Misteri 4 Tempayan Di Batu Gajah. Apa Yg Ada Di Dalam Itu Sangat Mengejutkan !!!

| October 26, 2017 | 0 Comments

Misteri 4 Tempayan Di Batu Gajah. Apa Yg Ada Di Dalam Itu Sangat Mengejutkan !!! | My Berita Tular – EMPAT tengkorak dan tulang manusia ditemui di dalam empat tempayan oleh pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang sedang menjalankan kerja penyelenggaraan di kawasan bukit berdekatan Kampung Baru Nala, Tronoh, Batu Gajah, 12.26 tengah hari, hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada kontraktor TNB memaklumkan mengenai penemuan empat tempayan itu sebelum pihaknya ke lokasi berkenaan.

Menurutnya, siasatan di tempat kejadian kemudiannya mendapati empat tempayan itu berada diantara tiang elektrik di atas puncak bukit dikelilingi ladang sawit serta terdapat lombong lama yang sudah tidak beroperasi kira-kira 17 tahun dan kubur Cina terletak kira-kira 10 kilometer dari lokasi penemuan itu.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati tulang yang berada di dalam tempayan berkenaan bercampur-campur dan terdapat empat tengkorak serta beberapa tulang bertaburan di atas tanah.

“Semua tulang yang berada di dalam empat tempayan itu akan dirujuk kepada pakar patologi esok bagi mengenal pasti usia tulang itu serta mengenalpasti dari semua aspek sama ada terdapat unsur-unsur jenayah ataupun tidak.

“Temubual dengan orang kampung berdekatan menyatakan tidak pernah mengetahui atau mendengar aktiviti membabitkan pemujaan serta tidak pernah mengetahui apa-apa kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan itu kerana kawasan kejadian berada jauh dari kawasan perkampungan.

“Penduduk kampung kaum Cina di kawasan itu ada memberitahu kemungkinan terdapat aktiviti pemindahan tulang-tulang nenek moyang atau saudara yang sudah lama meninggal dan ditempatkan di tempat yang mempunyai fengshui yang baik,” katanya.

Mohd Nasri berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dari pelbagai aspek bagi mengenal pasti samada kejadian itu bermotifkan jenayah atau sebaliknya.

Sumber : HarianMetro

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *