Ibu Angkat Maut !!! Puncanya Anak Lelaki Sanggup Lakukan ‘SESUATU’ Yg Benar2 KEJAM !!!

| November 5, 2017 | 0 Comments

Ibu Angkat Maut !!! Puncanya Anak Lelaki Sanggup Lakukan ‘SESUATU’ Yg Benar2 KEJAM !!! | My Berita Tular – Satu kejadian yang boleh diklafikasi sangat tragis. Apabila seorang anak sanggup melakukan yang buat ramai geram terhadap ibu angkatnya sendiri.

Seorang tukang masak di sebuah restoran makanan laut di Pandamaran, di sini ditahan selepas dipercayai mendera ibu angkatnya berusia 70 tahun sehingga menyebabkan kematian.

Suspek lelaki yang berusia 43 tahun itu ditahan di sekitar daerah ini kira-kira pukul 12 tengah malam tadi, selepas ibu angkatnya itu meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini kira-kira pukul 9.40 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa tinggal bersama suspek dan isterinya itu dipercayai didera sejak Mei lalu.

Bagaimanapun, isteri suspek katanya takut untuk memberitahu keluarga kerana suaminya itu didakwa sering mengugut untuk membunuhnya.

“Akibat sering dipukul suspek, mangsa kemudiannya dibawa ke hospital oleh isteri suspek dengan bantuan pihak ambulan pada 28 Oktober lalu.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pagi semalam selepas hampir seminggu mendapatkan rawatan di hospital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Shamsul Amar, berdasarkan laporan hospital, mangsa meninggal dunia disebabkan kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa bahagian badan akibat dipukul dengan objek tumpul.

Katanya, suspek ketika ini ditahan reman seminggu sehingga 10 November ini untuk disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Kita difahamkan mangsa didera kerana suspek mengesyaki warga emas itu mendesak isterinya supaya bercerai dengannya,” ujar beliau.

Sumber : eberita

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *