Dua Adik Beradik Maut Akibat Terima “Ubat KUTU” Dari Jiran Buat Ramai TERPANA !!!

| August 29, 2017 | 0 Comments

Dua Adik Beradik Maut Akibat Terima “Ubat KUTU” Dari Jiran Buat Ramai TERPANA !!! | My Berita Tular –  (JAKARTA ) Gara-gara menggunakan racun serangga untuk menghapuskan kutu di kepala, dua beradik maut manakala seorang lagi serta ibu mereka dilaporkan kritikal akibat keracunan, dalam kejadian di Jawa Tengah semalam.

MASUK HOSPITAl SEBAB UBAT KUTU

Media dalam talian tempatan melaporkan dalam kejadian di Desa Kiringan, Boyolali itu, dua kanak-kanak perempuan Qaulan Shakila, 9 dan Khamila, 4, meninggal dunia di hospital ketika menerima rawatan, manakala kakak mereka Klarissa, 12 serta si ibu, Akhir Rutiyani, 35, dilaporkan dalam keadaan kritikal di Hospital Pandan Arang, Boyolali.

Empat beranak itu dikejarkan ke hospital oleh seorang anggota keluarga mereka selepas melihat mereka pening dan muntah-muntah setelah Akhir Rutiyani menggosok “ubat kutu” di kepala tiga anaknya dan kepalanya sendiri.

HASIL SIASATAN POLIS

Ketua Siasatan Jenayah Polis Residen Boyolali, Miftakul Huda dipetik berkata, berdasarkan maklumat, Akhir Rutiyani dikatakan menerima “ubat kutu” itu daripada jirannya pada siang hari kejadian sebelum menggunakannya pada sebelah malam.

Siasatan polis mendapati “ubat kutu” berkenaan merupakan racun serangga jenis diazinon yang diisi di dalam botol pewarna pakaian, katanya. – Bernama

Sumber : KosmsoOnline

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *