Ops Jalan JPJ Bermula – Kompaun Maksimum RM300 Bagi Semua Kesalahan, Tiada Rayuan DIBENARKAN !!!

| October 30, 2017 | 0 Comments

Ops Jalan JPJ Bermula – Kompaun Maksimum RM300 Bagi Semua Kesalahan, Tiada Rayuan DIBENARKAN !!! | My Berita Tular – JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengenakan kompaun maksimum sebanyak RM300 bagi pemandu yang melakukan kesalahan sepanjang Ops Jalan JPJ dilaksanakan bersempena perayaan Krismas dan sambutan Tahun Baru.

Ops jalan yang bermula dari 24 hingga 26 Disember dan 30 Disember hingga 2 Januari 2017 itu bakal menumpukan beberapa kawasan ‘panas’ dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan dan kematian.

Bagaimanapun, tiada sekatan jalan akan dijalankan sepanjang tempoh Ops Jalan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JPJ, Datuk V. Valluvan Veloo berkata, tiada sebarang rayuan termasuk diskaun dibenarkan kepada pemandu yang melakukan kesalahan sepanjang Ops Jalan.

DAKWA TERUS KE MAHKAMAH

Manakala pemandu yang didapati menggunakan lorong kecemasan tidak akan diberikan kompaun serta-merta tetapi terus didakwa di mahkamah.

Sepanjang Ops Jalan, seramai 1,500 anggota JPJ bersama agensi berkaitan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menyertai operasi besar-besaran ini.

DENDA MAKSIMUM RM300

Berikut adalah kesalahan yang akan dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM300;

Memotong barisan berkembar
Langgar lampu isyarat merah
Tidak memakai tali pinggang keledar
Menggunakan telefon bimbit ketika memandu
Kenderaan perdagangan yang memandu di lorong laju lebuhraya secara berterusan
Memotong secara berbahaya (Potong Q)

Sumber : pandulaju

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *