Jubah Wanita Jadi “PENYELAMAT” Kepada Seorang Lelaki. Perbuatan Wanita Ini Buat Ramai TERBELIAK Mata !!!

| October 2, 2017 | 0 Comments

Jubah Wanita Jadi “PENYELAMAT” Kepada Seorang Lelaki. Perbuatan Wanita Ini Buat Ramai TERBELIAK  Mata !!! | My Berita Tular – Abu Dhabi perbuatan wanita ini dipuji apabila berjaya ‘menyelamatkan’ seorang lelaki. Apakah yang dilakukan pada saat genting benar-benar luar biasa.

Abu Dhabi – Tindakan pantas dan berani seorang wanita menggunakan jubah untuk memadamkan api menyelamatkan nyawa seorang lelaki yang terbakar selepas kenderaan dinaiki kemalangan.

Jawaher Saif Al Kumaiti dalam perjalanan pulang ke rumah selepas melawat rakannya di hospital apabila dia ternampak dua trak terbakar dan mendengar mangsa menjerit meminta tolong.

Lelaki dikenali sebagai Harkirit Singh, berjaya keluar dari kenderaan terbakar itu malangnya bajunya dijilat api.

Jawaher, 22, yang melihat kejadian dengan pantas meminta rakannya membuka jubah dipakai bagi membantu memadamkan api.

“Saya terkejut melihat dua trak terbakar dan ternampak seorang lelaki menjerit meminta tolong.

“Saya meminta rakan yang menumpang kereta saya memberikan jubahnya dan segera membantu pemandu trak itu memadamkan api.

“Saya menenangkannya dan memberitahu dia akan selamat kerana pasukan keselamatan akan tiba tidak lama lagi,” katanya.

Bagaimanapun, dia menyuarakan kekesalan dengan sikap orang ramai yang sekadar memerhatikan mangsa dijilat api walaupun lelaki itu tidak henti menjerit.

Mejar Tariq Mohamed Al Sharhan, ketua bahagian ambulans dan penyelamat jabatan polis di bandar itu, mengesahkan kedua-dua pemandu trak berkenaan mengalami kesan terbakar 40 hingga 50 peratus di badan mereka dan dipindahkan ke hospital pakar.

Sumber : suara.tv

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *