Upacara Lagak Ngeri Makan Diri Apabila Mangsa Jadi “KUKUS” Dalam Kuali Besar Buat Ramai TERGAMAM !!!

| October 26, 2017 | 0 Comments

Upacara Lagak Ngeri Makan Diri Apabila Mangsa Jadi “KUKUS” Dalam Kuali Besar Buat Ramai TERGAMAM !!!  | My Berita Tular – Kuala Sanglang, Kedah: Seorang warga emas berumur 68 tahun meninggal dunia setelah mengukus dirinya di dalam kuali besar selama lebih kurang 30 minit di Kuala Sanglang, Kedah pada malam Isnin 23 Oktober 2017 yang lalu.

 

Anjing Hitam atau nama sebenarnya Lim Ba melakukan lagak ngeri tersebut sewaktu upacara sembahyang ‘Nine Emperor God’ di sebuah tokong. Menurut berita yang diterbitkan oleh Daily Mail, Lim Ba meninggal dunia akibat sakit jantung dan kelecuran tahap kedua yang amat teruk.

Menurut anak mendiang, Kang Huai, 32 tahun, ayahnya telah melakukan lagak ngeri tersebut semenjak lebih 10 tahun lalu walaupun tidak direstui oleh keluarganya. Menurut Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Tao Malaysia (FTAM), Tan Hoe Chioew, lagak ngeri yang dilakukan adalah sebahagian daripada aksi sihir yang dikenali sebagai ‘fa shu’. Tan Hoe Chioew juga menyatakan bahawa aksi tersebut dilakukan bagi menayangkan ketahanan fizikal pelaku lagak ngeri itu dan bukan sebahagian daripada amalan fahaman Tao. Sebuah video ngeri turut menayangkan peristiwa tersebut.

 

Sumber : Menara.my

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *