Remaja Tahfiz Umur 14 Tahun Lakukan “SESUATU” Pada Budak 6 Tahun Perempuan Buat Ramai TERPANA !!!

| September 14, 2017 | 0 Comments

Remaja Tahfiz Umur 14 Tahun Lakukan “SESUATU” Pada Budak 6 Tahun Perempuan Buat Ramai TERPANA !!! | My Berita Tular- Kejadian yang patut dijadikan sempadan. Pendedahan awal yang diterima oleh remaja sekarang sedikit sebanyak mengusarkan kita. Dengan kecanggihan teknologi semua maklumat boleh dapat dengan mudah. Kawalan ibu bapa sedikit sebanyak main peranan paling penting.

Seorang pelajar tahfiz diperintahkan oleh Mahkamah Majistret Ampang , hari ini, untuk dimasukkan ke Sekolah Asrama Akhlak Sentosa, Sentul atas tuduhan menyentuh kemaluan rakan sekolahnya yang berusia enam tahun, dua bulan lalu.

Majistret Haslinda A Raof menjatuhkan hukuman itu terhadap remaja lelaki berusia 14 tahun itu selepas dia mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, lapor Metro.

Mengikut pertuduhan, dia dengan sengaja melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki itu dengan cara menyentuh kemaluannya ke bahagian bawah dubur mangsa tanpa kerelaannya.

Kesalahan itu dilakukan di dalam bilik riadah madrasah yang terletak di Kampung Pandan, di sini, kira-kira jam 6.15 petang, 31 Julai lalu.

Haslinda mengeluarkan perintah itu di bawah Perenggan Seksyen 91(1)(e) Akta Kanak-Kanak 2001 selepas pihak Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) membacakan laporan akhlak terhadap remaja itu.

Dakwaan kes mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Dakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raihanah Abd Razak.

Sumber : suara.tv

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *