“Toyol Manusia” Mengganas Di Dalam Masjid. Apa Yg Dilakukan Benar2 Tak Sangka. Ada Bukti…

| October 31, 2017 | 0 Comments

“Toyol Manusia” Mengganas Di Dalam Masjid. Apa Yg Dilakukan Benar2 Tak Sangka. Ada Bukti… | My Berita Tular – Saat jemaah sedang menunaikan solat. Gerak-geri seorang penjenayah sempat mengambil kesempatan. Sikap takut melakukan kemungkaran di dalam masjid seperti tiada perasaan berdosa atau bersalah.


Gombak: Kelibat toyol memakai baju-T biru dikesan membuat onar di masjid Taman Sri Gombak, di sini.
Itu yang dilakukan seorang penjenayah yang bertindak melarikan beg tangan milik seorang jemaah wanita yang sedang sujud bersembahyang.

Dalam kejadian jam 4.41 petang kelmarin, mangsa dikatakan menunaikan solat Asar di ruangan khas untuk wanita.

Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian berkenaan, suspek yang memakai baju-T berwarna biru dan seluar jean dilihat memasuki ruang solat bahagian lelaki terlebih dahulu.

Suspek didapati melihat keadaan sekeliling terlebih dulu sebelum mengambil beg tangan mangsa dan berlari keluar dari masjid.

Suspek hanya mengambil masa beberapa saat untuk melakukan jenayah itu ketika mangsa sedang dalam keadaan bersujud.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Kami akan meneliti rakaman CCTV berkenaan bagi mengenal pasti identiti suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan,” katanya.

Sumber : HarianMetro

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *