Bongkar !!! Suku Kaum Makan Daging Manusia & Hidup Terasing Dari Dunia Luar Masih WUJUD !!!

| September 28, 2017 | 1 Comment

Bongkar !!! Suku Kaum Makan Daging Manusia & Hidup Terasing Dari Dunia Luar Masih WUJUD !!! | My Berita Tular – Di sebalik ketebalan hutan rimba Papua Barat, Indonesia, terdapat sekumpulan masyarakat orang asli yang tinggal di situ yang dikenali sebagai suku kaum Korowai.

Suku orang asli Korowai dikatakan antara penduduk muka bumi yang menjalani kehidupan paling terasing. Malah, dipercayai hubungan pertama mereka dengan dunia luar hanya berlaku sekitar 1970-an.

Suku kaum Korowai dipercayai ditemui pertama kali pada tahun 1974 oleh sekumpulan pakar sains dari barat yang tersesat masuk ke kawasan penempatan suku kaum tersebut semasa meneroka wilayah baharu.

Pakar sains sempat memerhati peradaban sosial asas dan interaksi suku kaum tersebut termasuk kemahiran mereka menghidupkan api.

Satu lagi pertemuan antara suku Korowai dengan dunia luar berlaku pada 2006 apabila Paul Rafaelle, seorang pemandu pelancong merangkap wartawan, berhubung dengan suku itu.

Menerusi sebuah artikel keluaran Smithsonia yang ditulis Rafaelle, dia memberitahu, “Suku Korowai dipercayai adalah segelintir orang asli yang masih memakan daging manusia sehingga hari ini.”

“Mereka tinggal kira-kira 100 batu dari Laut Arafura. Pada tahun 1961, Micheal Rockefeller, anak kepada gabenor New York pada masa itu iaitu Nelson Rockefeller, telah hilang berhampiran kawasan itu semasa sedang mengumpulkan artifak daripada satu lagi suku kaum asli Papua. Jasadnya tidak pernah dijumpai.”

Menurut Rafaelle lagi, “Kebanyakan orang Korowai masih menjalani kehidupan tanpa mengetahui kewujudan dunia lain di luar perkampungan mereka. Mereka juga sering bertelagah di antara satu sama lain. Ada juga yang membunuh dan memakan ahli sihir lelaki yang dipanggil khakhua.”

Suku kaum Korowai percaya kepada penjelmaan semula dan menjadikan amalan korban binatang untuk menggembirakan roh nenek moyang mereka. Mereka juga percaya roh nenek moyang mereka boleh kembali menjalani kehidupan di dunia yang fana ini.

Kaum lelaki suku Korowai hebat memburu. Mereka juga pakar menangkap ikan. Secara amnya dalam sebuah keluarga suku Korowai,  kaum lelaki akan keluar berburu dan membawa balik makanan manakala kaum wanitanya mengasuh anak.

Perbuatan memakan daging manusia yang sering dikaitkan dengan suku kaum Korowai dikatakan hanyalah khabar angin semata-mata. Ianya mungkin juga amalan kuno suku tersebut pada waktu lampau. Hari ini, masyarakat Korowai sudah berubah seiring perubahan masa.

Terdapat kira-kira 3,000 orang asli Korowai tetapi dewasa ini suku kaum ini berdepan dengan ancaman dari suku kaum asli yang lain yang cuba menculik wanita dan kanak-kanak daripada suku itu untuk dijual bagi tujuan penghambaan.

Demi menjaga keselamatan, kebanyakan orang asli telah membina pondok bertiang, yang dinaikkan lebih tinggi daripada aras tanah untuk melindungi diri daripada serangan musuh.

Beberapa orang Korowai juga sudah mula menjana pendapatan melalui kerjasama dengan pemandu pelancong dari bandar. Mereka membawa pelancong melawat sekitar kawasan masyarakat setempat. Secara tidak langsung, suku kaum ini lebih terdedah kepada dunia luar.

 Sumber : Era Baru 

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: misteri

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *