Dulu Rasa Cinta. Suami Suka Caci Maki. Lepas 5 Tahun Keputusan Isteri Buat Ramai TERPANA !!!

| September 3, 2017 | 0 Comments

Dulu Rasa Cinta. Suami Suka Caci Maki. Lepas 5 Tahun Keputusan Isteri Buat Ramai TERPANA !!! | My Berita Tular – Saya berkahwin dengan suami kerana saya mencintainya kerana dulu saya tak boleh hidup tanpanya . Tapi kini bila bila masa saya rasa nak angkat kaki .

Saya muda , tapi serba serbi saya bole buat . Saya matang dalam hidup tapi saya GAGAL dalam memilih suami . Suami tak pernah SOLAT walaupun sekali . Saya putus asa dah , berdoa dari mula kahwin sampai saat ni … saya dilayan macam BOLA . Bila perlu . Perasaan saya dia tidak peduli . Kata katanya selalu kasar . Kadang2 depan keluarganya dia marah2 saya , maki dengan perkataan BODOH BABI …. dulu saya melawan , kini saya hanya diam kerana itu lebih baik .

Saya JAUH dari keluarga demi suami . Tapi ni balasan saya … saya dah mintak petunjuk baru2 ni kerana dah cukup kecewa sebagai seorang isteri . Pagi tadi , saya kejut suami dengan baik tapi dibalas dengan KASAR seperti saya hambanya . Saya penat , penat menderita kerana seorang suami yang tak menghargai …. saya akan bagi PELUANG yang terakhir .

Saya cuma nak dia berubah .. jadi yang lebih baik , hargai saya , cakap baik2 dengan saya , sayang saya .
Dari dulu saya yang beriya dalam semua benda . Walaupun cium pun saya yang mintak . Tapi bab batin dia normal & meminta utk puaskan nya . Sekarang saya betul2 tawar hati . Dia memang tak akan berubah kerana itu sikapnya .

Saya nak bebas dari penderitaan ini . Saya muda , sempat lagi kejar cita2 . Daripada habiskan sisa sisa hidup dengan suami yang mcm ni . Dekat tempat keluarga saya lagi ramai yg menghargai & memerlukan saya . Dekat sini berada dgn suami seperti duduk di tempat asing sorang sorang .

Sampaikan saya berdoa supaya Allah jauh kan saya dari suami yang zalim . Pisahkan secara baik .. saya dah tak mampu bertahan … Suami jenis yang takbole bawa bincang . SENANG KATA SUAMI SEORANG LELAKI YANG TAK MATANG . saya tahu suami saya belum bersedia untuk semua tanggungjawabnya . Saya redha untuk berpisah jika itu terbaik .

Saya tak akan peduli apa orang akan kata , kerana yang SAKIT DERITA KECEWA itu saya yang rasa . Saya harap doa2 yang terbaik dari sahabat krt .

Semoga saya tak akan berpatah balik dengan apa yang dah ditakdirkan kerana saya jenis lembut hati . Harap sangat lepasni saya akan terus membenci kerana LUKANYA SANGAT DALAM ……

Allah bersama orang orang yang dizalimi .

Banyak lagi keburukkannya yang tak masuk akal sebagai seorang suami & takboleh diterima seorang isteri . Tapi biarlah Allah sahaja yang tahu .

Wassalam . Tq admin .

Sumber : KisahRumahTangga

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH RUMAH TANGGA

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *