Kota Suci Makkah Di SERANG Peluru Berpandu Buat Ramai TERGAMAM !!!

| July 30, 2017 | 0 Comments

Kota Suci Makkah Di SERANG Peluru Berpandu Buat Ramai TERGAMAM !!! | RIYADH – Sebuah peluru berpandu balistik yang dilancarkan pemberontak Yemen ditembak jatuh dekat kota suci Mekah kelmarin, sebulan sebelum umat Islam memulakan ibadat haji, kata pakatan tentera Arab Saudi yang berperang di Yemen.

Gambar Sekadar Hiasan :Sumber : Google Images

Pakatan berkenaan berkata, misil itu ditembak jatuh hanya 68 kilometer ke selatan Mekah, barat Arab Saudi.

“Ini merupakan cubaan terdesak oleh pemberontak Syiah Houthi untuk menggugat ibadat haji yang akan bermula pada penghujung Ogos depan,” kata pakatan Arab Saudi dalam satu kenyataan.

Serangan peluru berpandu balistik jarang dilancarkan berbanding bedilan roket jarak dekat yang lebih kerap melepasi sempadan Arab Saudi sejak Riyadh melancarkan serangan udara ke atas pemberontak Houthi di Yemen.

Bedilan peluru berpandu ke arah Mekah kelmarin bukan kali pertama yang dilancarkan.

Pada Oktober 2016, militan Houthi melancarkan peluru berpandu balistik paling jauh merentasi Saudi yang ditembak jauh hampir dengan kota Mekah.

Namun, serangan kali ini dianggap lebih serius kerana mengancam keselamatan umat Islam menjelang musim haji.

Pemberontak Houthi dan sekutu mereka daripada bekas anggota pasukan keselamatan yang menyokong mantan Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh mula melancarkan serangan balas ke atas Arab Saudi dua tahun lalu.

Ia berikutan campur tangan pakatan tentera diketuai Riyadh itu di Yemen pada Mac 2015 untuk menyokong Presiden Abedrabbo Mansour Hadi.

Pemberontak Syiah Houthi didakwa menerima bantuan daripada seteru Arab Saudi, Iran.

Perang saudara di Yemen mengakibatkan lebih 8,000 orang terbunuh dan 44,500 lagi cedera sejak Arab Saudi dan sekutu-sekutunya campur tangan dalam konflik itu. – AFP

Sumber : KosmoOnline

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *