Alhamdulillah !!! Allah Sudah Zahirkan Kebenaran Sebenar Tentang Persoalan Tragedi Tahfiz TERBAKAR Buat Ramai SEBAK !!!

| September 22, 2017 | 0 Comments

Alhamdulillah !!! Allah Sudah Zahirkan Kebenaran Sebenar Tentang Persoalan Tragedi Tahfiz TERBAKAR Buat Ramai SEBAK !!! | My Berita Tular – Selepas pelbagai tanggapan dilontarkan kepada Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Akhirnya,reaksi Pengetua sangat mengejutkan. Allahuakbar.

Kuala Lumpur: “Alhamdulillah syukur, Allah sudah zahirkan kejadian sebenar dan ternyata insiden bukan kecuaian pihak pengurusan pusat tahfiz seperti didakwa pada peringkat awal.”

Itu reaksi Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Mohd Zahid Mahmod, susulan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim yang mengesahkan kebakaran pusat tahfiz itu berpunca perbuatan khianat pada sidang media di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Putrajaya, semalam.

Datuk Wan Mohd memberitahu kebakaran berpunca daripada penggunaan petrol yang dicurahkan pada rak kasut, tuala dan dinding di hadapan pintu masuk asrama aras tiga bangunan itu.

Mohd Zahid berkata, pihaknya bersyukur JBPM sudah mengesahkan perkara sebenar yang berlaku di sebalik tragedi yang mengorbankan 23 nyawa mangsa.

Katanya, semua pihak tidak mahu perkara itu berlaku, namun menganggap ia sebagai takdir daripada Allah SWT yang mahu kejadian itu menjadi iktibar kepada orang ramai.

“Kenyataan dikeluarkan yang membuktikan bahawa tragedi ini bukan berpunca kecuaian atau kelemahan pentadbiran dan pengurusan sekolah (pusat tahfiz) seperti digembar-gemburkan, sebaliknya berunsur khianat.

“Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada pihak bomba dan polis yang bertungkus lumus dalam siasatan untuk mengeluarkan suatu keputusan yang telus,” katanya ketika ditemui di bangunan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang dibaik pulih di Jalan Keramat Hujung, semalam.

Menurutnya, dia tetap merasa sedih apabila mengetahui kebakaran itu dilakukan oleh beberapa anak muda dan menganggap perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Sumber : HarianMetro

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *