Anak GADIS Di Halau Dari Rumah Ayahnya. Namun Begitu, Apa Yg Terjadi Kepada Ayahnya Buat Ramai TERPANA !!!

| September 8, 2017 | 0 Comments

 Anak GADIS Di Halau Dari Rumah Ayahnya. Namun Begitu, Apa Yg Terjadi Kepada Ayahnya Buat Ramai TERPANA !!! | My Berita Tular – Selalu kita dengar anak derhaka yang buat ramai geram. Namun begitu ini mungkin kisah ini satu dalam 1000 pernah terjadi. Semoga kisah ini dijadikan pengajaran buat ramai sebak.

Pada suatu masa dahulu iaitu semasa zaman Dinasti Qing (1647-1683), tinggal seorang hartawan bernama Jin Shan di sebuah perkampungan Xia Chuan, daerah Yunnan. Selain daripada mempunyai sembilan orang anak lelaki dan seorang anak perempuan, Jin Shan merupakan seorang yang suka membangga diri dengan kehebatan dan kekayaannya.

Suatu hari, Jin Shan telah bertanyakan satu soalan kepada kesemua anaknya, “Wahai anak-anakku, kalian menikmati anugerah hidup ini daripada siapa?”

Kesemua sembilan anak lelakinya menjawab bahawa mereka menikmati anugerah hidup daripada bapa mereka kecuali anak perempuannya, Xiao Mei yang menjawab dia menikmati anugerah hidup sendiri.

Mendengarkan kata-kata anak perempuannya itu, Jin Shan berasa amat marah lantas mengusirnya dari rumah. Lalu, dia pun meninggalkan kampung halamannya dengan titisan air mata tanpa diketahui arah tujunya.

Sambil menunggang kuda, Xiao Mei hanya mengikuti langkah kaki kudanya menuju ke destinasi yang tidak dirancang sehinggalah kudanya membawa gadis ini memasuki perkarangan sebuah rumah kecil. Rumah tersebut dihuni oleh sebuah keluarga petani yang terdiri daripada ibu dan anak lelakinya.

Xiao Mei telah meminta kebenaran untuk menginap di rumah tersebut selama satu malam. Apabila ditanya mengenai punca kedatangannya, Xiao Mei telah menceritakan segala peristiwa yang berlaku sambil mengalirkan air mata.

Simpati dengan nasib yang menimpa gadis muda ini, Xiao Mei dipelawa untuk tinggal di rumahnya selama mana yang dia mahukan. Lama-kelamaan, Xiao Mei telah dikahwinkan dengan anak lelaki tuan rumah, Li Ming.

Pasangan suami isteri ini rajin bekerja membanting tulang dan setelah tempoh setahun, mereka dikurniakan dengan seorang anak lelaki yang sangat comel.

Beberapa tahun kemudian, rumah mereka didatangi oleh seorang lelaki tua yang mengemis meminta sedekah. Anak lelaki Xiao Mei menanyakan pertanyaan jujur kepada pengemis tersebut, “Datuk tiada anak ke? Mengapa datuk mengemis?”

Jawab pengemis tersebut dengan nada yang sedih, “Datuk mempunyai sembilan anak lelaki dan seorang anak perempuan tetapi semua anak lelaki dan menantu datuk malas bekerja dan hanya gemar menghabiskan wang datuk. Setelah harta datuk habis, mereka tinggalkan datuk sendirian”.

Tambah Jin Shan, “Dahulu, datuk pernah mengusir anak perempuan datuk. Entah di mana dia sekarang ini agaknya. Datuk betul-betul menyesal”.

Pada ketika itu, Xiao Mei dan suaminya baru pulang dari bekerja dan terus menangis mengenangkan masa lampaunya setelah menyedari susuk tubuh pengemis tersebut merupakan bapa kandungnya.

Malu dengan tindakannya mengemis di hadapan rumah anak perempuan yang pernah diusir dahulu, Jin Shan bergegas ingin pergi dari rumah tersebut tetapi dihalang oleh Li Ming dan ibunya.

Akhirnya, mereka berlima hidup bahagia sebagai satu keluarga yang lengkap. Namun, kebahagiaan tersebut tidak kekal lama. Jin Shan jatuh sakit lalu meninggal dunia.

Xiao Mei dan Li Ming kemudiannya membawa abu mayat mendiang bapa ke kampung halaman untuk dimakamkan. Di atas batu nisan bapanya, hanya diukirkan nama Xiao Mei dan Li Ming kecuali sembilan abang lelakinya.

Kisah yang menyayat hati ini dipetik dari kisah tentang sembilan orang anak derhaka yang langsung tidak menghadiri upacara pengebumian bapa tetapi satu-satunya anak yang berbakti kepada bapanya sehingga ke saat terakhir adalah Xiao Mei.

Sebagai pengajaran, anak-anak harus sentiasa berbakti kepada kedua ibu bapa walaupun apa pun keadaannya. Jika seorang bapa boleh menjaga 10 anak, mengapa tidak 10 anak menjaga seorang bapa? Jadikan kisah ini sebagai pedoman dalam hidup anda.

Sumber : EraBaru via  twgreatdaily.com

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH KELUARGA

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *