7 Rakyat Malaysia TERLIBAT Dalam Kemalangan Di Thailand Buat Ramai Tak Sangka. Ini Puncannya Buat Ramai TERGAMAM !!!

| September 3, 2017 | 0 Comments

7 Rakyat Malaysia TERLIBAT Dalam Kemalangan Di Thailand Buat Ramai Tak Sangka. Ini Puncannya Buat Ramai TERGAMAM !!!| My Berita Tular – BANGKOK – Tujuh pelancong Malaysia daripada sebuah keluarga cedera ringan apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya di wilayah Prachuap Khiri Khan, kira-kira lima jam perjalanan darat dari Bangkok.

Menurut Lt Samarng Supattana-anant daripada polis Bangsaphan Noi, kenderaan itu dinaiki sepasang suami isteri, empat anak mereka dan seorang saudara, dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari Poipet, sebuah bandar di sempadan Kemboja, apabila kemalangan itu berlaku pada 11.30 pagi (waktu tempatan) semalam.

Wanita yang memandu kenderaan itu tertidur, mengakibatkan Mitsubishi Pajero yang dinaiki mereka terbabas,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini, dan menambah, kemalangan itu berlaku di Phet Kasem Road arah selatan di Tambon Sai Thong, dalam wilayah itu.

Kesemua rakyat Malaysia itu bermalam di Hospital Bangsaphan Noi, dan diberi rawatan kerana kecederaan yang dialami.

Polis Thai mengenal pasti rakyat Malaysia itu sebagai Mohd Isa Abdul Ghani, 44, Rafidah Ismail, 42, Wan Rosilawati Wan Hashim, 33, Muhammad Loqman Mohd Isa, 11, Muhammad Nor Hakim Mohd Isa, 9, Ainul Mardhiah Mohd Isa, 7, dan Ainulmawaddah Mohd Isa, 2. – Bernama

Sumber : Kosmo

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *