RUANG PENGIKLANAN

Close

Kejadian Di China. Seorang Lelaki Mengajar Mengenai ISLAM Di Tangkap Buat Ramai TERPANA !!!

| September 13, 2017 | 0 Comments

Kejadian Di China. Seorang Lelaki Mengajar Mengenai ISLAM Di Tangkap Buat Ramai TERPANA !!! | My Berita TularSatu peristiwa yang agak janggal berlaku saat kejadian berlaku di Beijing,China. Kerisauan yang melampau buat terhadap agama Islam di bincang di aplikasi sosial.

BEIJING, 21 Zulhijjah 1438H, Selasa – Seorang warga China daripada minoriti muslim negara itu dijatuhi hukuman penjara dua tahun kerana membentuk kumpulan perbincangan atas talian untuk mengajar mengenai agama Islam.

RUANG PENGIKLANAN

Close

Huang Shike, 49, ditangkap di wilayah Xinjiang pada 2016, tiga bulan selepas beliau membentuk kumpulan perbincangan mengenai Islam di aplikasi media sosial, WeChat.

Menurut laman web rasmi, China Judgement Online, Huang dilaporkan mengajar mengenai al-Quran menerusi WeChat dengan bilangan ahlinya seramai 100 orang.

Laman web itu mendakwa, kumpulan perbincangan yang dibentuk Huang itu menganggu aktiviti agama biasa dan melanggar undang-undang mengenai penggunaan internet sebagai medium membincangkan hal keagamaan.

Huang adalah daripada etnik minoriti Hui. Terdapat lebih 20 juta umat Islam di China, terdiri daripada Uighur, Hui dan etnik minoriti lain.

Kira-kira 10.6 juta orang China Hui – keturunan peneroka Islam dan mereka yang memeluk agama Islam – telah lama bertahan hubungan dengan Han, yang membentuk lebih 90 peratus daripada 1.37 bilion penduduk negara itu.

Pihak berkuasa China telah meningkatkan pengawasan dan rondaan polis di Xinjiang, kononnya bimbang penyebaran fahaman militan yang dipercayai menyusup masuk di kawasan itu dari Asia Tenggara.

Pegawai-pegawai Cina telah mendesak kerajaan tempatan untuk mengasimilasikan minoriti muslim ke dalam budaya Han China, kerana banyak pelopor dasar etnik menafikan kecenderungan yang dipanggil ‘arabisasi’ di kalangan umat Islam negara itu. – Agensi

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *