Keluar Kata2 Kesat Pada Anggota DBKL. Apa Yg Terjadi Kepada Pemandu GrabCar ???

| September 27, 2017 | 0 Comments

Keluar Kata2 Kesat Pada Anggota DBKL. Apa Yg Terjadi Kepada Pemandu GrabCar ??? | My Berita Tular -KUALA LUMPUR – Seorang pemandu GrabCar ditahan polis berhubung insiden perselisihan faham dengan pesalah trafik yang meletak kereta di luar petak di Taman Segar, Cheras, di sini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin yang mengesahkan penahanan itu berkata, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, pada jam 6.30 petang, hari ini.

Menurutnya, ia susulan laporan yang dibuat seorang anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat laporan di Balai Polis Sentul, semalam.

“Dalam kejadian kira-kira jam12.46 tengah hari semalam, anggota terbabit bersama rakan setugasnya menjalankan Operasi Kapit Tayar di kawasan Taman Segar Cheras. Anggota terbabit telah mengapit tayar sebuah jenis Perodua Myvi berwarna silver kerana melakukan kesalahan meletakkan kenderaan di luar petak.

“Setelah terima arahan dari Call centre DBKL, anggota terbabit bersama rakannya pergi ke lokasi untuk buka pengunci tayar kereta tersebut kerana pemilik kenderaan tersebut hendak bayar denda.

“Tiba-tiba berlaku pertengkaran dan perselisihan faham antara mereka selain tolak menolak,” katanya.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan dan pihaknya akan memanggil anggota penguat kuasa terbabit untuk dirakam percakapan.

Katanya, pihaknya juga akan merakam percakapan saksi-saksi lain bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, tular sebuah video seorang lelaki bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki hamun pegawai penguat kuasa. Video yang tular hari ini menunjukkan seorang lelaki tempatan berang apabila tayar keretanya dikunci kerana disyaki disyaki meletakkan kenderaannya di tempat yang tidak dibenarkan.

Dalam video berkenaan, lelaki terbabit cuba ditenangkan oleh seorang wanita apabila tindakannya memarahi penguat kuasa. Malah, lelaki terbabit juga dilihat mengeluarkan dipercayai sebatang senduk kayu.

Difahamkan, lelaki terbabit mendakwa dia hanya meletakkan kenderaan jenis Perodua Myvi yang dipandunya hanya lima minit. Video berdurasi empat minit enam saat itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Seorang pengguna Facebook dikenali Bro Remy berkata, berdasarkan kes yang sebelum ini, pesalah akan kesal dengan perbuatan yang dilakukannya.

Turut memuat naik komen adalah Raizal Roslin yang berkata, akhirnya nanti individu yang disabit salah akan membuat permohonan maaf.

Seorang lagi pengguna Facebook dikenali Tariq Ziyad berkata, tindakan itu adalah satu yang tidak wajar dan semakin kurang ajar.

Sumber : SinarHarian

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *