RUANG PENGIKLANAN

Close

Perginya Pak Jabit  “JKK Kampung”  Yg Memberi Kesan Mendalam Dalam Lakonan Buat Ramai SEBAK !!!

| September 7, 2017 | 0 Comments

Perginya Pak Jabit  “JKK Kampung”  Yg Memberi Kesan Mendalam Dalam Lakonan Buat Ramai SEBAK !!! | My Berita Tular – Siapa tengok filem Hantu Kak Limah Balik Rumah pasti akan mengenali pelakon veteran, Abdul Rahman Kadir atau Man Kadir Samsi. Arwah lebih dikenali sebagai Pak Jabit meninggal dunia di klinik di Lanchang, 7.10 pagi tadi.

Perkara itu disahkan anaknya, Atan Salim menerusi akaun Facebook Allahyarham pagi ini. Ramai netizen melahirkan rasa sedih dengan pemergian arwah. Al-Fatihah.

RUANG PENGIKLANAN

Close

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Rantau Panjang, Lanchang dan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam di situ.

Selain Hantu Kak Limah Balik Rumah, Allahyarham yang pernah bertugas sebagai wartawan pada awal 1980-an, memulakan kerjaya lakonan TV melalui Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel pada 1998.

Allahyarham juga turut dikenali melalui filem Man Laksa, Zombi Kampung Pisang dan Zombi Kilang Biskut, semuanya di bawah arahan Mamat Khalid.

Sumber : HarianMetro

 

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *