15 Gambar Nostalgia Lama Yang Bakal Dilihat Buat Anda TERKEJUT & TERPANA !!!

| August 17, 2017 | 0 Comments

15 Gambar Nostalgia Lama Yang Bakal Dilihat Buat Anda TERKEJUT & TERPANA !!! | Gambar bersejarah ini akan membuatkan anda bukan sahaja kembali ke zaman silam tetapi lebih menghargai apa itu sejarah. Mari saksikan 15 gambar pilihan yang mungkin tidak anda ketahui sebelum ini.

Gambar Sekadar Hiasan : Sumber :vMashable

#1 Gambar ini diambil pada tahun 1918 iaitu penghujung Perang Dunia Pertama. Ketika ramai lelaki dihantar ke medan perang, wanita mengambil alih tugas mereka dengan bekerja di luar.

Antaranya ialah 2 wanita ini yang bekerja sebagai penghantar ais yang mana pada waktu itu sesiapa yang dilihat menjual dan menghantar ais daripada gerabak kereta api, kereta atau trak setiap hari adalah pemandangan biasa.

Kredit: Lomography

#2 3 pelajar iaitu Darwin R. James, John P. Poe dan Arthur L. Wheeler mengabadikan gambar mereka selepas ‘pertarungan bola salji’ yang merupakan amalan tradisi antara pelajar tahun kedua dan pelajar tahun pertama di Princeton University, New Jersy.

Sehingga kini tiada siapa pun tahu tujuan sebenar mereka bergambar. Adakah mereka mahu membuktikan keberanian dalam pertarungan itu atau sebagai simbolik mereka protes dengan amalan mengisi bola salji dengan batu?

Kredit: Princeton Univeristy

#3 Robert Wadlow merupakan orang yang tertinggi berdasarkan rekod perubatan pada tahun 1930. Beliau yang juga digelar ‘Alton Giant’ masih kekal sebagai manusia paling tinggi dalam sejarah dunia.

Ketinggiannya adalah 272 cm dan beratnya 199 kg. Malangnya, umur Robert tidak panjang dan meninggal ketika berusia 22 tahun pada tahun 1940.

Kredit: Alton Web

#4 Seorang pekerja Jerman enggan menaikkan tangannya dalam acara tabik Nazi pada tahun 1936. August Landmesser berbuat demikian sebagai tanda ketidaksetujuan dengan dasar Third Reich kerana dia tidak dapat berkahwin dengan seorang wanita Yahudi, Irma Eckler.

Kredit: Rare Historical Photos

#5 Tentera Amerika dibawa pulang ke rumah dengan menaiki kapal ‘Queen Elizabeth’ yang merupakan kapal terbesar dunia selepas memenangi peperangan ke atas Nazi pada tahun 1945.

Kredit: East News

#6 Pada tahun 1941, pengeboman London mencipta persekitaran yang menakutkan kepada keluarga dan kanak-kanak. Semua warganegara Inggeris diwajibkan memakai topeng gas semasa perang.

Ini kerana terdapat berita yang menyatakan kuasa Axis akan melancarkan serangan gas ke atas Britain. Namun begitu serangan gas tidak pernah berlaku. Kanak-kanak turut menjalani latihan serangan gas di sekolah.

Kredit: Steemit

#7 Angkasawan Charles Duke yang mengambil bahagian dalam misi Apollo 16 pada tahun 1972 mengambil peluang meninggalkan gambar keluarganya di permukaan bulan.

Mesej yang ditulis beliau dibelakang gambar itu ialah, ‘Ini adalah keluarga angkasawan Duke dari Planet Bumi’. Dikhabarkan sehingga kini gambar tersebut masih berada di sana.

Kredit: Daily Mail

#8 Foto pertama manusia dirakam oleh Louis Daguerre dari tingkapnya pada musim bunga tahun 1838. Daguerre berjaya merakam gambar pembersih kasut dan pelanggannya.

Kredit: Mashable

#9 Tentera Jerman menjalani latihan menembak di Keringport Racecourse, Berlin pada tahun 1935. Tentera berkuda pada zaman itu akan berlatih menembak dengan cara berdiri di atas kuda. Ia bertujuan supaya kuda perang tidak akan panik dan lari bertempiaran semasa pertempuran.

Selepas perang berjentera diperkenalkan berikutan Perang Dunia I, penggunaan kuda dihapuskan. Walau bagaimanapun pada Perang Dunia Kedua, Nazi dan Soviet menggunakan lebih daripada enam juta kuda dalam operasi ketenteraan.

Kredit: History In Orbit

#10 Seorang askar pengsan semasa perarakan hari jadi Ratu Elizabeth pada tahun 1970. Lebih malang lagi peristiwa tersebut berlaku semasa Ratu baru sahaja melewati kumpulan askar ini. Berarak ketika panas dengan pakaian seragam yang berat memang benar-benar mencabar.

Kredit: The Guardian

#11 Seorang gadis duduk di luar rumahnya yang telah dibom. Foto ini diambil di London pada tahun 1940.

Kredit: Daily Mail UK

#12 Gambar ini dirakam di Paris pada tahun 1963. Lihat aksi kanak-kanak ini ketika menonton seekor naga dibunuh dalam kisah “Saint George and the Dragon” dalam pertunjukan boneka di jalan-jalan di Paris.

Pertunjukan boneka (puppet) dan boneka bertali (marionette) di jalan-jalan Paris merupakan bentuk hiburan yang popular untuk kanak-kanak pada ketika itu. Dan jika dibandingkan dengan kanak-kanak sekarang mungkin mereka tidak kenal apa itu wayang kulit.

Kredit: Time

#13 Gambar ini diambil pada awal 1900-an di sebuah kubur. “Gadis” tambahan dalam foto itu hanya ditemui beberapa tahun kemudian.

Kredit: Imgur

#14 Jika anda memakai cermin mata untuk mengelakkan pedih ketika mengupas bawang, ianya tidak jauh berbeza dengan tentera ini. Mereka memakai topeng gas sambil mengupas bawang di Tobruk pada tahun 1941. Senyum!

Kredit: HistoryPhoto66 

#15 Seorang ibu dan anak lelaki di Nevada menyaksikan letupan ujian nuklear dari tingkap rumah mereka pada tahun 1953. Ketika ini ramai orang masih belum memahami kesan radiasi nuklear yang terhasil daripada letupan.

Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan pengetahuan kesan sampingan sebenarnya disembunyikan daripada pengetahuan umum untuk mengelakkan kontroversi. Syukurlah, orang sekarang lebih mengetahui tentang bahaya kuasa nuklear.

Sumber : EraBaru

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Infomasi Semasa

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *