Terkini !!! Suasana Pilu & Hiba Di Hospital Selayang Apabila Ahli Keluarga Berkumpul Untuk Keputusan Bedah Siasat Mayat Mangsa Bas Kilang…

| October 24, 2017 | 0 Comments

Terkini !!! Suasana Pilu & Hiba Di Hospital Selayang Apabila Ahli Keluarga Berkumpul Untuk Keputusan Bedah Siasat Mayat Mangsa Bas Kilang… | My Berita Tular – BUKIT MERTAJAM – Suasana pilu dan hiba menyelubungi perkarangan Unit Forensik Hospital Seberang Jaya apabila anggota keluarga dan rakan-rakan kepada seorang daripada mangsa warga Indonesia yang maut dalam kemalangan di Juru, hari ini selesai membuat pengecaman.

Mereka dilihat tidak dapat menahan kesedihan sebaik keluar daripada Unit Forensik sehingga perlu ditenangkan oleh petugas hospital.

Kedengaran seorang daripada mereka berkata mereka tiga beradik tinggal di sini dan tidak tahu bagaimana hendak memaklumkan berita kematian itu kepada anggota keluarga di Indonesia.

Mereka kemudiannya dibawa ke Unit Trauma oleh petugas hospital dan wakil konsulat.

Tujuh daripada lapan pekerja wanita yang maut akibat kemalangan membabitkan dua bas kilang dan sebuah van di Kilometer 147 (KM147) Lebuhraya Utara Selatan menghala utara berhampiran Plaza Tol Juru, disahkan warga Indonesia.

Konsul Jeneral Indonesia di Pulau Pinang Iwanshah Wibisono berkata, empat daripada mereka yang sudah selesai dibedah siasat dikenali sebagai Resni Tumanggar, Yeni, Serlia dan Kris Prastiwi.

Tiga lagi mayat mangsa masih sedang dalam proses bedah siasat, namun identiti mereka belum dikenal pasti. – Bernama

Sumber : Kosmo

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *