Gila !!! Ibu Ugut Mahu Gantung Anak Hidup-Hidup Sebab Suami Tak Nak Angkat Telefon Buat Ramai TERPANA !!!

| August 21, 2017 | 0 Comments

Gila !!! Ibu Ugut Mahu Gantung Anak Hidup-Hidup Sebab Suami Tak Nak Angkat Telefon Buat Ramai TERPANA !!! | Memang malang nasib seorang bayi ini kerana menjadi mangsa kekejaman apabila ibunya sendiri yang bertindak mencekik dan menggantungnya di leher.

Kejadian yang berlaku di Bangkok, Thailand ini tersebar luas di media sosial selepas Facebook Social Hunter memuat naik rakamannya baru-baru ini.

Dalam video berdurasi 1 minit 8 saat itu, jelas kelihatan wanita tersebut memang sedang marah dan terdengar tangisan anaknya di belakang.

“Kalau kau tak ambil anak ini atau tak jawap panggilan aku, aku akan bunuh dia. Dia hidup lagi pun sebab aku benarkan dia hidup!”

Beberapa saat selepas itu, dia datang dan mengangkat anaknya dengan kasar menggunakan tali yang diikat di lehernya. Segalanya hanya disebabkan si suami tidak menjawab langsung panggilan darinya!

Netizen yang menonton rakaman ini mengutuk perlakuan kejam ibu tersebut dan bertindak mengecamnya.

Menurut laporan Bangkok Post, desakan hidup dan tekanan jiwa yang dialami kerana mengesyaki suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain mungkin menjadi faktor utama dia bertindak sedemikian.

>Walau apa pun alasannya, tindakan yang diambil adalah salah sama sekali kerana membahayakan nyawa darah daging sendiri.

Sumber : kakishare

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH KELUARGA

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *