Anak Tumbuk Ayah Uzur Buat Ramai TERGAMAM !!! Puncanya Buat Ramai Tak Sangka !!!

| August 21, 2017 | 0 Comments
Anak Tumbuk Ayah Uzur Buat Ramai TERGAMAM !!! Puncanya Buat Ramai Tak Sangka !!! |  YAN: Seorang warga emas berusia 71 tahun menerima tujuh jahitan pada keningnya selepas ditumbuk anaknya dalam kejadian di sebuah kampung di Sungai Limau di sini tiga hari lalu.

Ketua Polis Daerah Yan, DSP Muhamad Halim Yatim berkata dalam kejadian 4.40 petang Rabu itu, mangsa dikatakan mahu keluar dari rumah menerusi pintu belakang untuk memberi makan ayam peliharaannya.

“Anak mangsa berusia 38 tahun yang ketika itu sedang duduk di situ tidak berpuas hati dan marah apabila bapanya meminta dia beralih dari situ lalu bertindak memukul muka mangsa.

“Mangsa yang tidak melawan telah mengalami kecederaan pada bahagian kening sebelah kanan lalu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya suspek ditahan pada 11 malam hari sama dan ujian air saringan air kencing terhadap suspek mendapati lelaki itu juga postif dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumah Tangga,” katanya.

Sumber : BERNAMA

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *