Nilai RM50. Ibu2 Nak Makan Yg Itu. Rintihan Anak2. Apa Yg Dilakukan Pasangan Ini Buat Ramai TERCENGGANG !!!

| October 24, 2017 | 0 Comments

Nilai RM50. Ibu2 Nak Makan Yg Itu. Rintihan Anak2. Apa Yg Dilakukan Pasangan Ini Buat Ramai TERCENGGANG !!! | My Berita Tular – Assalamualaikum, bangun pagi ni rasa sebak..Sebak yang dibawa dari semalam belum lagi hilang… Aku ibu kepada 3 orang anak comel… Minggu lepas suami baru discharge wad sebab operation jadi dia dapat MC sampai hujung bulan. Jadi buat sementara waktu,hanya aku yang bekerja.. Oh..suami aku kerja sebagai technician tapi baru start kerja 2hb Oktober haritu..belum pon sampai sebulan ditempat kerja baru dah diduga masalah kesihatan..tak apa,kami sabar…

Semalam,kami 5beranak keluar sekejap..Teman suami drive ke rumah kawannya,ada hal sikit..Otw ke rumah kawan,berhenti di petronas isi angin tayar kereta yg dah hampir botak..Tayar belakang sebelah kiri bocor dah banyak minggu,just tampal pakai ‘cacing’..sebab sebelum bocor tu baru je tukar belakang sebelah kanan (tukar tayar second je)..Tu je yang mampu sebab harga rm45 sebijik..Ok, bukan nak cerita pasal tayar,nak cerita pasal anak-anak sebenarnya..

Petronas yang kami singgah tu bersebelahan dengan McD..Anak sulong umur 5tahun, “ibu..jom makan McD..lamanya ibu tak bawak makan McD..” Jawapan aku seperti biasa ‘nanti-nanti laaa..tak gaji lagi,duit tak cukup nak makan ramai-ramai..” Memang jelas dengar dia mendengus..mungkin tak puas hati tapi dia terpaksa redha sebab memang ibu tak akan singgah ke restoren tu..Hati aku dah lega,tapi jauh disudut hati rasa kecewa sebab apa yang anak mintak memang aku tak mampu tunaikan..

Usai isi angin tayar,kami bergerak keluar dari kawasan petronas dan lalu dihadapan pasaraya Giant.. Sekali lagi si sulong bersuara..”Bila kita nak pi giant buuu??” Nanti-nanti laaa.. – jawapan seperti biasa.. Dan kali ini bukan dengusan seperti pertanya pertama..dia menambah soalan.. “Kenapa mesti nanti? Kenapa bukan sekarang??” Jawapan aku kalini memang untuk diamkan dia..”Sebab ibu abah belum gaji..duit ada tapi tak cukup..duit yang ada untuk kita makan tiap-tiap hari sampai ibu abah dapat gaji saja..kalau kita pi Giant,mesti ada jugak nak beli barang-barang kan? Nanti duit habis di Giant,kita nak makan apa hari-hari lain??” Takada dengusan,cuma nampak dia melontar pandangan jauh ke luar tingkap kereta..Entah dia faham atau tidak.. Aku diam,menjeling suami yang diam dari tadi di sebelah..

Sebelum meneruskan perjalanan,kami singgah sekejap ke bank..Cuba keluarkan rm50 yang berbaki didalam akaun bank..sebelum masuk ke kereta aku sempat lari ke 7e disebelah bank,capai 2biji roti buku Gardenia perisa coklat sebagai habuan anak-anak makan sepanjang perjalan pergi balik 40km ini (umpan anak diam)..Bila anak-anak nampak aku masuk ke kereta dengan 2biji roti di tangan terus anak-anak menjerit keseronokan..Nampak roti pon dah seronok,seronoknya jadi kanak-kanak…

Perjalanan diteruskan,sepanjang perjalanan anak-anak menyanyi dan bergurau di belakang..si bongsu aku riba di tempat duduk pemandu..sesekali si bongsu merengek-rengek,aku suapkan sedikit roti yang dikongsi dari si sulung dan si angah..Alhamdulillah anak-anak tak buat perangai..Dalam hati aku sedang mencongak RM50 untuk dibahagi kepada beberapa perbelanjaan..Dan akhirnya tercetus keluhan dari mulutku..”9hari lagi nak tunggu gaji..” Suami di sisi berpaling seketika kearah ku,kemudian dia kembali fokus memandu..Dia diam,tapi aku tau yang fikiran dia tidak diam seperti fizikalnya..

Dipendekkan cerita,selesai urusan suami dan kawannya kami terus bergerak pulang ke rumah.. di pertengahan perjalanan kami singgah ke Shell untuk mengisi petrol.. “nak isi berapa bah? Rm15?” suami membalas.. “rm10 sudah la..” Perlahan dia keluar ke kaunter untuk membayar petrol,selesai mengisi minyak suami memandu keluar dari stesen dan si sulong memecah suasana.. “ibuuu..nak ayaq milo..boleh la buu…” Suami cepat-cepat memintas percakapanku, “balik rumah minum ayaq masak..nak dak?? Kat belakang tu ada yaq mineral..minum la ayaq mineral..ayaq mineral ada bnyak oksigen..” Si sulong belum berpuas hati, “tak mau..tak sedap..Nak ayaq milo buuu..lama dah tak minum ayaq milo..boleh la buuu” Aku diam…

Diam aku sebab aku tau anak nakkan milo kotak,terus dalam diam aku mencongok pengiraan.. RM2 x 2kotak(2orang anak) =RM4..RM50-RM10-RM4=RM36..Aku tahan supaya tiada keluhan yang keluar dari mulutku..Segera aku mrndapat 1 idea, “Bah,nanti berhenti dekat kedai makan depan tu..ibu turun beli milo ais bungkus..” Suami diam,hanya menurut arahanku tapi sebelum berhenti dia sempat bertanya.. “kenapa nak beli jugak milo ais? Balik minum ayaq masak la…” Jawapan ku ringkas untuk suami..”Bah..ibu tak sampai hati..” dan ayat seterusnya aku hanya pendam didalam hati..Anak-anak mintak milo ais pon aku terpaksa congak baki perbelanjaan..Ya Allah…

Usai membayar harga milo ais,aku masuk ke dalam kereta..dan dengan gembira anak-anak berkata..”yeyyy..milo ais tapi tak dak kotak…hurmm..tak pa lah,sayanggggggg ibu..” ciuman si anak singgah ke pipi ibu…Milo ais RM2.50 di kongsi 5beranak..Alhamdulillah,lega dapat membasahkan tekak..suami berpaling memandang aku,aku hanya mampu memberikan senyuman..Alhamdulillah anak-anak gembira..

Dan hari ini,aku menghitung lagi..8hari menunggu gaji..Ini salah 1kisah harian aku bersama anak-anak setiap hari..kisah kami rakyat marhaen..kisah suami isteri yang bekerja bukan untuk senang tapi bekerja untuk meneruskan hidup dan membesarkan anak-anak…Doakan kami suami isteri tak menzalimi kebajikan anak-anak kami..doakan kami terus dimurahkan rezeki,dan permudahkanlah urusan harian kami…

– Aku,Isteri,Ibu

Sumber : luahanseorangibu

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH RUMAH TANGGA

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *