RUANG PENGIKLANAN

Close

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Akan SIASAT Kenyataan Siti Zabedah Kasim Buat Ramai Ingin TAHU !!!

| September 13, 2017 | 1 Comment

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Akan SIASAT Kenyataan Siti Zabedah Kasim Buat Ramai Ingin TAHU !!!  | My Berita Tular – Alhamdulillah, isu yang ditimbulkan oleh Siti Zabedah Kasim atau dikenali Siti Kasim sudah mendapat perhatian. Ini tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI) akan bertindak.

Putrajaya: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meminta kerjasama umat Islam agar berhati-hati apabila memberi pendapat berkenaan hukum-hakam Islam.

RUANG PENGIKLANAN

Close

Pengarah JAWI, Haji Abdul Aziz Bin Jusoh menegaskan perkara ini dalam satu maklum balas untuk menjawab isu yang ditimbulkan oleh Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim.

“…kenyataan Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim mengenai ibadah korban yang bercanggah dengan pandangan lazim Ahlu Sunnah Wal Jamaah.

Masyarakat umum telah menyuarakan kegelisahan mereka berhubung dengan komen tersebut, dan meminta JAWI supaya menyelesaikan segera hal ini,” tegas beliau.

Beliau turut menyatakan bahawa, JAWI akan mendapatkan keterangan mengenai dakwaan yang dibuat oleh Siti Kasim sebelum memutuskan tindakan yang sesuai berlandaskan undang-undang.

“Sebagai pihak diberikuasa untuk menjaga keharmonian Islam, JAWI akan mendapatkan keterangan mengenai dakwaan tersebut seperti yang ditular sebelum memutuskan tindakan bersesuaian menurut undang-undang.”

Beliau juga menegaskan bahawa JAWI senantiasa menunaikan amanah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam memelihara kesucian Islam.

“JAWI pada setiap masa senantiasa dan dalam apa jua keadaan akan terus menunaikan amanah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan, dalam memelihara kesucian Islam.”

Sumber : menara.my

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Infomasi Semasa

About the Author ()

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. sebat says:

    Jawi ni hanya akn ambil tindakan bila rakyat membuat aduan. Jawi dibayar gaji supaya mmbuat kerja menjaga agama islam dgn mengambil peka terhadap apa yg berlaku terhadap islam dlm masyarakat. Tapi nmpaknya jawi hnya terdesak slps timbul kegelisahan rakyat terhadap agama islam mereka. Pada hsl jawi sndiri tidak gelisah pun dgn kyataan mghina terhadap agama islam. Jawi ni layak dudok dibawah tokong buddha aje.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *