Panas2 !!! Letupan GAS Di Sebuah Gudang Di Jalan Subang. Apa Yg Terjadi Kepad Pekerjanya Buat Ramai TERCENGGANG !!!

| September 21, 2017 | 0 Comments

Panas2 !!! Letupan GAS Di Sebuah Gudang Di Jalan Subang. Apa Yg Terjadi Kepad Pekerjanya Buat Ramai TERCENGGANG !!! | My Berita Tular – Satu letupan telah berlaku telah mengemparkan kawasan sekitar itu. Apa yang terjadi kepada mangsa2 buat ramai terkejut.

SUBANG JAYA: Lapan warga asing cedera parah selepas terbabit dalam letupan gas di sebuah gudang di Jalan Subang 10, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa yang terdiri daripada warga Myanmar dan Nepal berusia antara 21 tahun dan 30 tahun dilaporkan melecur.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, berkata seorang daripada mangsa terbabit turut patah kaki.

Beliau berkata, pihak bomba sedang menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kejadian.

“Lima daripada mangsa cedera parah dan kritikal disebabkan melecur 20 hingga 80 peratus, manakala seorang patah kaki dan cedera dalaman serta dua lagi hanya cedera ringan,” katanya.

Katanya, tujuh mangsa dihantar ke Hospital Serdang dan seorang ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, memberitahu pihaknya tiba di lokasi dan mendapati satu letupan gas memasak berlaku di tingkat satu premis berkenaan.

“Pihak kami menghantar tiga jentera ke lokasi kejadian dan melakukan pemadaman sisa api yang masih ada.

“Anggota bomba dan penyelamat menggunakan satu aliran dari jentera dan menutup semua injap gas di dalam gudang terbabit,” katanya.

Sumber : BeritaHarian

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *