Bas Kilang “MAUT”. 30 Pekerja Dalam Perjalanan Pergi Kerja. Apa Yg Terjadi Buat Ramai TERPANA !!!

| October 24, 2017 | 0 Comments

Bas Kilang “MAUT”. 30 Pekerja Dalam Perjalanan Pergi Kerja. Apa Yg Terjadi Buat Ramai TERPANA !!! | Era Barus – JURU: Sekurang-kurangnya lapan pekerja kilang maut selepas dua bas dan sebuah van membawa kira-kira 30 penumpang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 147 (KM147) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berdekatan Tol Juru di sini, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, Saadon Maktar, berkata kemalangan di hadapan Institut Teknikal Malaysia-Jepun itu dipercayai berlaku selepas satu daripada kenderaan gagal dikawal dalam kejadian jam 6.02 pagi tadi.

“Enam mangsa disahkan maut di lokasi kejadian, manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ).

“Operasi mengeluarkan baki mangsa masih dijalankan.

“Seramai 32 anggota dan beberapa jentera JBPM negeri bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu kerja mengeluarkan mangsa tersepit,” katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Difahamkan, dua mangsa lagi meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Unit Kecemasan HSJ.

Sumber : BeritaHarian

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *