Teknologi “HoverBike” Mula MENGANAS Di DUBAI Buat Ramai Tak PERCAYA. Ada Video Luar Biasa !!!

| October 25, 2017 | 0 Comments

Teknologi “HoverBike” Mula MENGANAS Di DUBAI Buat Ramai Tak PERCAYA. Ada Video Luar Biasa !!! | My Berita Tular – Dubai, wilayah terletak di Emiriyah Arab Bersatu sangat terkenal dengan pelbagai bentuk kemodenan. Sukar digambarkan jika teknologi ini ada di Malaysia. Kemungkinan boleh mengelak dari menghadapi kesesakan jalan raya.

 

Rata-rata penduduknya mempunyai kekayaan yang luar biasa dengan pelbagai kereta mewah, emas, haiwan peliharaan yang mahal, malah pasukan polis Dubai menggunakan sport car.

Bandar yang menjadi hub perniagaan Timur Tengah dan global ini juga mempunyai sistem keselamatan yang amat baik.

Kadar jenayah di Dubai adalah rendah berbanding bandar-bandar yang mempunyai saiz yang sama dengannya.

Menurut laporan Jabatan Diplomatik Amerika Syarikat (OSAC), kerajaan UAE giat mempromosikan langkah keselamatan dan sekuriti di Dubai.

Hal ini demikian, wilayah ini merupakan tempat tarikan pelancong serta merupakan tempat penting bagi pertumbuhan ekonomi.

Polis Dubai menjalankan inisiatif bagi mengawasi dan menjaga keselamatan orang awam. Pihak polis menyiarkan tips-tips keselamatan dan langkah pencegahan daripada menjadi mangsa jenayah melalui laman web mereka.

Keadaan lalu lintas di Dubai sering kali sesak disebabkan kemalangan jalan raya yang kerap berlaku.

Pihak polis sentiasa menghadapi tugas yang berat bagi memantau dan memastikan kelancaran lalu lintas.

Oleh sebab itu, Polis Dubai telah menandatangani satu memorandum persefahaman dengan Hoversurf, iaitu sebuah syarikat permotoran elektronik daripada Rusia.

Polis Dubai akan menggunakan hoverbike atau motosikal terbang bagi mengawal keadaan lalu lintas lebih-lebih lagi ketika waktu kecemasan.

Memetik laporan Gulf News, Sarjan Utama Ali Ahmad Mohammad berkata, “Motosikal ini boleh terbang tanpa penunggang setinggi enam kilometer.”

“Jika dipandu oleh seorang pemandu, motosikal ini boleh terbang sehingga lima meter sahaja,” katanya.

Tambahnya lagi, motosikal ini mempunyai kelajuan maksium 70km/j dan mampu membawa muatan sehingga 300 kg.

Motosikal terbang merupakan motosikal elektronik dan baterinya hanya mampu bertahan 25 minit setiap cas.

Tujuan utamanya ialah bagi melancarkan lalu lintas dan bukannya untuk menangkap penjenayah.

Lapan kamera telah pun dipasang pada motosikal ini bagi mengesan pemandu-pemandu yang cuai di atas jalan raya.


Menurut Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pintar Polis Dubai, Brigadier Khalid Nasser Al Razooqi, motosikal terbang ini akan ditempatkan di tempat-tempat tarikan pelancong dan setiap kamera akan dihubungkan kepada bilik kawalan polis.

Bukan motosikal terbang sahaja, Polis Dubai bakal menggunakan sebuah kereta robot yang mempunyai dron. Walaupun hanya kereta kecil seperti alat mainan, kereta ini digunakan bagi mengawasi sebarang bentuk penjenayah termasuklah mengenal pasti suspek.

Sumber : EraBaru

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Infomasi Semasa

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *