pernah menangis merayu kat abah jangan pukul mak. Mak kena tampar,pijak depan mata kami. Macam2 mak kena dengan abah.

Pernah sekali aku baru balik dari sekolah,masa tu abah dengan mak ambik aku dari sekolah. Aku tengok muka mak lebam. Aku tanya kenapa. Abah cakap mak jatuh dalam bilik air. Mak diam je. Dalam beberapa hari lepastu abah pergi kerja,mak cerita dekat aku yang abah pukul mak sebab kantoi abah ada perempuan lain. Abah mengamuk,tampar mak sampai pecah bibir. Bibir mak sampai senget sebab kena tampar dengan abah. Mak dah banyak kali kena pukul dengan abah sebab abah ada perempuan lain.

Macam2 lagi abah buat kat mak masa kami kecik. Semua ni buat aku tak suka abah. Tambahan abah tak mesra langsung dengan anak-anak. Kami selalu kena marah dengan abah. Abah tak pernah cakap lembut,layan mesra dengan anak anak. Abah jenis orang yang cakap kuat dan seolah olah marah ketika bercakap.

Okay bila aku mula rimas dengan abah? Waktu 2013 bila abah dah tak kerja luar. Abah kerja tapi kerja yang hari hari balik. Hari hari ada kat rumah. Abah pun dah tak pukul umi. Cuma bergaduh mulut tu biasa lah. Abah mula nak rapat dengan anak anak. Abah jenis yang suka mengarah,memaksa,kuat bebel dan cepat marah. Abah selalu mengarah kami untuk buat itu ini dan paksa kami.

Sampai aku selalu tinggi suara dekat abah bila bercakap dengan dia. Aku rasakan setiap apa yang dia buat menyakitkan hati. Abah juga jenis yang nak tahu semua benda pasal anak anak. Memang lah bagus tanya kawan kawan siapa. Tapi kalau sampai tanya mak ayah kawan kawan aku umur berapa,dah ada bf/gf ke,mak ayh kerja apa, kalau boleh semua detail dia nak tahu sampai aku naik rimas. Lepastu bila aku keluar dengan mak,adik beradik lain mesti setiap masa abah call. Kalau dengan family sendiri pun asyik call,apetah lagi aku keluat dengan kawan kan?Kami sampai jadi rimas dengan perangai dia macam ni.

Sebab dulu waktu kami kecik abah tak ambik tahu langsung kami. Bila anak anak dah besar baru lah nak ambik tahu. Kalau abah layan kami dengan lembut dan mesra mungkin kami boleh terima tapi masalahnya tak! Abah cakap dengan nada marah, selalu marah marah,paksa paksa. Aku rimas. Setiap kali abah buka mulut mesti buat aku rimas.

Sampaikan kitaorang taknak abah ada dengan kitaorang sebab perangai abah yang suka marah2,membebel,mcm2 lagi. Kami 5beradik semua akan tinggikan suara bila bercakap dengan abah. Kami juga jenis cakap dengan nada marah dan kuat.Aku taktahu kenapa mungkin dari kecik abah cakap cara macam tu dengan kami jadi kami terikut.

Sikap dan layanan yang abah tunjuk dari aku kecik sampai besar buat aku rimas dan tak suka abah. Aku selalu tinggikan suara bila bercakap dengan abah. Aku juga ada melawan cakap abah. Aku tahu abah terasa dengan anak anak sebab kami layan dan bercakap dengan abah tak sama macam kami buat dekat mak. Semua benda kami cerita dekat mak bukan abah. Abah hanya tahu dari mulut umi. Abah sepatutnya tahu anak anak jadi macam ni semua sebab diri dia sendiri.

Sikap dia dekat mak,anak anak buat kami tak rapat.Aku selalu cemburu tengok kawan kawan aku yang ayah dorang layan dorang mesra je. Yang rapat dengan ayah dorang. Tapi family aku tak. Kami rasa serabut bila abah ada dengan kami sebab perangai dia

Ye aku rasa berdosa sebab derhaka pada abah. Tapi aku taktahu macam mana nak buang rasa annoyed aku dekat abah sebab dia sendiri buat orang rasa sakit hati dengan dia. Tapi aku cuba untuk buang perasaan tu. Untuk layan abah baik macam aku layan mak.

Aku cuba. Aku takboleh bayang hidup aku kalau abah takda. Seburuk buruk perangai abah yang aku benci pun,aku tetap sayang dia sebab dia banyak ajar aku erti hidup. Tapi itu lah rimas tetap rimas. Tapi aku cuba. Doakan aku boleh hakis perasaan tak suka pada abah sendiri ni!

Sumber : Tina

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH SOSIAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *