Banyak Wanita Sanggup Jadi Cantik. Di Vietnam Apa Yg Di Makan Untuk Kelihatan Awet Muda Buat Ramai TERKEJUT !!!

| October 30, 2017 | 0 Comments

Banyak Wanita Sanggup Jadi Cantik. Di Vietnam Apa Yg Di Makan Untuk Kelihatan Awet Muda Buat Ramai TERKEJUT !!! | My Berita Tular – Wanita tidak lari untuk dilihat cantik. Jika di Malaysia alat2 kosmetik dan minuman untuk kelihatan cantik.

Ketika wanita di Korea Selatan menghabiskan ribuan ringgit untuk pembedahan plastik, wanita di Vietnam pula memiliki caranya sendiri untuk mempercantikkan wajah.

Dipetik dari World of Buzz, rupanya sudah lama kaum wanita di negara itu makan daging tikus.

Bukan kerana tidak ada pilihan, sebaliknya mereka menyukainya dan yakin bahawa daging tikus dapat membuat mereka awet muda.

Namun, bukan semua tikus yang mereka tangkap boleh dimakan. Mereka akan menghindari makan daging tikus yang berkeliaran di sampah atau saluran pembuangan najis.

Ini kerana, tikus-tikus itu kotor dan dianggap beracun.

Biasanya, mereka akan makan tikus sawah kerana ia lebih bersih disebabkan ia hanya makan padi atau tanaman di sawah.

Tikus sawah juga memiliki bulu coklat muda dan kepala yang lebih besar serta kandungan lemak yang lebih banyak. Oleh itu, harganya akan lebih mahal dibandingkan dengan tikus yang berwarna coklat tua.

Sebahagian mereka yang sudah makan tikus ini menggambarkan rasa daging tikus itu manis.

Beberapa dari mereka bahkan menggunakan tikus untuk dicampur dengan rebusan tumbuhan dan sayuran untuk mengubati sakit punggung.

Selain itu, wanita Vietnam juga percaya bahawa daging tikus mengandungi sejumlah besar asid amino esensial, yang membantu menghasilkan kulit yang lebih muda dan cantik.

Dengan kata lain, daging tikus setara dengan supelemen kulit bagi wanita Vietnam!

Sumber : suara.tv

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *