Allahuakbar !!! Hujan Lebat Di Kuala Lumpur Telah Akibatkan Banjir Jalan Di Tenggalami Air !!!

| October 30, 2017 | 0 Comments

Allahuakbar !!! Hujan Lebat Di Kuala Lumpur Telah Akibatkan Banjir Jalan Di Tenggalami Air !!!| My Berita Tular – Hujan lebat berterusan semenjak jam 2 petang tadi di Kuala Lumpur mengakibatkan Lebuhraya Persekutuan berhadapan Angkasapuri menghala ke Petaling Jaya dinaiki air.

Lorong kanan sahaja dilaporkan tidak ditenggelami air dan boleh dilalui kenderaan ringan dan banjir telah mengakibatkan kesesakan di kedua-dua arah, seperti memetik Bernama.

Cuaca tidak menentu ini berpuca daripada Taufan Lan yang melanda Jepun baru-baru ini.

Menurut kenyataan oleh Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Alui Bahari, taufan yang mencetuskan cuaca panas ini juga membawa wap air yang kemudiannya membentuk awan hujan selain daripada faktor peralihan monsun.

“Keadaan ribut petir ini adalah normal semasa fasa peralihan monsun yang sedang dialami negara ketika ini,” katanya.

Bagi mendapatkan maklumat sahih mengenai kedaan cuaca, layari laman sesawang MET Malaysia di www.met.gov.my atau menghubungi talian 1-300-221638.

Menurut twitter Lebuhraya SPRINT, banjir berkenaan mula surut pada jam 4.40 petang tadi. dan semua jalan sudah dibuka untuk semua kenderaan.

Menurut tweet berkenaan, banjir berpunca daripada kerja-kerja pembinaan dikawasan berdekatan.

Sumber : suara.tv

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *