RUANG PENGIKLANAN

Close

Hajat Lelaki Sampai Awal Di United Kingdom TERBANTUT. Rupa2nya Kapal Terbang Bawa Ke TEMPAT Lain Buat Ramai Tak SANGKA !!!

| September 13, 2017 | 0 Comments

Hajat Lelaki Sampai Awal Di United Kingdom TERBANTUT. Rupa2nya Kapal Terbang Bawa Ke TEMPAT Lain Buat Ramai Tak SANGKA !!! | My Berita Tular – Pengalaman seorang lelaki ini mungkin di anggap mimpi ngeri. Selesai sudah mesyuarat di Jerman. Dia menaiki kapal terbang untuk pulang ke United Kingdom. Lelaki ini menaiki pesawat dengan tenang kemudian tidur. Saat terjaga reaksi lelaki menjadi binggung.

 

RUANG PENGIKLANAN

Close

Seorang broker kewangan berbangsa British entah bagaimana tersilap menaiki kapal terbang ketika dalam perjalanan pulang ke Essex selepas menghadiri mesyuarat perniagaan di Cologne, Jerman.

Menurut Samuel Jankowsky, 29 hanya disebabkan dia tersalah tiket kapal terbang dia dilayan sebagai penjenayah sejurus kapal terbang mendarat di Las Vegas.

Menurut Samuel, tiket kapal terbangnya itu telah diperiksa sebanyak tiga kali oleh pegawai khidmat pelanggan Eurowings sebelum dia sebenarnya menaiki kapal terbang untuk perjalanan jauh sejauh ke Las Vegas.

Ketika dia menaiki kapal terbang itu, dia tidak langsung mengesyaki apa-apa perkara pelik dan terus tidur.

Namun dia terkejut apabila menyedari kapal terbang itu telah melepasi United Kingdom dan bertanyakan kepada penumpang disebelahnya ke mana arah kapal terbang itu sebenarnya.

Pas masuknya menunjukkan bahawa dia sepatutnya berada dalam penerbangan ke Stansted dan bukannya Las Vegas

Sam mengambil gambar ini yang menunjukkan pemandangan Las Vegas ketika kapal terbang itu mendarat di sana.

Sudahlah tidak menyedari kapal terbang Eurowings itu sebenarnya menuju ke Las Vegas, Samuel dikejutkan lagi dengan ugutan daripada pegawai imigresen Amerika Syarikat yang berada di McCarran International Airport Las Vegas yang menyatakan mereka akan menahannya kerana memasuki negara itu tanpa visa.

Samuel bukan sahaja tertekan dengan layanan yang diterima ketika berada di Las Vegas, tetapi tertekan kerana teringatkan isterinya, Monique yang sedang menunggu kepulangannya di London bersama dua orang anaknya Aston,6 dan Thalia, 1.

Sebelum berlepas pulang dari Cologne, Samuel terlebih dahulu menghantar mesej melalui aplikasi Whatsapp kepada isterinya Monique, 25 yang sarat mengandungkan anak ketiga mereka.

Samuel berasa kesal dengan tindakan pegawai imigresen Amerika Syarikat yang menahannya di dalam bilik kecil dan memantau pergerakannya sepanjang masa, sementara mereka menguruskan perjalanan pulang Samuel dari Las Vegas ke Cologne.

Selepas selesai urusan untuk menghantarnya pulang semula ke Cologne, Samuel berkata, “Ketika berada dalam penerbangan balik saya tidak diperlakukan dengan baik sama sekali oleh krew kabin dan mereka menganggap saya seperti penjenayah di atas kapal terbang, mungkin seperti pembunuh bersiri.”

Menurutnya lagi pengalaman pahit itu bukan hanya membuang masanya malah banyak juga wang yang terpaksa dibelanjakan seperti wang untuk makan, penginapan hotel dan tiket penerbangan balik yang kesemuanya berjumlah hampir RM4,500.00.

Selepas kejadian itu, seorang jurucakap Eurowings berkata, “Kami sedar tentang kes ini. Kes ini berlaku beberapa minggu yang lalu dan ia telah diselesaikan. Penumpang itu tidak bersalah kerana telah melalui pemeriksaan kawalan yang betul dan dokumen pengenalannya juga telah diperiksa dengan baik oleh Polis Persekutuan. Namun disebabkan kesilapan oleh pegawai di bahagian perkhidmatan, penumpang berjaya menaiki penerbangan jarak jauh. Kami akan lebih berwaspada pada masa akan datang dan mengikut piawaian yang telah syarikat tetapkan.”

Sumber : Era Baru

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *