“Tragedi HAJI” : Pembantaian SYIAH Qurmuti Kepada Jemaah HAJI Secara Besar-Besaran Secara KEJAM Buat Ramai SEBAK !!!

| July 31, 2017 | 0 Comments

“Tragedi HAJI” : Pembantaian SYIAH Qurmuti Kepada Jemaah HAJI Secara Besar-Besaran Secara KEJAM Buat Ramai SEBAK !!! | Hari Al-Tarwiyah (hari kelapan dalam bulan Zulhijjah), tentera Syiah Qurmuty (diketuai oleh Hamadan Ibn Al-Ashath Al-Qurmuti) menyerang konvoi haji pada tahun 317 Hijrah, membunuh semua jemaah haji, kemudian beliau menyerang Kaabah, menarik keluar Hajarul Aswad dan memecahkan kepada 8 bahagian kecil.

Gambar Sekadar Hiasan : Sumber : Google Images

Menarik keluar pintu Kaabah dan kemudian memecahkannya, menarik keluar kisa’a Al-Kabah dan memotongnya kepada banyak pecahan dan memberikannya kepada sahabat-sahabat beliau, kemudiannya beliau mengarahkan pengikut-pengikut beliau untuk memusnahkan Mizab Al-Kabah (saluran untuk menyalurkan air sekiranya hujan dari atas Kaabah). Apabila pengikut beliau cuba untuk memusnahkan saluran ini, dia (pengikut yang diarahkan) terjatuh dari bumbung Kaabah dan mati.

Beliau (Hamadan) kemudiannya menyuruh pengikutnya mencampakkan mayat-mayat jemaah haji yang telah mereka bunuh ke atas bumbung Kaabah, Mizab (saluran air) mengalirkan darah orang Muslim buat pertama kalinya dalam sejarah. Beliau kemudian mencampakkan mayat-mayat selebihnya ke dalam telaga zam-zam sehingga penuh dan kemudian menutup telaga ini dengan batu yang besar.

Wanita Qurmuti (pengikut Syiah) akan membawa air kononnya untuk menyiram mayat-mayat jemaah haji ini atau memberi minum kepada jemaah haji yang tercedera, akan tetapi apabila mereka berjumpa dengan jemaah haji yang masih hidup, mereka akan membunuhnya tanpa memberi air.

Mereka (wanita Qurmuti) percaya bahawa mereka perlu membunuh sekurang-kurangnya 3 orang Sunni (Nasibi, gelaran yang mereka berikan pada orang Sunni) yang dahaga untuk mereka mendapat tempat di Jannah. Mayat-mayat yang lain pula ditanam di dalam Masjidil Haram dimana mereka (jemaah haji) dibunuh tanpa solat jenazah, ghosul mahupun dikafankan.

Kemudian beliau (Hamadan) berdiri di depan pintu Kaabah dan menjerit ke langit dan berkata: “ Akulah yang berani mencabar Allah, akulah yang berani mencabar Tuhan, Dia mencipta kamu dan aku membunuh kamu semua (jemaah haji)”.

Pengikutnya yang turut memusnahkan Hajarul Aswad juga menjerit ke langit: “Di mana burung-burung Ababil Engkau? Di mana batu Sijjil (batu dari tanah yang terbakar) Engkau?” Merujuk kepada peristiwa serangan bergajah yang dipimpin oleh raja Abrahah sebelum kedatangan agama Islam.

Kemudian beliau membawa Hajar Aswad ke timur (Al-Qatif) dengan menggunakan 70 ekor unta, setiap unta yang membawa Hajarul Aswad jatuh sakit dan kemudian mati di tengah padang pasir. Kemudian mereka membina ‘Ainul Kuaibah’ dan meletakkan Hajarul Aswad di situ selama 22 tahun dan menyuruh orang ramai mengerjakan haji di situ (Ainul Kuaibah), tetapi tiada siapa yang pergi.

Kemudian, Khalifah Al-Muktadir Billah menyerang pengikut-pengikut Qurmutiah dan membunuh mereka dalam peperangan antara 80 ribu askar menentang 3 ribu askar Qurmutiah. Satu kumpulan kecil Qurmutiah, lebih kurang 10 buah keluarga dapat melarikan diri ke Syria (Bilad Al-Sham) kemudian ke Jabal Al-Arab, sebuah gunung di Arab dan menyembunyikan diri supaya tidak dibunuh, salah sebuah keluarga tersebut adalah Al-Assad.

Rujukan: Al-Bidayah Wa An-Nihayah, Ibnu Kathir

Ainul Kubbah di Al Ahsa…di timur semenanjung tanah Arab, runtuh dan terbiar. Tempat yang mereka bangun sebagai pengganti Kaabah, dimana hajar aswad diletakkan. Masyarakat dipaksa berhaji di sana selama 22 tahun.

Sumber : TambahCheeze

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Sejarah

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *