Kami Hampir2 BERCERAI. Namun Satu Hari Aku Baru Mengetahui Suami Punyai Penyakit Ini. Kisah Ini Bakal Buat Netizen TERPANA !!!

| November 8, 2017 | 0 Comments

Kami Hampir2 BERCERAI. Namun Satu Hari Aku Baru Mengetahui Suami Punyai Penyakit Ini. Kisah Ini Bakal Buat Netizen TERPANA !!! | My Berita Tular – Aku sekadar ingin berkongsi kisah rumahtangga aku yang hampir berakhir, sehinggalah aku temui puncanya – yang mengajar aku melihat manusia dan dunia di sekeliling aku dari sudut pandang yang berbeza.

Aku berkahwin sudah 6 tahun. Sebelum kahwin, kami hanya berkenalan secara ringkas, tak pernah bercinta. Belum dikurniakan cahaya mata. Dia penjawat awam, dan aku hanya menguruskan bisnes sendiri dari rumah. Kami berdua lepasan ijazah luar negara, jadi boleh aku katakan kami berdua agak educated.

Aku sangka mustahil lelaki yang educated seperti dia boleh menjadi seorang yang tidak bertanggungjawab. Tapi aku silap. Suami aku ni rupanya panas baran, tidak bertanggungjawab, tidak boleh dibawa berbincang, tidak berperikemanusiaan dan hanya mementingkan diri sendiri.

Setahun setengah pertama perkahwinan kami, aku langsung tidak diberi nafkah duit belanja tapi aku diminta untuk menanggung belanja dapur. Dan setiap kali shopping, barang-barang yang aku beli aku bayar sendiri atau awal-awal dia pesan dia takde duit. Dia hanya akan bayar barang dia. Dia tak izinkan aku kerja mengikut lulusan aku dan aku juga dilarang dari berbisnes (awal dulu).
Setiap hari aku dimarah, kadang-kadang kerana perkara kecil dan kadang-kadang kerana sesuatu yang aku tak tahu di mana silapnya. Setiap perbuatan aku semuanya salah di matanya.

Setiap kali aku cuba ajak berbincang pasti berakhir dengan pergaduhan. Dan setiap kali aku menangis, aku akan ditengking. Aku ni seolah-olah menyusahkan dia, minta tolong itu ini semua aku kena marah walaupun untuk ajak beli barang keperluan.
Pendek kata, hidup aku bersama dia tak pernah bahagia. Tak pernah ada istilah honeymoon dalam rumahtangga aku. Setiap kali celebrate anniversary, dari tahun pertama, aku selalu harap tiada lagi anniversary tahun berikutnya.

Tapi aku pun pelik dengan diri sendiri. Aku rasa bodoh sebab bertahan. Satu je sebabnya – aku kesiankan dia. Aku rasa dia buat semua ni secara tak sengaja. Dia selalu cakap dia sayang aku dan ini aku memang sangat pasti dia tak pandai menipu sebab walaupun perangai dia macam tu, dia ni lurus orangnya. Bila aku kena travel sendiri, aku rilek je tapi dia yg akan menangis-nangis hantar aku kat airport. Pernah korang tengok lelaki menangis hantar bini? Bila aku tak ada dia jadi tak tentu arah.

Setelah beberapa lama, ada juga beberapa perkara yang dia berubah. Dia mula bagi aku duit belanja lepas tengok rancangan agama di TV tentang nafkah. Disebabkan dia cakap dia tak pandai layan perempuan sebab tak pernah kawan perempuan, ade beberapa perkara yang aku ajar dia, kadang2 dia cuba buat. Setiap kali tu dia cakap sorry sebab dia tak tahu. Sounds like innocent kan? Kadang-kadang, aku naik geram jugak la sebab common sense pun nak kena ajar.

Aku pernah lari dari dia untuk failkan perceraian. Tapi dia meraung-raung merayu aku balik. Dia cakap tak boleh hidup tanpa aku. Aku kesian. Jadi kami hanya lalui sesi kaunseling dan aku balik pada dia. Lepas tu pun keadaan masih tak banyak berubah. Dia masih panas baran marah aku tanpa sebab, kecuali part tanggungjawab, dia buat apa yang dijanji masa kaunseling tu.

Sehinggalah baru-baru ni aku mula bercerita pada kawan aku tentang masalah rumah tangga aku sebab terlalu depressed. Aku betul-betul rasa aku dah nak gila. Dan kawan aku ni bagitau tentang Sindrom Asperger. Dan bila aku baca dan kaji, kebanyakan symptom Asperger ni ada pada suami aku. Aku mula tanya dia itu ini, dan suruh dia buat test online, aku makin yakin yang dia memang ada Sindrom Asperger ni. Buat masa ni aku masih dalam proses nak jumpa psychiatrist supaya kami dapat diagnose dia dan lalui sesi therapy untuk membantu dia (dan aku).

Aku share kat sini sebab nak educate tentang Sindrom Asperger ni. Manalah tau ada yang melalui apa yang aku lalui jadi ini mungkin dapat membantu. Sebab zaman aku kecik dulu, manalah orang tau tentang learning disability ni, orang hanya anggap manusia yang berbeza pemikiran ni sama ada gila atau ada masalah attitude. Lagipun Asperger ni symptom nya tak sejelas autism jadi memang ramai yang akhirnya tak didiagnose. Aku banyak baca daripada blog/ website English, ada yang dah umur 30+, 40+ baru tau rupanya Asperger. Dan 80% perkahwinan Asperger berakhir dengan penceraian (aku taktau setepat mana statistic ni aku quote je).

Serba sedikit tentang Asperger’s syndrome, condition ni termasuk dalam ASD (Autism Spectrum Disorder). Mereka nampak normal, cuma bermasalah dari segi social dan interaksi dengan orang lain. Kalau korang tengok movie ‘My Name is Khan’ yang Shah Rukh Khan berlakon tu jadi Asperger tu, nampak die agak retarded sikit kan? Suami aku ni nampak completely normal bukan macam dalam movie tu. Otak mereka melihat dan mentafsir dunia berbeza daripada kita yang biasa, kita dan mereka ibarat alien kepada satu sama lain.

Kebanyakan penghidap Asperger ni tiada masalah pertuturan dan mempunyai IQ tinggi (terer maths/ sains). Dan ramai saintis terdahulu diura-urakan ada Asperger ni seperti Isaac Newton, Albert Einstein etc. Selain dua ciri ni, ciri lain mereka lebih kurang sama dengan autism, iaitu:-

1. Social Anxiety – mereka ada masalah untuk bersosial. Seboleh-bolehnya mereka akan elakkan untuk pergi ke majlis-majlis. Mereka hanya selesa dengan orang yang rapat dan akan ambil masa untuk menyesuaikan diri dengan orang tertentu. Dalam kes aku, dengan aku sekali dia tak bagi aku pergi majlis sebab dia nak aku duduk dengan dia je (walaupun asyik kena marah). Kalau kami pergi holiday kawasan dekat adik beradik dia pun, dia tak nak duduk rumah diorang. Mungkin sebab ramai anak saudara atau dia dah rasa ‘jauh’ sebab dia jarang bersama family since masuk hostel sampailah kerja jauh dari family (kami duduk seberang laut china selatan).
Bila dia kena berhadapan juga dengan situasi social seperti pergi kerja dsb, bila balik dia akan jadi emotionally exhausted menyebabkan dia penat dan panas baran. Dan orang yang rapat dengan dia (aku?) lah tempat dia jadi lepas marah.
– Kerana sikap ni, orang akan anggap mereka ni sangat professional dalam kerja dan tak bersosial tak tak tentu arah. Dalam situasi biasa, orang biasanya akan nampak mereka ni antisocial.

2. Tiada empathy – tidak bole memahami perasaan orang lain. Suami aku pernah biarkan aku sakit perut sampai tak mampu berdiri dari petang sampai tengah malam. Bila aku hampir telefon teksi barulah dia bawa aku ke emergency dengan marah-marah. Sewaktu aku kerja part time, dia biar aku pergi dan balik kerja berjalan kaki walaupun tempat kerja aku dekat je dari ofis dia. Kadang-kadang makanan di rumah tak ada, tak pernah dia tanya aku apa yang aku makan. Bila aku mengadu atau ajak shopping barang mentah, aku akan dimarah seolah-olah aku yang mengada-ngada. Bila aku menangis, dia lagi akan marah aku tengking aku, memang takda nak pujuk. Dia tarik dan heret aku sesuka hati dia. Lepas aku lalui satu major operation kat perut, dia siap halau aku masuk toilet bila aku nak muntah masa awal-awal bangun. Bayangkanlah aku berlari-lari masuk toilet dengan perut yang baru berjahit sepanjang 6 inci.
– Kerana ciri ni biasanya orang akan nampak mereka ni tak bertanggungjawab, tak berperikemanusiaan sedangkan mereka tak sedar semua ni menyakitkan orang lain. Boleh dikatakan mereka tak tau apa erti kesian.

3. Hidup dalam dunia sendiri – Mereka biasanya tak dapat fikir tentang orang lain. Hidup mereka seolah-olah berpusat pada diri mereka sendiri. Suami aku sangat berkira dengan barang-barang dia, dia tak bagi aku sentuh. Barang-barang aku bukan setakat sentuh, awal-awal aku beli lagi dia yang sungguh-sungguh guna hingga dia bosan baru dia bagi aku. Ini termasuklah kereta yang aku beli lepas aku dapat kerja tetap, sebab dia susah sangat nak hantar aku ke mana-mana. Walaupun sebelum tu dia tak bagi langsung aku guna kereta dia. Kebiasaan mereka yang ada Asperger yang ada anak, akan menyerahkan bulat-bulat tugas jaga anak kepada isteri dan mereka hanya enjoy hidup sendiri. Mereka ni sebenarnya boleh dididik, cuma kena ajar mereka satu-satu apa yang perlu mereka buat, dan jangan buat mereka rasa offended.
– Biasanya kerana perangai ni orang akan nampak mereka ni pentingkan diri sendiri dan suka mengambil kesempatan.

3. OCD – obsessive compulsive disorder. Cerewet keterlaluan. Dia hanya nak semua barang disusun ikut cara dia je. Aku pernah kena marah rumah bersepah hanya kerana sofa rumah bergerak 1inci dari garisan tiles. Dan rumah dikira bersepah jugak kalau tak disapu lebih 2 hari. Dia jugak sangat marah bila aku nak beli apa-apa barang hiasan untuk rumah sebab itu akan mengganggu susun atur rumah ‘dia’.
– Sudut positif OCD ni, di tempat kerja, mereka biasanya akan diamanahkan untuk kerja-kerja yang memerlukan ketelitian. Tapi pada situasi biasa, mereka ni akan dianggap cerewet tak kena tempat dan panas baran.

4. Lurus (bendul) – mereka biasanya take things literally. Suami aku ikut je cakap kawan dia bila kawan dia bagitau jangan bagi isteri kerja engineer (nanti tiada masa utk family) tanpa fikir kesannya pada aku yang tidak ditanggung belanja oleh dia ni. Satu lagi, kisah yang aku dibiarkan pergi dan balik kerja jalan kaki tu, sebab aku cakap dengan dia ‘kalau saya ni menyusahkan sangat, biar saya jalan kaki jela pergi kerja’. Betul-betul dia buat tanpa rasa bersalah.

5. Rigid – tak flexible. Mereka biasanya ada rutin yang tertentu yang tak boleh diganggu. Sesuatu gangguan atau benda baru dalam rutin akan menyebabkan mereka stress dan jadi panas baran. Semua cadangan yang berbeza dengan pendapat mereka, mereka akan nampak sebagai menentang mereka. Selama ni banyak perkara aku cuba bincang supaya tak menyusahkan kedua-dua pihak (kerana banyak keputusan dia menyebelahi dia dan aku yang akan tersepit) tapi memang akan jadi gaduh.

6. Sensory – terlalu sensitive terhadap sentuhan, bau, pendengaran. Mereka tak suka disentuh, kecuali bila mereka bersedia. Jadi memang takde nak hug-hug atau bermanja-manja la. Dan mereka mudah annoyed dengan bau dan bunyi tertentu.

7. Tak dapat kawal emosi – walaupun mereka tak dapat nak memahami perasaan orang lain, mereka ada emosi. Bukan tak ada perasaan. Tapi mereka tak pandai meluahkan dan memberitahu orang lain. Bila ia keterlaluan, ia tak dapat dikawal. Biasanya melibatkan anxiety la yang menyebabkan mereka ni panas baran. Tapi ada juga yang aku cerita dia menangis in public bila aku kena tinggalkan dia, itu salah satu contoh dia tak dapat kawal emosi bila dia sedih.

8. Obses terhadap sesuatu – biasanya benda yang melibatkan teknologi. Contohnya planes/ teknologi komputer. Sehingga mereka sanggup spend masa yang banyak dan berhabis duit utk benda yg diorang suka.
Banyak lagi juga ciri lain, seperti koordinasi badan yang pelik (biasanya mereka not really into sports kerana ni), reaction yang tak kena pada keadaan, selalu penat dan asyik tidur je (sebab terlalu banyak anxiety dan itu memang memenatkan!). Tapi aku rasa cukuplah aku explain sampai situ je.

Semua ni akhirnya membuka mata aku. Tercantum dah semua puzzle-puzzle yang bertaburan dalam fikiran aku selama ni. Selama ni aku rasa diri aku dah cukup tersiksa dengan sikap dia. Sekarang baru aku tau rupanya dia lebih tersiksa daripada aku kerana dia tak pernah faham kenapa sikap dia selalu buat aku sedih dan marah.

Aku masih lagi belajar cara untuk faham dia, berkomunikasi dengan dia, cara untuk handle dia. Walaupun aku dah dapat jawapan, dan aku kesiankan dia, ada masanya hati wanita aku masih lagi sedih dan terkilan dengan apa yang dia (masih) buat pada aku, tapi tak seteruk sebelum aku tau tentang Asperger ni. Aku hanya mampu pujuk diri sendiri, dan bersabar dan bersabar. Aku perlu menerima hakikat yang rumah tangga aku bukan seperti orang lain boleh bersweet-sweet. Takdir Allah untuk aku bahawa definisi kebahagiaan aku adalah dengan aku berkorban membahagiakan suami aku.

Aku harap confession aku ni dapat membantu those who are in the same shoes as me. Ada kisah penceraian/ masalah rumahtangga yang aku baca yang lebih kurang sama macam kisah aku. If yes, please, go seek for diagnosis and get proper treatment. And utk orang luar yang memerhati, aku harap bukan semudah itu utk kita judge seseorang itu kejam, tidak berperikemanusiaan, tak berhati perut hanya dengan menilai dari luar. We never know what he or she’s having/ going through. Because I have been there, judging him. Kepedihan hidup aku selama 6 tahun ni rupanya tak tertanding dengan pedihnya bila aku dapat tau aku rupanya aku kejam terhadap dia kerana aku tak tau semua ni.

Jika confession aku ni disiarkan, terima kasih kepada admin, dan terima kasih pada yang membaca. Aku pohon doa dari kalian semoga aku kuat!

Sumber : Suamiku Asperger

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH SOSIAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *