Asyik Menangkap Ikan. Sang Buaya Mula Menganas. Apa Yg Terjadi Kepada Mangsa Buat Netizen TERPANA !!!

| August 30, 2017 | 0 Comments

Asyik Menangkap Ikan. Sang Buaya Mula Menganas. Apa Yg Terjadi Kepada Mangsa Buat Netizen TERPANA !!! | My Berita Tular– Malang tidak berbau,seorang lelaki sedang menangkap ikan. Tetapi sang buaya bertindak ganas buat ramai seram sejuk.

LELAKI parah selepas diserang buaya ketika menangkap ikan di perairan Pulau Banggi, Kudat, malam tadi.Dalam kejadian 9 malam itu, mangsa Nursahim Nusiri, 40, mengalami pendarahan teruk selepas paru-paru kanannya tertusuk tulang rusuk yang patah.

Ketika diserang, mangsa melepaskan diri sebelum menjerit meminta bantuan dan jeritannya didengar oleh kanak-kanak yang bermain di darat.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Klinik Karakit untuk mendapatkan rawatan awal dan hasil pemeriksaan mangsa mengalami kecederaan parah.

Mangsa terpaksa dibawa ke Hospital Kudat untuk mendapatkan rawatan lanjut menerusi bantuan kecemasan daripada pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Muda Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata, sebaik menerima laporan itu pihaknya mengarahkan bot Pengawal 44 ke lokasi untuk memberi bantuan.

“Bot tiba di jeti Karakit Pulau Banggi kira-kira 1 pagi dan pesakit dipindahkan ke bot sebelum tiba di Jeti Marina Kudat pada 2.45 pagi.

“Pihak Hospital Kudat sudah dimaklumkan dan menghantar sebuah ambulans ke jeti untuk memberi bantuan awal kepada pesakit itu sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

 

Sumber : HarianMetro

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *