Tragedi 4 Tahun Lepas. Pembunuhan Pengasas AmBank Akhirnya TERLERAI !!! Ini Hukuman Yg Bakal Di Terima Buat Ramai TERPANA !!!

| October 29, 2017 | 0 Comments

Tragedi 4 Tahun Lepas. Pembunuhan Pengasas AmBank Akhirnya TERLERAI !!! Ini Hukuman Yg Bakal Di Terima Buat Ramai TERPANA !!! | My Berita Tular – Penarik kereta, Koong Swee Kwan yang didakwa membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysia (AmBank), Hussain Ahmad Najadi, empat tahun lalu dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman memutuskan demikian selepas Swee Kwan, 48, didapati bersalah dan berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Ab Karim juga menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap Swee Kwan kerana didapati bersalah cuba membunuh isteri pengasas Ambank itu, Cheong Mei Kuen, 53.

Mahkamah memerintahkan Swee Kwan menjalani hukuman penjara itu bermula daripada tarikh dia ditangkap pada 23 September 2013.

Ab Karim dalam penghakimannya berkata, mahkamah mendapati bahawa keterangan Swee Kwan adalah tidak logik dan difikirkan semula semata-mata.

Swee Kwan didakwa membunuh Hussain, 75, di tempat letak kereta Tokong Cina Kuan Yin di No 4, Lorong Ceylon di sini antara jam 1.30 tengah hari dan 2 petang, pada 29 Julai 2013 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Dia juga berdepan pertuduhan cubaan membunuh Mei Kuen di tempat dan pada masa sama mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pada 5 September 2014, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadapnya atas tuduhan membunuh Hussain dan hukuman penjara 18 tahun kerana didapati bersalah cuba membunuh Mei Kuen.

Pada 14 Disember 2016, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin mengetepikan sabitan dan hukuman gantung sampai mati terhadap Swee Kwan dan memerintahkan kes itu dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi.

Dalam kejadian itu, Hussain maut manakala isterinya cedera parah setelah ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta sejurus keluar dari kawasan itu.

Sumber : eberita

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *