Allahuakbar !!! Yusuf Azmi Dan Abang Ali PPIM Mungkin Di Reman Buat Ramai TERPANA !!!

| October 24, 2017 | 0 Comments

Allahuakbar !!! Yusuf Azmi Dan Abang Ali PPIM Mungkin Di Reman Buat Ramai TERPANA !!!| My Berita Tular – Banyak pembongkaran yang berjaya dilakukan oleh Persatuan Pengguna Islam(PPIM) yang memperjuangkan hak pengguna yang banyak ditindas dan diambil kesempatan. Kelantangan Yusuf Azmi yang begitu berani memperjuangkan isu-isu sangat dipuji.Ini sedikit sebanyak membuka mata kepada masyarakat umum khasnya.

MAKLUMAT PENTING DARI PPIM

23 Okt – Kami baru sahaja menerima maklumat bahawa esok Yusuf Azmi & Abang Ali perlu serah diri di IPD Kajang & kemudian ke Kompleks Mahkamah Kajang untuk didakwa berkenaan dengan kes kereta pajak AGR Trade.

Kami difahamkan Yusuf Azmi & Abang Ali akan didakwa tanpa gagal atau mungkin direman sehingga 1 minggu. Kami dihujani pelbagai soalan – Apakah motif tindakan ini? Adakah untuk melemahkan semangat memperjuangkan hak masyarakat? Mengapa tiada dakwaan keatas Dato’ Kabi walaupun ratusan laporan polis dibuat mangsa? Mengapa tindakan diambil keatas pembela dan bukannya keatas penjenayah?

Kami memohon sokongan dan doa dari semua agar segala urusan dipermudahkan. Kepada yang ingin memberi sokongan, sila berkumpul di hadapan Ibu Pejabat Daerah Kajang jam 7.30 pagi esok. Sila rujuk FB PPIM dari semasa ke semasa untuk mendapatkan perkembangan terkini.

07.30 AM
Berkumpul Di Hadapan Ibu Pejabat Daerah Kajang
IPD Kajang, (Jalan Cheras, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia)

08.55 AM
Bergerak Ke Kompleks Mahkamah Kajang
Kompleks Mahkamah Kajang (Jalan Cempaka Kuning, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia)

09.00 AM
Berkumpul Di Hadapan Kompleks Mahkamah Kajang

Waze / Google Maps: IPD Kajang

Sumber : FB PPIM 

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *