Tentera Myanmar Bertindak KEJAM & TRAGIS Kepada Penduduk ROHINGGYA Buat Netizen GERAM !!!

| August 29, 2017 | 0 Comments

Tentera Myanmar Bertindak KEJAM & TRAGIS Kepada Penduduk ROHINGYA Buat Netizen GERAM !!! | My Berita Tular – YANGON – Tentera Myanmar melepaskan bedilan mortar dan mesingan ke arah beratus-ratus penduduk kampung Rohingya yang melarikan diri kelmarin, kata wartawan agensi berita AFP di lokasi kejadian dan beberapa pengawal sempadan Bangladesh.

Kejadian berlaku di pos sempadan Ghumdhum di mana sebilangan penduduk kampung terkandas sejak Jumaat lalu selepas melarikan diri daripada keganasan di negeri Rakhine, utara Myanmar.

Seorang pemberita AFP melihat orang awam bertempiaran lari ketika askar Myanmar melepaskan tembakan.

Angka korban dalam serangan itu masih tidak jelas.

“Mereka (askar Myanmar) menembak orang awam, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak yang bersembunyi di kawasan bukit berhampiran sempadan,” kata ketua stesen Pasukan Pengawal Sempadan Bangladesh, Manzurul Hassan.

Dalam pada itu, bunyi tembakan senjata api kedengaran di serata negeri Rakhine tengah hari kelmarin ketika pertempuran antara kumpulan pemberontak Rohingya dan pasukan keselamatan Myanmar berterusan, kata seorang pegawai, sehari selepas pertempuran serupa membunuh 89 orang dan memaksa penduduk kampung di sekitar bandar Maungdaw melarikan diri.

Negeri Rakhine menjadi sasaran sentimen kebencian agama terhadap etnik minoriti Islam Rohingya yang dilabelkan sebagai pendatang tanpa izin oleh rakyat Myanmar beragama Buddha.

Beratus-ratus lelaki Rohingya kemudian membentuk kumpulan pemberontak dikenali sebagai Tentera Penyelamat Arakan Rohingya (ARSA).

ARSA mendakwa mengetuai pemberontakan di sekitar bandar Maungdaw sejak Oktober tahun lalu.

Pertempuran pada Jumaat lalu menyebabkan 12 anggota pasukan keselamatan dan 77 pejuang ARSA terbunuh sekali gus angka korban keganasan tertinggi dalam sehari sejak tahun lalu.

Pertempuran itu tercetus apabila beratus-ratus pejuang ARSA menyerang sebilangan pos polis dengan sebahagian daripada mereka membawa senjata api dan bahan letupan buatan sendiri. – AFP

Sumber : kosmoonline

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *